26 December 2012

::: Rogol Merogol

Sekadar gambar hiasan nukilan Pakcik Google

Tertarik aku dengan topik rogol ni selepas terbaca di media massa tentang seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge yang dituduh merogol anak tiri dia selama 7 tahun. Propa kau, nyah! Baca pasal retisss~


Nauzubillah. Dunia sekarang ni, manusia macam-macam ragam. Entah kat mana silap. Iman? Akidah? Akhlak? Takwa? Kepercayaan? Kemanusiaan? Keluarga? Persekitaran?

++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk sesiapa di antara kita yang ada terdetik mahu merogol - nampak perempuan seksi sikit terus menggelegak nafsu serakah, ditambah dengan bisik hitam syaitan makinlah otak ligat mencari mangsa dan jalan - fikir dulu balasan Tuhan!

Kemudian, fikir apa pula rasanya kalau mak/isteri/anak/kakak/adik perempuan kau yang kena rogol juga. Mesti rasa nak bunuh orang, bukan? Kalau dah sampai tahap wajib menikah tu, cepat-cepatlah menikah. Ambik yang rukun sahaja. Yang penting, terhindar dari perbuatan jahat tu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Yang sudah menjadi mangsa rogol pula, jangan terus putus asa. Hidup mesti terus. Pasti ada hikmah Allah turunkan bencana sedemikian rupa. Pengalam ngeri lepas, mungkin susah untuk kamu lupa, namun usah terlalu kerap memandang ke belakang, kerana yang di depan masih jauh perlu diteruskan.

Memang maruah rasa dipijak-pijak. Lagi-lagi kena berdepan dengan mulut manusia zaman sekarang ni, yang lebih besar daripada mulut tempayan dan perigi, lebih busuk daripada longkang bahan kumbah. Sabar. Allah duga kau kerana kau antara yang paling kuat di kalangan hamba-Nya di bumi.

++++++++++++++++++++++++++++++ 

Untuk rakyat jelata pula, penonton segala busuk wangi drama kehidupan, usahlah banyak mencaci. Si [erogol pun dia caci, mangsa rogol pun kena maki sekali. Ish ish. Apa punya mulut la yang kita bela selama ni? Sayangnya bibir molek yang Tuhan bagi tu diguna untuk mengeji sesama sendiri.

Segalanya bermula dari keimanan. Mari bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Semoga kita terpelihara dari kemaksiatan.


| mencari rindu yang suci |

23 December 2012

::: Membaca Post Lama

Dok kuyu mata bergolek-golek di bilik, ketika hujung minggu yang sekejap panas sekejap hujan ni, aku rajin-rajinkan diri membelek-belek segala entry aku di zaman ketika ketiak masih suci - hanya ada bulu ketiak yang halus mulus tak diperlihat dek mata cuma mampu dirasa di hujung jari.. Phewiiittt~

Kelakar. Tergamam. Senyum. Malu-malu sendiri..

Entry aku yang dulu-dulu, temanya lebih memberontak, lebih terbuka. Namun aku masih dapat rasakan setiap tulisan itu aku letak berbakul-bakul rasa keikhlasan. Aku ligatnya menulis memang kerana aku sedang khusyuk bercerita. Tak kiralah pada kamu-kamu semua, atau pada diri dan jiwa raga.

Dari isu G-string, ke isu ibu bapa. Semua aku pernah ada.

Sekarang, nak tulis sepatah pun dah rasa loya.. Ptuih! Loya dengan penerimaan rakyat jelata lain yang suka memandang maksud tulisan aku yang berjela-jela. Bosanlah, kau! Bosan!


| berlapik tak serik|

22 November 2012

::: Doubt

Dusta aku
Andai kata hati tak pernah luka
Dusta aku
Andai kata hati tak pernah kecewa

Dusta aku
Andai beriya selalu bilang bahagia
Dusta aku
Andai tiada tangis cuma ketawa

Dusta aku
Andai yakin tanpa rasa curiga
Dusta aku
Andai setuju tanpa rasa waspada

Kenapa sekarang ragu-ragu itu tiba?
Kenapa sekarang luka mahu berbicara?


