Showing posts with label 2 pennies worth. Show all posts
Showing posts with label 2 pennies worth. Show all posts

26 December 2012

::: Rogol Merogol

Sekadar gambar hiasan nukilan Pakcik Google

Tertarik aku dengan topik rogol ni selepas terbaca di media massa tentang seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge yang dituduh merogol anak tiri dia selama 7 tahun. Propa kau, nyah! Baca pasal retisss~


Nauzubillah. Dunia sekarang ni, manusia macam-macam ragam. Entah kat mana silap. Iman? Akidah? Akhlak? Takwa? Kepercayaan? Kemanusiaan? Keluarga? Persekitaran?

++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk sesiapa di antara kita yang ada terdetik mahu merogol - nampak perempuan seksi sikit terus menggelegak nafsu serakah, ditambah dengan bisik hitam syaitan makinlah otak ligat mencari mangsa dan jalan - fikir dulu balasan Tuhan!

Kemudian, fikir apa pula rasanya kalau mak/isteri/anak/kakak/adik perempuan kau yang kena rogol juga. Mesti rasa nak bunuh orang, bukan? Kalau dah sampai tahap wajib menikah tu, cepat-cepatlah menikah. Ambik yang rukun sahaja. Yang penting, terhindar dari perbuatan jahat tu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Yang sudah menjadi mangsa rogol pula, jangan terus putus asa. Hidup mesti terus. Pasti ada hikmah Allah turunkan bencana sedemikian rupa. Pengalam ngeri lepas, mungkin susah untuk kamu lupa, namun usah terlalu kerap memandang ke belakang, kerana yang di depan masih jauh perlu diteruskan.

Memang maruah rasa dipijak-pijak. Lagi-lagi kena berdepan dengan mulut manusia zaman sekarang ni, yang lebih besar daripada mulut tempayan dan perigi, lebih busuk daripada longkang bahan kumbah. Sabar. Allah duga kau kerana kau antara yang paling kuat di kalangan hamba-Nya di bumi.

++++++++++++++++++++++++++++++ 

Untuk rakyat jelata pula, penonton segala busuk wangi drama kehidupan, usahlah banyak mencaci. Si [erogol pun dia caci, mangsa rogol pun kena maki sekali. Ish ish. Apa punya mulut la yang kita bela selama ni? Sayangnya bibir molek yang Tuhan bagi tu diguna untuk mengeji sesama sendiri.

Segalanya bermula dari keimanan. Mari bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Semoga kita terpelihara dari kemaksiatan.


| mencari rindu yang suci |

14 October 2012

::: Annoyance

Makin ramai lelai perangai macam makcik tua yang dah nak menopause. Pantang ditanya, pantang disoal. Guys, wake up, you are supposed to be the masculine - not the QUEEN! Kalau kau pernah datang haid, pernah merasa sakit haid yang amat, aku tak kisah kau nak melenting setiap kali ditanya. And I will sure blame the hormone. But a MALE? What shall I blame? Surely not your testosterone, DUDE!

People brag too much - about almost everything! Love life, study, career, money, family, traveling, friends, enemies. Stop it. If u still gotta do it, be moderate. Nak brag, brag lah nak oi. Tak payah nak pung pang sangat. Berpada-pada. Macam la orang lain tak boleh baca intention kau - menunjuk. Kami pun hidup atas bumi yang sama. Tahu apa engkau rasa. Jadi, tak payahlah nak konon sembunyi-sembunyi surprises sangat sedangkan dalam hati kau membuak nak bercerita bangga. Kami tahu, harap maklum.

Perangai budak-budak tapi umur dah cecah 25 tahun. Masih lagi nak mengumpat sana-sini, masih lagi nak menjaja gosip liar, masih lagi nak terasa benda-benda simple sesama sendiri. Udah-udah la tu dik oi. Asyik-asyik nak kecik hati. Bosan! Cakap sikit salah, tak cakap pun salah. Beruk pun tahu penat nak panjat pokok-pokok setiap saat. Inikan pulak manusia yang cuma bergelar kawan nak memujuk engkau yang dok bermasam muka setiap hari. Damn, BOSAN! Yer aku tau kau menangis bengkak mata almost every day. So what? Kau sorang je yang ada hati untuk kami jaga? Kami pun ada masalah, kami pun ada susah. Tapi tak perlulah nak dibising-bising satu dunia perlu tahu semata-mata mintak simpati. Sekali-sekala boleh lagi. Setiap hari? BOSAN!!!!!!!!

Dosa pahala. Belum ada ikatan nikah, dah kehulur kehilir bawak anak dara orang merata sakan menyelidik satu dunia. Yer, kau tak sentuh. Yer, kau tak bersetubuh. Tapi zinanya masih ada. Betul, aku bukan tiada khilaf yang sudah layak nak tegur kau. Yer, aku tahu kau mesti tengah kutuk aku - baru mula bertudung dah nak tunjuk bagus macam ustazah. Beb, sekurang-kurangnya aku tahu apa itu dosa pahala. Yang boleh dielak, aku usaha keras untuk elak. Kalau dah melekat sangat, nikah je la. Belum ready kau kata? Duit ko bazir berfoya-foya berdua, berhibur berdua, untuk apa? Komitmen yang engkau takutkan? Tanggungjawab suami isteri dan rumahtangga yang engkau takutkan? Dahtu, dosa dari Tuhan, kau tak cuakkan? Ish hebat. Kau manusia hebat. Aku hari-hari fikir, macam mane cara nak hindar hasutan syaitan. Sampai masa aku menggigil dok fikir balasan Tuhan. Nauzubillah. Banyaknya dosa aku. Jadi kawan, aku tak suka lihat kau tambah dosa juga. Sudah-sudahlah. Ada cara mudah yang Allah halalkan. Tak susah - fikiran engkau je yang fikir hal itu menyusahkan.

