7 February 2010

::: Aku Amoi Kacukan Jepun

hari jumaat aritu aku pergi berjimba. bertukar identiti dari amoi samseng yg agak kewanitaan kepada amoi kacukan jepun yg matanya kadang-kadang bengkak kadang-kadang sepet. itu aku curik quote 'pujian' incik macha. aku tak kira! aku anggap itu sebagai pujian jugak. jangan sesiapa persoalkan perasaan aku ini..~

:devilishgrin:

tiada mimpi buruk atau mimpi kencing atas katil. cuma mengikut rentak irama incik macha yg baru sahaja meng-jambu-kan dirinya dengan his new hair cut. he suggested me to have some fringe. supaya lebih fresh begitu, kata beliau. maka atas rasa kasih & chenta, aku pegi menuju ke kota, ke saloon idaman hati.

kasik potong sana potong sini, blow sana blow sini, treatment sana treatment sini, beli shampoo itu beli conditioner ini (perisa oatmeal & honey, penah rasa?).. habis jugak la dalam 50pounds.

dengan wajah aneh yg baru itu, aku melangkah pulang, tunduk sepanjang jalan. sumpah tak tipu. terasa diri seperti makhluk asing. muka moolat-moolat terus di-moolat-kan lagi. oh kasihan..

(PHOTO REMOVED)

jangan gelak kalau korang tak nak kena sula dengan batang berus gigi!!


| mau join kumpulan mafia lorong haji taib~ |

6 February 2010

::: Makan Fries Dengan Hidung

tibe-tibe hati mat salleh celup aku berkeinginan nak makan chips a.k.a french fries. mujur ada frozen chips dalam freezer. masuk je dalam oven for 15 minutes, maka perut aku telah bersedia untuk menjamah mereka..

sambil menghayati kesedapan fries tu, TV murah berjenama Bush (Bush dah penat jadi politician so dia jual TV pulak. huh propa!) menjadi tatapan mata aku. bukak Channel 4. entah cerita merepek ape entah. layankan aje seperti nikmatnye mandi bueh menggunakan sabun susu soya.

baru 2-3 batang (ke keping? ke hiris? ke bijik?) chips aku telan, sekali muncul babak yg mematahkan nafsu makan aku serta merta.

siap cecah sos! tu yg tah tahan tu... haih... mengom! aku lapar... jangan ganggu hidup aku la ngek. kasihan tau..

:sigh:


| kepingin meratah sushi~ |

::: Sex Education For Kids & Dummies

pendidikan seks? tau? bukan pendidikan jasman. ini 'pendidikan mengawal nafsu serakah'.

how about sex education for kids? boleh ke pendidikan seks dimulakan seawal darjah satu? can our local parents in Malaysia accept such idea?

ada yg kate sex education boleh buat budak-budak belum baligh ni terlalu 'advanced in thinking' and having 'too-early exposure'. so bila dah terlalu exposed tu, macam-macam la yg diorang nak torai. tibe-tibe ada pulak kes buang bayi oleh kanak-kanak perempuan berusia 8tahun karang.

some of us menyokong early sex education ni sebab it is a way to teach them what is right and what is wrong in sex. on the positive side, the kids will be informed properly, and thus know how to take good responsibility upon themselves.

tapi tu la kan. setan tu ada di mane-mane sahaja. tok imam pun boleh selak kain pelikat and cabut serban bila tengok peha gebu gadis sexy Thai. ini kan pulak budak-budak pra-matang yg baru nak belajar menilai apa itu realiti dunia..

bagi aku, sex education memang patut dimulakan dari kecik lagi. tapi kena bijak atur syllabus so that they wont be 'too well informed' about everything in sex. takut nanti ada yg buat demo dodgy style dalam kelas. sapa mau jawab?

kalau nak buat sex education for kids, kena mula dengan yg basic. what is hetero vs homo sex? kiranya, kena ajar budak-budak kecik ni tentang yg mane satu normal/straight sex, dan yg mane satu seks di luar tabiee (seks tonggang tebalik namanye..)

mari kita mulakan ye anak-anak sekalian... (cikgu excited dah ni weh!)

ini HETEROSEXUAL couple.
sorang lelaki (biru), sorang perempuan (red)
sex dibenarkan? YES!


ini HOMOSEXUAL couple.
dua-dua pun perempuan.
sorang tomboy (badan kelabu), sorang gadis sunti.
ini dipanggil LESBIAN.
sex dibenarkan? NO!

setakat ni, anak-anak murid sekalian faham tak? kalau tak faham, sila bertanye sebelum sesat ke lembah kegelapan! mari kita teruskan lagi...

ini topless lesbians. ready for action?


