20 July 2011

::: And I Won A Guitar At Aizat Amdan's Concert!


Woohooo!! Berita paling menakjubkan untuk separuh tahun ini! Aku menang lucky draw for a Classical Cutaway Guitar. FOR REAL dude!!

Begini al-kisahnya.... (siap sedia menadah mata!)

Sabtu 16 July 2011 (malam nisfu syaaban pulak tu, adoilah kan!!!), aku pergi ke Aizat Amdan Borneo Tour Concert Live In Kuching. Since aku dapat VIP ticket from attending his mini showcase di Kopi O Corner Kuching on the previous Wednesday, jadi tidaklah aku melepaskan peluang yang datang bergolek jatuh dari awan nano nano nano nano itu. Aku pergi dengan one of my friend, Emot. Kat sane dah planned nak jumpa dengan my cousins, few friends etc. Tapi terpaksa duduk asing-asing sebab tickets lain-lain jenis. Konon la kan, koyanye ticket aku ni VIP. Pui. Pui.

Emcee for the concert was a radio DJ from Cats FM, Fuzz nama diberi. Dah nama pun concert Aizat, so memang bukan Aizat lah yang buat opening. Ini tipikal. Aizat's company first recording artist named Amir Jahari (bekas pelajar AF tahun ni, kebetulannyer dia tu jiran aku la pulak kan!) yang performed dulu. Single terbaru dia, entitled Tanpa Mu, memang best. Melayang. Genre lebih kurang sama dengan Aizat jugak. Selain Amir Jahari, Altimet, DJ Fuzz (bukan yang DJ radio Cats FM tu tadi!) and Masterpiece pun ada performed. Semua performed above par. Puas hati.



Aizat Amdan punyer performance, toksah cerita. Aku kasi two thumbs up. Suara memang best eventhough he performed live and played guitar at the same time. Siap bergoyang bagai tapi suara memang steady. Turun stage sana sini sebab nak ambik gambar with the standing fans. Dia memang cool and friendly.

Lagu back to back non-stop. Ada sekali je he stopped, to allow Altimet & DJ Fuzz to perform. Then, near the end, Aizat duet dengan a sape player. Bawak lagu Sungai Lui. It was the best part of the night, at least for me!!!! Sangat best. Sangat best.




After several songs by Amir at the beginning, the emcee came on stage for lucky draws. Ada 5 lucky draws, for a Panasonic Lumix camera each, and another one grand prize lucky draw for a Classical Cutaway Guitar signed by Aizat Amdan himself. Time tu aku buat derk je. Pegang tiket tanpa rasa excited. Memang tak pernah pun aku dapat mana-mana lucky draw sepanjang hidup aku yang boleh tahan agak tua ni.

5 Panasonic Lumix winning numbers dah diannounced. Aku semakin tak berharap ape-ape langsung. Cuma sempat bisik dalam hati 'Bertuahnya winner guitar ni...' Aku dah siap-siap simpan my ticket into my handbag semula.. Sayu..

And finally the emcee announced the lucky number for the grand prize! When I heard the number, aku terus dok kata dalam hati 'Awat nombor tu macam familiar?' Aku cepat-cepat bukak handbag. Tattadadaaaaaa~


Hooorayyy! Unbelievable to the near extreme. Number ticket aku dowh!!! Serious shit, aku jerit bagai orang gila~ Member aku pun terus joined menjerit naik syeikh. Semua orang toleh ke arah kitorang berdua. Time tu dah tak peduli apa-apa. Depa nak kata aku gila pun, lantak pi kat diorang.. Hohohoho~


Fortunately, I did not have to collect the guitar on stage. They said we gonna collect our prizes after the concert finished. Thus habis je concert, aku ke bilik VIP. Tunggu Aizat came into the room for a press conference. Prior to that, he handed our individual lucky draw prizes. Memang tangan aku seram sejuk. Al-maklumlah, tangan virgin - tak pernah sambut lucky draw prize. Tapi bile aku salam Aizat, tangan dia lagi sejuk rupanyer! Hihihihi.. Siap high five penuh excited dengan aku. Pose sana, pose sini. And the guitar was finally in my hands! Yippy!

Dan makanya, aku sudah ada pengganti baru kepada si janda Acoustic Guitar lama aku yang tetiba patah tempang akibat tali dikunci tight dibiarkan lama-lama tanpa dipetik. Sedih, tapi dah kembali gembira!!!










| finally, I am lucky enough for a lucky draw. may this not be the last! |