Ok dah lah. Aku pulak yang annoying. Sayonara. Tutup buku cerita.

  
| Makin tua makin menjadi |

15 October 2011

::: Selamat Tinggal & Sila Sygkan Kesihatan!

Tamat sudah posting yang jauh-jauh. I was driving home on the early morning of 12th October~ Early bird! :) From Sibu to Kuching.

Oh well, hari tu aku tercampak lagi ke Sibu, untuk posting Community Medicine & Public Health. Tak lama, 8 minggu je di sini. Buat research with my other 20 colleagues, dekat Bawang Assan. 9 longhouses, 327 respondents.

Alhamdulillah. Boleh dikatakan berjaya dan boleh dibanggakan. Masuk la satu dua newspapers.

Workloads sepanjang research teramatlah bertimbun-timbum ditambah dengan endless assignments and too many visits (from food premises to sewage treatment plant!). Anyway, next week starting 19th October, segala macam jenis perang akan bermula - exam, submission of assignments, submission of final research project report and final presentation of research results. Hopefully all turns well.. Insya-Allah.. Then, it is the beginning of another postings - Ear, Nose & Throat and Ophthalmology Postings.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Now, coming to a serious issue. Issue on ignorant citizens!

This posting memang betul-betul buat aku sedar yang MASIH RAMAI lagi di kalangan rakyat Malaysia kita yang tak punya kesedaran langsung dalam hal ehwal penjagaan kesihatan. TOO MANY of us is within this UGLY group!

Kemudahan dah ada. Offer dah diberi sana sini. Tetapi banyak yang tak peduli! Even buat health promotion and health education secara percuma pun, masih terlalu ramai yang buta, tak menghargai apa itu nikmat kesihatan. Ignorant sangat!

Dah tahu diri tu ada countless risiko untuk sakit, kenapa masih lagi tak ambil peduli tentang penjagaan asas untuk mencegah penyakit tu?? Dalam bab ini, memang aku tak salahkan kerajaan ataupun mana-mana pihak lain. Tak payah nak cakap kemudahan tak cukup, staff tak cukup, itu tak cukup, ini tak cukup. Dalam situasi ni, ITU SEMUA TIPU! Semua yang asas, semuanya dah CUKUP!

Diberi depan mata pun, waima exactly DEPAN PINTU rumah pun, ada jugak yang buat-buat tak peduli. Nauzubillah.

Memang ada saki baki segelintir daripada kita yang betul-betul yakin dalam bab menjaga kesihatan. They really involved themselves in many health activities - from promotion to screening, in order to gain at least a line of take away message, at least some points of health knowledge.

Sekurang-kurangnya, learn to know some basic things of disease preventive measure. Kalau dah paling hina sangat, bila dah sakit tu bawak-bawak lah bertaubat, ubahlah cara hidup, ubahlah segala macam yang buat penyakit tu jadi teruk. Ini tak!! Lagi sakit, lagi nak blame orang, lagi malas nak menimba ilmu. Adoi..

Jangan lupa, 'KNOWLEDGE DOES LEAD TO PRACTICE'. Pabila dah ada ilmu, baru kita tau macamana nak lakukan sesuatu. Simple je concept dia. But..... haihhh. Sedihnya tengok mereka-mereka yang ignorant ni..

Inilah rakyat Malaysia. Masih terlalu ramai yang tak ambil berat tentang kesihatan. Tak mahu mencegah! Dah parah, baru nak bising pung pang pung pang cakap doktor tak pandai buat diagnosis cepat-cepat and masa menunggu terlalu panjang kat klinik atau hospital.

Dei manusia-manusia sekalian, jangan cuma menyalahkan orang lain. Ambil masa, duduk tepi dinding, fikir dalam-dalam tapi jangan sampai tertidur. Cuba pandang balik diri kita sendiri, Sebelum kita sakit, cukup YAKIN kah kita menjaga satu nikmat dari Allah ini - KESIHATAN.

Ok. Dah habis membebel. Chalo! Mau bermanja di rumah.


| jangan tak sedar diri |

14 May 2011

::: You Cannot Win All

Dalam 24 kali pusingan jam dalam sehari, macam-macam jenis argument terjadi dalam hidup kita ni. Be it between our brain and our heart, amongst friends. with enemies, even arguments on who is a better fever - Justin Bieber or Nick Carter. Damn it! Arguments are everywhere!

We have the power to decide which one is our stand. We have our rights to give and elaborate endlessly on relevant, or even crap, facts. Get whatever you want. Argue as much as you could.

But one thing for sure, you cannot win them all. Yes, it seems that you kinda win the messy situations - everyone went silent, no more objections, each head nodded in agreement.

Stop. Just for 2 split moments.

You are a fool if you think they really gonna stop arguing by all means. I bet you are not a phycho who can read minds! (Oh, by the way, if you do, then stop reading this! You can simply read whatever I am going to post directly from my brain, right? Use your magical power, dude!)

Believe me, everyone who used to argue with you, did have some degrees of silent debate within their own minds, rejecting your ideas and points instead. Alas, you wont care much. Because all you care about is being successful in keeping your opposition quiet and agree with you, right in front of you.