too bad! kan tak pasal-pasal kena buat seks songsang.
mane mungkin boleh buat mcm straight sex!
dua-dua takde belalai!
dah kate seks tonggang tebalik. hambik!


fahamkah? jangan amalkan tanpa nasihat pakar! nanti terjebak menjadi anak-anak songsang.


| belajar biar kena gaya! |

5 February 2010

::: Kecik-kecik Dah Jadi Nyah?

adeh... sakit buah pinggang aku nengok budak lelaki ni dancing to lagu Nobody by Wonder Girls. mau pecah pundi kencing dibuatnye.. mari kita menjamu mata!



camne? ada bakat tak? kerana dia, Wonder Girls pun boleh hilang mata pencarian okay!


| anda ada anak lelaki? sila jangan dididik begini! |

::: Politik Itu Adalah Bisnes?

bukak website sane, si polan si polan tengah ada perbicaraan kat mahkamah sebab luar tabiee.
bukak website sini, si polan si polan katenye menghina mahkamah dengan berita palsu.
bukak website sana lagi, si polan si polan kecoh pasal speed internet slow atas kepentingan parti.
bukak website sini lagi, si polan si polan baru lepas letak jawatan.

:hilo:

iye, memang aku mengaku yg kita perlu membela dan mempertahakan badan pentadbiran negara kita - meaning having concern over the political issues. aku bukan rakyat bangla yg akan lepas tangan dari rasa ingin tahu dan rasa ingin membantu (tu dia! sila calonkan aku jd Dato' tahun depan!) negara Malaysia untuk terus ke depan. tapi ada masa, aku rasa muak dengan permainan si polan si polan semua. makan burger kambing pun tak semuak ini.

ape korang ingat bila buat segala propa, duit satu sen pun takkan keluar? huh. korang rabun? korang buta? sedar tak sedar, orang tengah yg mulakan propa tu, dia lah yg kenyang memboncet..

dari kecoh buat propa tunding jari sana sini, ada baiknye duit tu digunakan untuk upgrade kita punye local education, health, transport and living services. masih ramai lagi rakyat kita yg makan nasik berlaukkan garam semata-mata. kucing si polan si polan tu pun makan lauk yg lebih mahal..

well, 'kalau takde penonton yg tolong bersorak, drama tu takkan terus ditayangkan'. ape lagi, semua mau ambik kesempatan! puak kiri, puak kanan, puak langit, puak laut, semua mau untung.

dek kecoh dengan propa, kerja-kerja pentadbiran dan kemajuan yg sepatutnye dilaksanakan, akhirnya langsung tak jalan!

:astig:


| politik itu asalnya satu tanggungjawab. tapi di eksploitasi menjadi satu bisnes. keji~ |

4 February 2010

::: Holler - Now Scream My Name!!

i got tagged by RuffEmo and here i am, entertaining your eyes with another to-the-ground list.

RULES
- Put your iTunes, Windows Media Player, etc on shuffle mode.
- For each question, press the next button to get your answer.
- You must write that song name down no matter how silly it sounds.


If someone says 'are you okay?', you say?
- Mobile (Avril Lavigne) : memang mood aku tengah sangat mobile a.k.a swinging sekarang.

How would you describe yourself?
- Satu tekad (UNIC) : determined - certainly.

What do you like in a guy/girl?
- The Perfect Fan (Backstreet Boys) : incik Macha, anda peminat setia saya tak? ggrrrr~

How do you feel today?
- I Believe Love Will Find A Way (Blessid Union of Souls) : *blushing, sambil pandang incik macha*

What is you life's purpose?
- Promises (Lilix) : indeed, i make promises to myself everyday. and i will keep them all.

What is your motto?
- Skankin' In Love (Corumn 80's) : i am learning to put the 'joy in life', coz life equals love.

What do your friends think of you?
- Dia Maha Sempurna (Ungu) : kamu semua pendusta!

What do your parents think of you?
- Sayang Giler (Boy) : haruslah kan.. dah kate aku anak bongsu, dari 2 beradik je pulak tu!

What do you think about very often?
- More Than A Feeling (Boston) : incik Macha kate saye terlalu critical thinking. i do agree. even the song proves so. coz i think about everything. TQ incik macha kerana sgt bersabar dengan saya ini. sila beri tunjuk ajar.

What is 2+2?
- Cinta Untuk Selamanya (Sayap) : hoh maaflah. dulu cikgu maths aku ajar formula yg susah2 je. takat tambah tolak ni, terlalu senang dia kata. inilah kesannye..

What do you think of your bestfriend?
- Lost and Confused (Lilix) : incik Macha is the one. at times (probably most of the times), he is very confused when comes to my arguments. and again, very sorry dear..

