26 December 2012

::: Rogol Merogol

Sekadar gambar hiasan nukilan Pakcik Google

Tertarik aku dengan topik rogol ni selepas terbaca di media massa tentang seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge yang dituduh merogol anak tiri dia selama 7 tahun. Propa kau, nyah! Baca pasal retisss~


Nauzubillah. Dunia sekarang ni, manusia macam-macam ragam. Entah kat mana silap. Iman? Akidah? Akhlak? Takwa? Kepercayaan? Kemanusiaan? Keluarga? Persekitaran?

++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk sesiapa di antara kita yang ada terdetik mahu merogol - nampak perempuan seksi sikit terus menggelegak nafsu serakah, ditambah dengan bisik hitam syaitan makinlah otak ligat mencari mangsa dan jalan - fikir dulu balasan Tuhan!

Kemudian, fikir apa pula rasanya kalau mak/isteri/anak/kakak/adik perempuan kau yang kena rogol juga. Mesti rasa nak bunuh orang, bukan? Kalau dah sampai tahap wajib menikah tu, cepat-cepatlah menikah. Ambik yang rukun sahaja. Yang penting, terhindar dari perbuatan jahat tu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Yang sudah menjadi mangsa rogol pula, jangan terus putus asa. Hidup mesti terus. Pasti ada hikmah Allah turunkan bencana sedemikian rupa. Pengalam ngeri lepas, mungkin susah untuk kamu lupa, namun usah terlalu kerap memandang ke belakang, kerana yang di depan masih jauh perlu diteruskan.

Memang maruah rasa dipijak-pijak. Lagi-lagi kena berdepan dengan mulut manusia zaman sekarang ni, yang lebih besar daripada mulut tempayan dan perigi, lebih busuk daripada longkang bahan kumbah. Sabar. Allah duga kau kerana kau antara yang paling kuat di kalangan hamba-Nya di bumi.

++++++++++++++++++++++++++++++ 

Untuk rakyat jelata pula, penonton segala busuk wangi drama kehidupan, usahlah banyak mencaci. Si [erogol pun dia caci, mangsa rogol pun kena maki sekali. Ish ish. Apa punya mulut la yang kita bela selama ni? Sayangnya bibir molek yang Tuhan bagi tu diguna untuk mengeji sesama sendiri.

Segalanya bermula dari keimanan. Mari bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Semoga kita terpelihara dari kemaksiatan.


| mencari rindu yang suci |

23 December 2012

::: Membaca Post Lama

Dok kuyu mata bergolek-golek di bilik, ketika hujung minggu yang sekejap panas sekejap hujan ni, aku rajin-rajinkan diri membelek-belek segala entry aku di zaman ketika ketiak masih suci - hanya ada bulu ketiak yang halus mulus tak diperlihat dek mata cuma mampu dirasa di hujung jari.. Phewiiittt~

Kelakar. Tergamam. Senyum. Malu-malu sendiri..

Entry aku yang dulu-dulu, temanya lebih memberontak, lebih terbuka. Namun aku masih dapat rasakan setiap tulisan itu aku letak berbakul-bakul rasa keikhlasan. Aku ligatnya menulis memang kerana aku sedang khusyuk bercerita. Tak kiralah pada kamu-kamu semua, atau pada diri dan jiwa raga.

Dari isu G-string, ke isu ibu bapa. Semua aku pernah ada.

Sekarang, nak tulis sepatah pun dah rasa loya.. Ptuih! Loya dengan penerimaan rakyat jelata lain yang suka memandang maksud tulisan aku yang berjela-jela. Bosanlah, kau! Bosan!


| berlapik tak serik|

18 December 2012

::: Hidup Sekarang

Ingat lagi pasal Pak Dollah bimbo? Kalau tak ingat, maksudnya korang dah lama tak jenguk blog aku. Hehehe. Anyway, Pak Dollah kirim salam. katanya busy sungguh lately ni, jaga lembu and kerbau kat kandang. Banyak yang tengah sarat mengandung dan ada yang sedang dalam pantang. Currlasstt kan nyah! Macam mak budak sangat lembu-lembu dia, siap berpantang!

Ok cerita Pak Dollah dah tamat. Semoga Pak Dollah dan isteri bahagia selalu..

+++++++++++++++++++++++++

Sekarang aku tinggal 2 postings before finishing meds school. Currently doing Emergency and Trauma Posting. A very great experience. Memang aku sangat minat even since di Leicester dulu pun, posting A&E  yang aku paling enjoyed. Now it is still the same despite the different country.

Bezanya sekarang, di sini opportunity nak buat apa segala procedure sangatlah luas. From simple things like venepuncture, cannulation, arterial blood gases, urinary catheter insertion to a more critical ones for instance toileting and suturing, CPR, intubation etc, semua diizinkan. 

Sini semua independent. Kalau yang simple-simple tu, tak perlu ada supervisor kat sebelah pun tak apa. Janji rajin buat kerja. Di UK dulu, lain pulak system dia. Mungkin sebab kat sana, patient terlampau educated. Ethical issue adalah satu taboo yang semua orang nak elakkan.

So far, semua enjoyable eventhough pada almost all shift aku kat Red Zone, mesti ada patiebt crashed and akhirnya berjumpa Pencipta. Sedih? Tak lah sedih mana. Mungkin dah immune. Tinggal empathy je lagi berbaki.

Otak pun kurang larat sikit nak absorb semua facts. Penuh dah memory. Kena buat back up data ni before autoreformat. Paiseh!

+++++++++++++++++++++++++



Ilan Nufail is now at 1 year 4 months. Growing healthily, Alhamdulillah. He is everything to the family. The centre of attraction, the centre of financial spending course, the centre of fun and joy, semua lah dia jadi centre. No, I am not jealous, because I think he deserves the best rather than me.

May he be the one who we wish him to be. Dan semoga dia dapat adik cepat-cepat juga. Hehehe baby girl, perhaps? Mak Usu menunggu dengan kurang sabar. Nanti Ilan Nufail ada la kawan untuk main kat rumah... =)


| all kids, you are so special |

15 December 2012

::: Ketika Remaja

2010 High tea time in a rooftop restaurant in London

Life was too good back then. That I fell into a living hell. Into a regret that I can never forget. Not even to forgive and have any respect.

To live in good memory is always a dream. Yet I failed to create one from the day I had to leave everything behind.

Tears can never compensate all the journey that I've missed. To future, I wish for another opportunity - even to go alone, I will never stop praying.


| bestnya kalau dapat sentiasa kekal di zaman muda remaja |