A fool.. And a fool.. I pity you. Remember, keeping them silent or reaching an agreement doesnt mean that you are in the same good team. You cannot win all!

:siga:

p/s: I checked my email showing that I received several comments on this entry. But they do not show up here. I dont know what is happening but it seems that they are disappearing automatically. And Im sorry for that. Will try to figure out soon.


| fight! |

13 March 2011

::: Kartun Berita Harian - Ultraman DiKejar Tsunami Jepun


Alahai Berita Harian. Mana pergi celiknya mata Ketua Editor? Ke kerja main 'tutup mata' je, kasi approve segala materials janji paper published and masuk market?

And now, even the CNN is reporting this news. I guess, to those in the Editorial Board of Berita Harian, ready to cover your assholes! CLICK HERE for the CNN brief news on this matter.

Are there still stupid, insensitive and uncivilized 'people' in Berita Harian?


| itulah jadinya bila manusia sekadar kerja untuk DUIT!!!! |

9 February 2011

::: Bekerja Untuk Ibadah


Bekerja. Kata yang kebanyakan, itu sumber rezeki. Kata yang ramai, itu maruah dan masa hadapan. Kata yang sedikit, itu suatu ibadah.

Aku mahu suatu hari nanti, aku bekerja demi kerana Allah. Kerjaya aku bukan perihal suatu kekayaan, bukan perihal suatu kepuasan, bukan perihal suatu kemajuan. Tapi satu harapan. Harapan yang mereka andai, harapan yang aku boleh bantu untuk mereka capai.

Namun kena ingat, aku bukan Malaikat, apetah lagi Tuhan! Bukan dan bukan! Bukan aku yang mahu tabur harapan, aku cuma membantu kamu mencapai yang sedemikian. Aku bukan pemulih segala, aku bukan penyembuh semua. Aku cuma membantu mencari apa pemulihnya, mencari di mana penyembuhnya. Yang di hujung kelak, cuma pasti terletak pada yang Esa.

Ketika kerja, pasti ada banyak politik, pasti ada banyak skandal. Sana sini orang canang, sana sini semua orang sebenarnya sedar. Cuma kita mengaku atau tidak sahaja.. Sekejap-sekejap si polan hilang, sekejap-sekejap si polan tu pula rancak mencanang. Berkepit bersama hampir separuh hari. Si polan sini pula sana sini tunjuk gaya tunjuk paras rupa.

Kawan-kawan, hamba Allah, umat Rasulullah, mari duduk balik, kita muhasabah diri. Apa tujuan kita punya kerjaya? Tak kira dalam apa segala bidang, apa sebenar NAWAITU dalam hati kita?

Dalam 8 jam sehari waktu bekerja itu, entah berapa jam sahaja yang kita benar-benar ikhlas dan fokus pada kerjaya tanpa ada terselit perihal yang tak sepatutnya? Ada yang sehingga terbenam sinar mentari, terpacak semula si matahari, tetap menghadap yang dikatanya sumber rezeki.

Tapi kita kira setiap sen rezeki itu benar-benar halal kah? Kita kira segala usaha kita itu benar-benar pada restu-Nya kah?

Entah. Aku tiada jawapan. Kerana aku juga penuh khilaf, tidak sempurna dalam setiap bicara, setiap lakunya, setiap apa segala.. Mungkin kelak tatkala aku sudah mula bekerja, aku juga sama seperti kamu yang sering alpa terlupa nawaitu. Aku tidak mahu itu. Aku minta dijauhkan itu.

Duduk diam. Berfikir. Berubah. Ikhlaslah. Kerjaya kita itu adalah ibadah.


| nawaitu. nawaitu. nawaitu. |

19 December 2010

::: We Are Growing Up Too Fast

Parents. Yup I know I am not entitled to speak on their behalf. But I am quite certain, that some parents wish that their children are not growing up too fast.

Here is just my 2 pennies worth, about what might they keep silently within their deepest loving hearts. Hearts of the parents.

++++++++++++++++++++++++++++++

When we were little, we hug them, we kiss them, we hold their hands.
When we were little, they comb our hair, put our clothes on, kiss us good night at bedtime.

Now that we called ourselves as grown ups. We tell them that we know how to manage our own lives. We tell them that they do not have to worry about us anymore. Impossibly possible, they won't stop worrying because it is not pure worry that they are having. But trust me, it is some sort of parents-towards-children jealousy.

Jealous that we are not always by their side and sight anymore. Jealous that we are no longer spending more time with them compared to with our friends. Jealous that we could talk for so many hours with our friends but conversely would only call them maybe just once in a month.

++++++++++++++++++++++++++++++

The journey of years seem quite fast. Indeed too fast for them to catch up with us.

When we went to primary school, they would be waiting for us to come home safely from school. And they were so keen to ask and listen to whatever we rumbled - even about stupid stuffs we had learned in classroom - like making a snake with stupid sticky plasticine!

Then came moments from secondary school. We spent more time with friends, yet they knew we need some freedom to experience the true world. Worried of whatever could hurt us while we were not in front of their eyes, they just had to let us go. With trust that they hope we could value.

College and university. We went far. Sometimes too far across the seas. We only called when we think necessary. Other time, we said we were too busy with classes and assignments. Yes, true. But how about the countless time we spent with friends, girlfriend(s), boyfriend(s) or even strangers? We could chat for hours with friends, but not a single minute everyday to call our parents to at least ask what did they have for dinner?