What is your life story?
- Somewher In My Past (Il Divo) : you will know me better if you learn about my past.

What do you want to be when you grow up?
- For The Nights I Can't Remember (Hedley) : argh! takmo jadi nyanyok bila dah tua.

What do you think when you see the person you like?
- Now Why (OAG) : becoz incik Macha punyer facial expression is such so variable. boleh jadi ketam, boleh jadi keling, kadang-kadang jadi jibek. oh skrg saya yg confused! but this is what keeps me smiling (dalam hati ropol-ropol aku pun ada taman.. iye! benar..)

What will you dance to at your wedding?
- Ingin Bersamamu (Syafinaz) : tapi kita remix jadi rentak joget, boleh tak? baru Melayu beb!

What will they play at your funeral?
- Kerna Kau (Mus) : kerana Kau lebih sayang arieza, sbb tu Kau panggil arieza pulang..

What is your hobby/interest?
- Crashed The Wedding (Busted) : sangat jitu! ini hobby aku & kwan-kawan aku. pegi kacau bilaukan & meroyan kat kenduri orang. ini kira macam matlamat wajib dicapai if pergi kenduri okay!

What is your biggest fear?
- Live And Learn (The Cardigans) : oh please no. i know i am stubborn, but i will definitely learn. and sekali lagi to incik Macha, trust me that i will.

What is your biggest secret?
- Anyone Else But You (The Moldy Peaches) : alahai comelnye.. memang HE is my secret.. korang tau sape dia incik macha itu? presiden amerika? raja negara bersiong?

What do you want right now?
- Rock Your Body (Justin Timberlake) : teramat perlu pergi ke gym kembali sebelum tenaga sekeras batu dahulu menjadi sayur sawi yg layu.. haih..

What do you think of your friends?
- Obat Hati (Ebith Beat A) : they all are.

What will you post this as?
- Holler (Spice Girls) : faham ape mksd holler? to shout out loud @ jeritan @ terpekik terlolong. agaknye korang dah sakit buah pinggang membace tag ni kan? maka sekarang, jerit nama aku kuat-kuat.. cepat!!!~

:inis:

sepatutnye aku kena tag orang lain, tapi aku memang selalunye tak reti nak tag sape-sape. dah jadi tabiat kot. so sape-sape yang berminat, sila la rajin-rajinkan diri menjawab sambil menyanyi. kita enjoy sambil syok sendiri!


| jika sudah terasa pening-pening lalat akibat entry yg panjang ini, sila jangan muntah di sini |

3 February 2010

::: Drama Paru-paru & Pundi Kencing

Paru-paru sebagai MatRu
Pundi kencing sebagai MatCeng
_______________________

di satu tengahari yg panas, bertempat di kedai makan Pat Ayub duda, sekitar kawasan Kepong.


MatRu: argh berasap lagi..! panas!!!!

MatCeng:
dia lepas makan tu beb, dah kira hukum wajib ko kena berasap lepas dia mkn.

MatRu:
tengah hari terik ni dow. dahlah panas, dia tambah lagi dengan asap. dia plak malas nak kipaskan aku dengan udara segar. asyik2 asap Marlborough. sakit tekak aku!

MatCeng:
nasib ko la MatRu. aku pulak time2 panas gini leh rehat sikit. air banyak jadi peluh je. perut aku plak yg jadi kosong.

MatRu:
aku dengar citer bila time malam, ko yg kena keja lebih masa ek MatCeng?

MatCeng:
ye lah, ko bukan tak tau yg tuan kita ni dah senja, selang sejam nak ke tandas je kejenye. penat aku weh. tak lena tidur!

MatRu:
tu la kan.. dia ni dah tua pun tak reti-reti lagi nak berenti mengasapkan aku. naik jerebu dah badan aku. ko tengok lah.. dulu kulit aku bukan main gebu kan? sekarang plak, kalau ada nyamuk melintas waktu malam, sure nyamuk tu terlanggar aku sebab kaler aku & kegelapan sama je..

MatCeng:
kesian hang.. tiba masa karang, ko merajuk je terus. toksah keje untuk dia dah. pencen muda dow. biar dia rasa.

MatRu:
molek! ape kate ko pun buat perangai. sebelum dia sampai jamban, ko terus rembes je sisa buangan ko tu. biar bergelimpangan lencun seluar dalam dia. baru dia sedar yg dia dah tua. kot-kot lepas tu dia berenti mengasapkan aku.

MatCeng:
no hal. dia kan baru lepas makan ni. sejam dua lagi, perut aku mesti penuh. kita mulakan!