How about after our marriage later? So certain that we will have our own family, our own career, and our own all-those-that-our-parents-have-too. We will be a living on our own. Managing our own financial matters. Managing our own personal privacy and responsibilities.

Far. Far. And too far.

And then, there will be moments that we have our own children! Hooray! Don't be to excited buddy.. This will be the time that we discover how our parents felt along those years of us growing up. And the cycle continues... :)

++++++++++++++++++++++++++++++

Those are the origin of our parents' jealousy. Believe me or not, you should go ask you parents. Politely, I mean! Have they ever got that sort of jealousy towards any of their children? Not even a slightest? Ask them again and again until they admit the hard truth...

Then only you can trust me that our parents, sometimes, do wish that we are not growing up too fast. How they wish that we are always the small kids - who they can always hug, kiss, comb the hair, put the clothes on, and read bedtime stories to.

How they wish that we are not growing up too fast.

++++++++++++++++++++++++++++++

Oh Allah, I am very grateful that you give me the most caring parents that I could wish for. I will never ask for more. Their unconditional love, their patience, their guidance and their lives, are all dedicated to their children. Through ups and downs, they are always there.

Even words cannot describe it best, my love for them is nevertheless endless. Even such three words I rarely say, but You know deeply, how much I love them.

For that I beg you Allah, please shower my parents with your blessings, in all aspects, in here and in the hereafter. Amin.

:eheh:


| ini hakikat hidup. pahit ada. manis merata. |

30 November 2010

::: Fake Forgiveness

I once sat with a group of friends, bersembang membuang masa..

Tiba-tiba timbul satu topik perbualan kosong. Mungkin ada hati-hati yang terasa di kalangan kami tadi. Tetapi sebelum beredar dari tempat tu, some recited apologies mentioning that it was just a tea time chit-chat, not to offense any of the group members. Sekadar berkongsi pengalaman hidup yang pernah mereka lalui..

And not to my surprise, hati-hati yang terasa itu mengatakan 'iya' pada bibir mereka. Maksudnya, apa yang dibualkan tadi tak perlu la dipanjang-panjangkan lagi. Bibir sudah mengiyakan.. Berbual sekadar bercerita dan berkongsi pendapat cuma.. Okay agreed. Beredar dengan senyuman terukir. Macam masing-masing sudah puas hati.

But then after several hours, timbul pula status di facebook. Mereka yang berkecil hati tadi seolah-olah mengungkit kembali isu perbualan petang itu. Kenapa? What happens to the symbol of 'okay we are sorted' before we dissembled petang tu?

Adakah ucapan maaf di bibir mereka sekadar kata-kata pemanis bicara. Sekadar menonjolkan rasa hormat pada mata hakiki tapi bukan dari dalam hati?

Entah. Mungkin semua mereka pun turut bersalah.

Yang berkata-kata ketika berbual bersahaja tadi sepatutnya lebih berhemah dalam bait-bait bicara. Yang mengangguk tanda tiada apa-apa dendam dalam hati pun sepatutnya mengerti bahawa bicara mereka tadi mungkin cuma pada dasar berborak berkongsi.

Untuk apa mengiyakan huluran maaf jika hati masih bengkak menyimpan nanah?

Well said - we all are just humans. Born with hypocrisy. Plastics. Period.

:okay:


| yes we ALL are!! PVCs? |

2 November 2010

::: Not Everyone Is Our Cup of Tea

Reality.

Truth or lies.
Soothing or hurting.
Liking or hating.

The concept of life is always fair. To Him, we praise for that.

We can never expect everyone to like us. Nor that everyone hates us.
There are always contraries in everything. We say it as fair and square.

Yang baik itu kan datangnya dari Allah. Yang tidak baik itu datangnya dari diri kita sendiri. Maka berubahlah.

Mau terus maju?
Mau terus menjadi yang maju?

Yang manusia puji anggap itu suatu penguat semangat.
Yang manusia kritik anggap itu suatu pencabar keramat.
Barulah hidup pasti maju.

Yang memuji tak semestinya menyukai.
Yang mengkritik tak semestinya membenci.

Optimism. That is what I have learnt. And still learning


| kritikan itu anggaplah membina. kerana kita semua ada cacat cela :) |

31 August 2010

::: Skop Kerja Paling Berkualiti

Apa itu berkualiti? Bila cepat dinaikkan pangkat? Bila bos selalu memuji? Bila semua keluarga rasa bangga? Fikir dalam-dalam kak long kak ngah abang cik pak usu.

Apa maknanya kerja sampai berpeluh ketiak tapi kita sendiri tak rasa puas hati? Memang selalu orang kata 'janji kerja aku siap' ataupun 'takpe, asalkan setiap hujung bulan gaji masuk'. Setakat itu je ke hidup kerjaya korang?

Aku kononnya mau jadi doktor. Sedang menapak perlahan ke arah itu. Itu cerita lama. Mungkin semua sudah tau.

Yang aku mau, puas hati dalam memberi sedikit harapan walaupun secebis kepada mana-mana insan yang sedang Allah datangkan beban. Tak kiralah penyakitnya belum mampu aku ubati, tak kiralah mereka yang pakar kata nyawanya cuma ada enam bulan baki, tak kiralah sakitnya memang tak tertanggung dek hati..

Aku mau jadi si doktor yang mampu menggengam sepasang tangan yang kurus melidi itu tapi tetap mampu memberi sesimpul senyuman di bibirnya yang pucat lesi. Bertarunglah dengan azab sakit diberi Tuhan, tapi harapan itu jangan sesekali aku putuskan. Andai tiada apa sekalipun yang masih tinggal, cukuplah akan aku bantu dengan sebuah nilai sesama insan. Senyuman tak pernah lekang kadang-kala sudah cukup membuatkan hati lara itu merasa yang mereka tak bertarung bersendirian. Masih ada ucapan doa dari aku yang juga bernama hamba-Nya.

Aku harap senyum ku itu bak ucapan semoga kamu sentiasa tabah, bak ucapan semoga kamu dalam lindungan Allah.

Itu cerita aku. Itu ingin aku. Kamu yang pelbagai kerjaya, apa mau kamu?

:sorry:


| banyak ragam |

14 August 2010

::: Disqus Comment Atau...

Disqus Comment atau Classic Popup Blogspot Comment Form?
Your choice?

:yawn:

updates...

Dah finalised. Dengan ini, aku akan back to pakai the simple Classic Popup Blogspot Comment Form. Aku dah deleted the Disqus format so all comments dekat all previous entries were deleted automatically from here. Thank you for all replies and suggestions :)


| ko pilih la... |

27 July 2010

::: I Am Cool

Aku memang menipu kalau aku kata setiap hari kita penuh dengan bahagia cuma. Mana mungkin. Untuk apa Allah cipta emosi duka jika semua hamba-Nya cuma diberi gembira? Untuk apa dicipta istilah lara andai semuanya hidup suka semata?

Dalam setiap hela nafas kita, ada pelbagai rasa yang Dia telah cipta. Suka, benci, sedih, getir, tabah, berani.. Senarai ni takkan berhenti.

Kau pilih sendiri mana satu yang kau rasa berbaloi untuk kau nikmati. Kalau kau pilih untuk highlight rasa benci, maka rasa benci lah yang kau akan nikmati. Kau pilih bahagia, maka bahagia lah yang kau harungi...

Kesimpulannya, sudah pasti Dia akan datangkan pelbagai rasa dalam satu-satu masa. Yang menentukannya, adalah diri kita.

Untuk apa dikumpul segala cerita berdinding hitam sedangkan dibelakang dinding itu punya pelangi yang menunggu tika untuk dipetik kesian kali..

We are what we think are. If I think I am cool, does that mean that I am really cool? To hell for what they say. Do you even know how to spell my name correctly?

We are what we think we are. Believe me. We are.


| mencaturi emosi |

16 May 2010

::: Aku Benci Attention Seeker

Aku benci Extreme Attention Seeker! Dalam bahasa lembutnya, dipanggil 'penagih perhatian terlampau'.

Insan-insan begini (especially lelaki tahap metrosexual), bila di facebook suka tulis macam-macam status untuk buat satu dunia tau pasal diri dia. Nak attract pelbagai lapisan masyarakat untuk komen kat status tu. Okay fine, your own choice because it is your own profile. I get it. Tapi toksah la setakat ko meludah tepi jalan pun nak dijadikan cerita. Propa d'uuh! Lame! Lame! So lame! Why dont you get yourself killed or raped, perhaps the whole media will put you on the front page. No doubts!

Keturunan awek sebegini pulak suka upload gambar yang menunjukkan pelbagai lurah keramat, bucu tajam serta segala pelusuk badan. Ish. Kita tau awak tu cantik duhai Kak Milah Ronggeng, tapi perlu ke tunjuk kat serata penghuni alam? Kot ye pun nak buat pameran kat encik kekasih serta rakan-rakan tercinta awak tu kat facebook, private-private sudah.. Ke nak mintak semua orang 'menghargai' bumpers awak tu? So some will perhaps comment 'wah you look so sexy', 'gorgeous', 'you are hawt!' *sigh* There goes the attention seeker..

Tapi kan, attention seeker ni selalunye akan menjawab 'la lantak aku la, kalau tak suka tak payah la ko tengok page/profile aku!' Adeh la Kak Milah Ronggeng.. Selamat terus sesat. All the best! Seek the attention that you always desire.

But none lasts longer than respect.
Bazinga!

:wave:


| kurang kasih sayang ke? kesian... |

14 April 2010

::: Jangan Tegur Cara Si Lelaki Memandu!!!

Aku ada 2 teories - surround the topic of DRIVING (kereta ke, lori ke, bus ke, keta kebal ke, kapal terbang ke - apa-apa sahaja yang dipanggil memandu). Tak proven by any studies pun tapi aku interested untuk tau...


Teori Pertama
Kebanyakan si lelaki tak suka bila si perempuan di sebelah menilai/menegur cara si lelaki tersebut driving.

Teori Kedua
Si lelaki jarang 'percaya' dengan kebolehan perempuan tunjukkan jalan ketika si lelaki tu sedang driving.


Ego kah? Terasa tercabarkah bila ditegur/ditunjukkan jalan? Atau kerana lelaki punya tanggapan bahawa perempuan secara umumnya memang agak 'kureng' dalam bab-bab memandu..

Kome rase ada betul ke idak? Aku cuma mengeluarkan hypothesis berdasarkan pemerhatian.

:okay:


| ape kate kome? |

2 April 2010

::: My Tribute To Din Beramboi

Tepat on the 1st April, itulah kali pertama aku merasa pengalaman menjadi salah seorang dari team doctors & nurses yang sedaya upaya menyelamatkan nyawa seorang makcik with cardiac arrect. Namun kami tak berjaya melawan ajal dari Tuhan.