:astig:


| insaflah adik2 sekalian sebelum segala organ di dalam badan korang melancarkan mogok! |

::: Usaha Sikit, Harta Melimpah

Mercedes. iya, memang cantik dengan susuk tubuh yg mengiurkan. boleh bermimpi didatangi sang bidadari jika tertidur dalam kereta Merc ini. argh nikmat dooniawee~

mase kecik-kecik dulu bapak aku selalu pesan, 'belajar rajin2 nanti dah besar dapat hidup senang, dapat beli banglo 5 setengah tingkat, dapat beli kereta mewah 28 bijik berderet kat laman rumah'.

tapi sekarang bila dah remaja (betul! aku masih remaja lagi okay!) kawan-kawan plak banyak bersuara, 'masuk la MLM ni MLM tu, hujung bulan ni gerenti boleh bayar down payment kereta baru'.

oh, begitu mudahkah? aku ingatkan kena belajar tinggi-tinggi dulu, kena keja bagai nak tercabut lengan dulu, then baru boleh dapat hasil yg lumayan...

faham ke cerita dongeng aku kali ni? aku bukan nak perlekehkan sesiapa yg bergiat dalam aktiviti MLM (multi level marketing) ni, yg katenye ada sistem business hierarchy, win-win situation, ko kaya-aku kaya, ko jatuh-aku still boleh kaya..

lain orang lain cara mereka berusaha. tapi bagi aku, tiada yg lebih memberikan kepuasan melainkan benda yg kita usaha sampai basah lencun ketiak kita sendiri. bagi aku, MLM mungkin boleh dijadikan as a 'side income' but to be the 'main earning' to support a family, aku agak kurang yakin. maaf, sekadar pendapat peribadi.

by the way, dah puas tengok gambar Merc kat atas tadi? mau tau sape pemiliknye? pemiliknya adalah seorang pakcik yg mempunyai sebuah kedai runcit yg very very the sangat kecik - tak sampai 30 metres square kot. besar sikit je dari bilik aku sekarang.

yg berwarna biru di bawah adalah kedai dia. lokasi kedai tu hanyalah sekangkang siput dari kawasan tempat tinggal aku. tak dan nak puas menghirup udara segar, alih-alih dah tiba kat depan pintu kedai dia.

korang nampak kan hasil yg dia dapat? mungkin korang boleh pertikaikan, 'ala kereta kat UK kan murah'. but then, jangan sekali-kali korang hilang daya ingatan bahawasanya living cost di sini pun sangatlah mampu mengosongkan akauan simpanan korang dalam masa sekelip mata.

biar kecik tapi yakin, pasti kita dapat habuan yg setimpal. berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, kalau tak pandai berenang, sila belajar sebelum terlambat sebab pihak keselamatan belum tentu dapat datang tepat pada masanya.


| dengan penuh kudrat.. |

2 February 2010

::: McDonald Drive Thru Rap

korang hidup seperti kelawar & suke pegi order kat drive thru McDonald? try buat this prank. kot2 pekerja kat dalam tu lempar korang dengan Big Mac terus. bertuah badan dapat makan Big Mac free tu weh..



agak2 kalau kat Malaysia kita buat camni, kena kejar dengan parang pemotong ayam kat McD tak? ke minah2 keje kat drive thru tu terus jatuh cinta sebab kita hidup penuh seni? hidup rap! (erk?)


| can u believe that I never try Big Mac at all! |

1 February 2010

::: Aksi Charlie Menggigit Manja

yennadey semua... dah penat sambut Thaipusam? baper banyak kelapa korang berjaya pecahkan? cukup untuk bisnes santan minggu ni? ni kesinambungan dari kisah Kangaroo Nakal Berm**turbasi dalam previous entry aku. ada satu lagi video (Top 3 of the Rude Tubes 2010) yg aku nak share.

about two cute little brothers dalam sesi gigit menggigit secara comel. what a viral phenomenon. they are famous at instant! viewed & downloaded by hundreds millions of viewers.



korang nak famous jugak? tapi blogging tak membantu mengangkat ke-populariti-an korang seperti famousnya RedMummy & aduka taruna? (d'uh!)

try la buat scene 'Charlie Bit Me' seperti 2 ketul minah dalam video kat bawah ini.. (sila sediakan baldi utk bahan2 kumbahan muntah di sisi anda. sediakan tissue juga untuk sisa2 yg ada di celah2 bibir. & bersiap sedia dengan perkataan2 yg mampu mengutuk mereka secara pukal.)



dah puas gelak berjemaah? pegi buat keje nun! haih curik tulang!~


| terasa mual after tengok video yg ke-2 tu. |