Then 30mins after 1st April ended, the whole Malaysians were in shock bila Din Beramboi telah disahkan kembali ke Rahmatullah. Innalillah...

Aku dilahirkan dalam era watak 'Pak Cik Din' dalam majalah Ujang menjadi seribu tanda tanya. Siapa Din Beramboi? Benar-benar wujud atau cuma satu watak kartun? Watak kartun yang terkenal dengan rambut pacak-pacak serabai, selipar tergantung di sebelah lengan, kadang-kadang ada periuk disangkutkan di leher, bunga terselit di sebelah telinga.. Berlaku perebutan hakmilik antara Din Beramboi dan Ujang. Tapi di sudut hati aku, watak Pak Cik Din itu terlalu sinonim dengan Din Beramboi. Tak kira siapa betul atau salah, aku tetap akan bayangkan Din Beramboi setiap kali aku terlihat watak tersebut.

Tiba satu ketika, Din Beramboi muncul di TV. Saat itu kali pertama aku lihat siapa dia.. Oh itu orangnya.. Namun dia agak kurang menyerlah ketika itu. Several years afterwards, Din Beramboi bermula dengan menjadi DJ di THR. Satu persatu anak tangga dipanjat. Menunjukkan taring jenaka dalam bidang seni Malaysia.

Then Afdlin Shauki tarik Din Beramboi masuk rancangan Spontan. Dia adalah penyeri di kebanyakan episode. Lagi-lagi dalam part Demonstratasi. Siapa yang beriya-iya menjadi tangan yang sangat durjana mengenakan rakan-rakan lain kalau bukan dia. Gila-gila. Tapi itu memang asli. Itu yang memang kita cari. Bukan plastik dalam seni.

Menjadi pulak DJ di radio Era bersama Aznil Haji Nawawi. Pagi-pagi sudah bising. Happy. Itu jugak yang kita cari di saat mood pagi masih lena dalam kemalasan..

Kemudian menjadi juri tetap di Raja Lawak Musim Ke-4. Siapa yang sanggup baling kerusi bila tak puas hati kat budak-budak yang datang ke ujibakat kalau bukan dia. Siapa yang main lari-lari kejar mengejar di lokasi uji bakat dan jatuh tersembam tapi masih cool - dia juga. Siapa yang selalu menjadi watak juri 'gila' sambil panjat kerusi, sembur air ketika bagi komen kat para peserta Raja Lawak - pasti dia juga.

Wuhai Beramboi! baru beberapa episode disiarkan. Itu rancangan pertama di atas nama dia sendiri. Sambutan memang boleh tahan. Aku pun download setiap minggu. Din Beramboi baru nak cuba mengorak langkah seperti Aznil Haji Nawawi & AC Mizal yang punya rancangan trademarks masing-masing.

Tak lupa juga game show Mandi yang hosted by him too. Anugerah Bintang Popular Berita Harian pun belum kunjung tiba. Ini mungkin kali pertama Din Beramboi tersenarai setelah sekian lama menyumbang dalam industri Malaysia. Tapi dia pasti takkan hadir di Genting nanti.. Cuma semangatnya mungkin masih dibawa oleh semua pengkarya seni kita.

Din Beramboi laid to rest in peace. Pulanglah dia mengadap Pencipta yang memberikan nyawa serta bakat seni dalam jiwanya. Biar hilang jasad, namun karya Din Beramboi serta watak Pak Cik Din dalam majalah Ujang akan tetap aku ingat, akan tetap buat aku ketawa sampai bila-bila.

Tika dia sedang ligat memanjat tangga, dia jatuh menyembah tanah terus ditimbus ke dalam pusara. Jangan persoalkan kenapa. Itu sudah tertulis. Mungkin arwah Din Beramboi akan lebih berjaya di sana. Jangan dikenang saat jatuh hidupnya. Ingatlah pada detik-detik dia memberikan kita sekelumit rasa gembira, tersenyum dan ketawa. Ingatlah.

Aku bukan memuja sesama manusia. Aku cuma salah seorang dari mereka-mereka yang cintakan bakatnya. Insya-Allah.. Al-Fatihah~

:sorry:


| hilang |

23 March 2010

::: Beyond Reasonable Doubt

From the Brtish Heart Foundation Campaign


Few words from me, which reflect not just this campaign,
but our (or should i just mention my) daily life activities..

Not all chest pain is a cardiac origin.
Not all cardiac alert is an emergency.

Not all reasoning is explainable.
Not all doubt is beyond reasonable.
Not all doubt kills.

Selective + Relevant
is the correct formula


| and now i doubt the decision |

18 March 2010

::: Taip ON SUNYI Dan Hantar Ke 383838

Penat? Bosan? Sunyi? Sepi? Gundah? Gulana? Ya maulana, kesian.... Anak angkat ayah pin pun ada kawan. Mari pegi langit carik kawan.. Mau? Ala gurau je. Untuk yang kesepian, takyah susah-susah dok taip ON SUNYI dan hantar ke 383838. Pathetic! Meh sini aku kasi petua percuma. 3 cara mudah nak buat senang hati ketika sunyi..


1) Makan sampai mengantuk

Selagi tak rasa ngantuk, jangan berenti makan. If korang nak prektikkan makan-sampai-mengantuk ni di kedai-kedai makan, make sure dompet tu berisi tau adik-adik abang-abang. Karang ada yang mati dalam kekenyangan dihempuk meja oleh si pemilik mapley. Sape mau jawab? Aku dah pesan siap-siap.. Oh, satu lagi! Jangan kenyang teramat sampai tak lalu nak balik rumah. Tak pasal-pasal diorang terus call 999 sebab ingat ko kekejangan pengsan. Ingat 2 pesan tok guru ni tau!

Bila dah agak-agak mata tak lalu nak bukak, cepat-cepat balik bilik. Pasang kipas kuat-kuat, hala 30 degrees ke arah leher.. Angin bayuuuu je. Kuyuuuu je. Buat posisi cantik punyer, pejam mata dan pengsanlah korang selama mungkin. But make sure pagi esoknya adalah hari cuti. Bukan hari sekolah atau hari keje atau hari raya! Sebelum lena tu, sure rasa senang hati. Apa pun tak fikir dah.. Perut teramat sendat sampai mencengkam sel-sel otak! Nikmat dow.


2) Mandi sampai kuku kecut

Sepanjang weekdays, korang mandi time pagi-pagi buta pun semua untuk cukup syarat je. Mengejar masa katanyer! Tapi sebenarnya kerana mata masih lebam, gigi terketar-ketar, perut masuk angin kentut tak renti-renti. Tu yang mandi pun sekadar ala-ala P.Ramlee.

So bila tiba hujung minggu, celik-celik mata je korang terus menyanyi dengan riang. Pilih lagu berentak Dangdut. Itu paling mujarab. Then berendamlah selama mungkin. Kalau takde bath tub, duduk la dalam besen. Paling kurang pun rendam je kaki dalam baldi. Kalau ada geng-geng satu rumah dok ketuk-ketuk sebab rushing nak berak, korang naikkan lagi pitching nyanyian. Tukar kepada rentak Mambo pulak. Kalau boleh bawak tamborin atau violin sekali. Baru artis.

Lepas dua tiga jam berpesta bueh, gerenti segala-galanya kecut. Kuku kaki pun macam dah nak tanggal. Senang hati wa cakap lu.. Kuar bilik mandi je terus tersengih. Nampak member dah terberak tepi pintu sambil memaki hamun pun korang dah tak ambik port dah. Ape-ape pun, yang paling penting ialah pasang nawaitu untuk mandi dengan gembira. Bukan berniat 'sahaja aku mandi' tau! Tapi kalau korang kena jugak berniat macam tu, kira korang dapat nikmat kuasa dua ar.. Rezeki lebih katakan..

:devilishgrin:


3) Buat-buat senang hati

Tu pun tak reti?

:wave:


| bukan senang nak senang |

16 March 2010

::: Hidup Kita Bukan Roda. Tapi Timba.

Hidup ni bukan roda sebenarnya. Mereka semua kaki kencing!

Kalau hidup kita roda a.k.a. tayar - tayar kereta, tayar lori, tayar beca, roda ketapi or apa-apa sahaja yang bersamaan dengan itu, kita akan sentiasa berada di atas landasan, di atas jalan, di atas satu permukaan. Even tayar kapal terbang pun sentiasa berada di atas landasan. Bila dia terbang, dia simpan rapi tayar tu kan? Tak penah pulak aku dengar pilot pakai tayar kapal terbang untuk duduk singgah kat atas awan.

Hidup ni seperti timba di perigi (yang version zaman Saloma dulu). Tau ke?

Perigi yang ni haaaa. Kan ada timba tergantung kat tengah-tengah tu. Tapi dalam gambar tu timba tu tak kelihatan sebab sedang berlegar-legar bergantung di dalam perigi.

Hidup kita macam timba tu la. Adakala kita cantik je tersangkut di atas, semua orang boleh nampak. Manis je tersemat kat hujung tali. Kadang-kadang siap bertenggek kat tepi perigi, sexy! Adakala pulak timba tu tersembunyi kat dalam perigi. Gelap gelita, tak sape nampak yang si timba mungkin sedang dihurung sanak-saudara nyamuk betina. Paling malang, ada ketika timba tu tenggelam di bawah air. Lemas.. Tak dan nak buat ape la.

Tunggu ar orang yang seterusnya datang kat perigi tu, dan harap-harap dia rajin untuk menggulung tali timba sampai ke atas after dipakai. Tapi lumrah manusia kan agak pemalas. Lepas dia pakai timba tu untuk cedok sebaldi dua air, dia baling timba ke dalam.. Lemas lagi.. Ada rezeki lebih, tak lemas menyentuh air, maka tergantung la di tengah-tengah perigi.

Macam tu la hidup kita. Ada masa di atas, ada masa di bawah, ada masa terus lemas. Tapi jangan penah putus berharap. Esok lusa kot-kot ada yang akan datang menggunakan timba lagi. Memang la bukan hari-hari. At least ketika air kat pili rumah teramat perlahan dek catuan hasil kemarau panjang, pasti mereka datang carik perigi. Paling kurang pun kita sempat menjenguk ke atas buat seketika sebelum dicampak ke dalam perigi semula.

Berdebushhhhh~ Lemas....

Aku merepek perihal timba & perigi yang masih orang guna. Bukan di perigi Pak Ayub mat duda yang jadi tempat pembiakan nyamuk aedes semata-mata. Oh sebenarnya aku tak penah tengok perigi sebegitu kecuali di Makam Mahsuri Langkawi je. Kat kampung aku takde perigi camtu. Kat kawasan perumahan lagi la tak penah-penah aku jumpa. Tangki taik dalam tanah, ada ar.. Boleh ke campak masukkan timba?

Jadinya, aku bukan timba. Aku nak jadi pili bomba~

:sweaty:


| jangan lagi sebut 'hidup ini roda'! jangan! 'hidup ini timba' okay? |

10 March 2010

::: Kualiti Keputusan SPM

Incik Macha kata esok results SPM akan keluar. All the best untuk adik Incik Macha dan mereka-mereka yang berkaitan.

Oh ya, mungkin patut wish Best of Luck to all the teachers too.. If results students gempak, yang diwawancara hanyalah pelajar yang cemerlang tu.. Cikgu nya di mana? If results teruk pulak, cikgu la yang dikejar dek pihak kementerian, pihak sekolah dan ibubapa. Pelajarnya pula?

Untuk yang dapat results membanggakan pada esok hari, sekalung tahniah. Untuk yang kecewa sebab tak dapat apa yang dihajati, jangan putus asa. Yang cemerlang, jangan bongkak. Yang kecundang, jangan berundur! Itu nasihat aku, dari seorang kakak yang tak punya adik (erk?).

Kejayaan di peringkat SPM 'kurang' menjanjikan apa-apa. Sila percaya. Aku bukan bercakap kosong. Aku bercakap dari pengalaman. Bukan ingin merendah-rendahkah tahap kualiti SPM, tapi jangan jadikan SPM sebagai pengukur kejayaan korang di masa hadapan. Cukuplah kalau korang jadikan results SPM tu sebagai batu loncatan. Sekadar meloncat, korang belum mampu terbang~ Sila jangan cuba terjun dari bumbung KLCC. Nescaya mati.

Sesungguhnya cabaran di dunia persekolahan jauh berbeza dengan dugaan di peringkat yang lebih tinggi. Shall I say to the last year's SPM candidates who later want to purse their studies in colleges/universities, 'I Welcome You to the Resposibility and Independence!'

Tak semua yang berjaya dengan segulung ijazah, mampu menjadi seorang insan. Pengalaman dari tepi jalanan, itulah sebaik-baik kejayaan..

Jangan dikira berapa tahun lamanya perjalanan hidup kita. Tapi kiralah nilai hidup yang mampu kita bina di sepanjang tahun perjalanan itu.


| all the best! |

26 February 2010

::: London - Aku Suka. Tapi... (Part 2)

sambungan dari Part 1

parents aku di depan Big Ben London


inside a tube


2) underground train/tube station terlalu maha besar!

kalau setakat sebesar KL Central, tu okay lagi. tetapi...? meh aku bercerita seperti penglipur lara berjaya. (dah ready untuk berimaginasi sambil membaca petikan novel? bermula....!)

aku seorang gadis suci yang tinggal di Kawasan A. satu pagi, aku nak pegi berjimba ke Kawasan G. ada banyak choices of transportation. aku yang gedik dan getik ni pun pilih la tube.. tube adalah keretapi yang tersembunyi di bawah tanah. bukan tube yang dipakai oleh gadis-gadis pra-matang untuk menutup ape yang tersembunyi di dada mereka.

:devilishgrin:

so aku kena ambik tube dari Station A ke Station G. total perjalanan tube tu mungkin mengambil masa 4 minit sahaja. pantas bukan? tu kalau takde pertukaran platform la tau!

malangnya, dari Station A ke Station G aku kena transit dulu kat Station C sebab perlu change from Platform 1 to Platform 2. ini kerana tak semua tubes dari Station A akan direct pegi ke Station G. tube yang menghala ke Station G cuma berangkat dari Platform 2 di Station C tu je.

setakat ni, pening tak? kalau tak pening, maksudnya korang boleh apply keja kat Jabatan Land Survey. tahniah! meh sambung lagi...

dari Platform 1 Station C, kalau takat berjalan lenggang lenggok tali kecapi dengan langkahan kadar rata selaju 5km/jam, kira-kira 5 minit baru aku sampai kat Platform 2. kalau aku mampu berlari laju seperti Usain Bolts, serta rela meredah dan melanggar segala jenis makhluk yang sedang turut sama berpusu-pusu dalam station tu, mungkin aku boleh sampai dalam masa 2 minit. tapi jangan lupa pasti ada 'calar balar di hati' hasil makian umat-umat yang dilanggar ketika sesi berlari ala-ala Usain Bolts tadi.. ko rela? aku tak rela!

total perjalanan tube dari Station A ke Station G memang 4 minit je. tapi kalau ditambah sekali dengan time to changing platform tadi tu, dah jadi 9 minit kan bai?

actually selain daripada menggunakan tube, aku boleh je jalan kaki dari Kawasan A ke Kawasan G. mungkin mengambil masa 8-10 minit. kalau korang tak derhaka dengan cikgu matematik kat sekolah dulu, pasti korang leh nampak cara mane yang lebih mudah, plus free pulak tu! cuma mungkin mengigil sedikit dek kesejukan kota London.

kesimpulannya, nak tinggal di London kena bijak berimaginasi dalam merancang perjalanan. jangan main naik or main jalan je... ada berbelas-belas lines of tube networks kat sane. bertindih-tindih. untuk pergi dari Station A ke Station G je ada lebih dari 5 cara - melalui tube networks yang berlainan dan bertukar platform di stations yang berlainan.

untuk yang first time datang to London, boleh migraine dibuatnye.. itu sudah pasti! tak percaya? sila klik gambar kerdil di bawah untuk tatapan mata yang lebih lancar.



| hujung minggu tiba, patutkah ke London lagi? |