++++++++++++++++++++++++++++++


Final professional is getting closer. I cant even start thinking about exam while too many matters are unasnwered.

Bertimpa-timpa, datang.
Tanggung sahaja tak pernah habis hilang.
Tertanya-tanya, terus herdik berang.
Tanggung lagi tak mahu meradang.

Yet, people dont get it. Why? Merely because they have secured a real paid job, while I am still no where in this field.

Ya Rabb. Apa sahaja.
Aku rasa mahu telan semua sengsara.

Tengah.
Di tolak ke kanan, sana parah.
Di tolak ke kiri, situ marah.
Aku yang berkerah.
Mahu jaga hati semua.
Habis, aku? Sapa mahu jaga?

Siapa yang sebenar sedang bina hidup bahagia?
Siapa yang sebenar perlu sokongan bukannya cerca?
Ini tidak.
Serupa aku yang sudah gah punya segala.
Mereka mereka mahu aku angguk setiap masa.

Sudahlah..
Buang jauh-jauh bisik syaitan.
Pasti Dia turunkan bantuan.
Itu, aku kata penuh keyakinan.


| hati, jangan begitu |

14 October 2012

::: Annoyance

Makin ramai lelai perangai macam makcik tua yang dah nak menopause. Pantang ditanya, pantang disoal. Guys, wake up, you are supposed to be the masculine - not the QUEEN! Kalau kau pernah datang haid, pernah merasa sakit haid yang amat, aku tak kisah kau nak melenting setiap kali ditanya. And I will sure blame the hormone. But a MALE? What shall I blame? Surely not your testosterone, DUDE!

People brag too much - about almost everything! Love life, study, career, money, family, traveling, friends, enemies. Stop it. If u still gotta do it, be moderate. Nak brag, brag lah nak oi. Tak payah nak pung pang sangat. Berpada-pada. Macam la orang lain tak boleh baca intention kau - menunjuk. Kami pun hidup atas bumi yang sama. Tahu apa engkau rasa. Jadi, tak payahlah nak konon sembunyi-sembunyi surprises sangat sedangkan dalam hati kau membuak nak bercerita bangga. Kami tahu, harap maklum.

Perangai budak-budak tapi umur dah cecah 25 tahun. Masih lagi nak mengumpat sana-sini, masih lagi nak menjaja gosip liar, masih lagi nak terasa benda-benda simple sesama sendiri. Udah-udah la tu dik oi. Asyik-asyik nak kecik hati. Bosan! Cakap sikit salah, tak cakap pun salah. Beruk pun tahu penat nak panjat pokok-pokok setiap saat. Inikan pulak manusia yang cuma bergelar kawan nak memujuk engkau yang dok bermasam muka setiap hari. Damn, BOSAN! Yer aku tau kau menangis bengkak mata almost every day. So what? Kau sorang je yang ada hati untuk kami jaga? Kami pun ada masalah, kami pun ada susah. Tapi tak perlulah nak dibising-bising satu dunia perlu tahu semata-mata mintak simpati. Sekali-sekala boleh lagi. Setiap hari? BOSAN!!!!!!!!

Dosa pahala. Belum ada ikatan nikah, dah kehulur kehilir bawak anak dara orang merata sakan menyelidik satu dunia. Yer, kau tak sentuh. Yer, kau tak bersetubuh. Tapi zinanya masih ada. Betul, aku bukan tiada khilaf yang sudah layak nak tegur kau. Yer, aku tahu kau mesti tengah kutuk aku - baru mula bertudung dah nak tunjuk bagus macam ustazah. Beb, sekurang-kurangnya aku tahu apa itu dosa pahala. Yang boleh dielak, aku usaha keras untuk elak. Kalau dah melekat sangat, nikah je la. Belum ready kau kata? Duit ko bazir berfoya-foya berdua, berhibur berdua, untuk apa? Komitmen yang engkau takutkan? Tanggungjawab suami isteri dan rumahtangga yang engkau takutkan? Dahtu, dosa dari Tuhan, kau tak cuakkan? Ish hebat. Kau manusia hebat. Aku hari-hari fikir, macam mane cara nak hindar hasutan syaitan. Sampai masa aku menggigil dok fikir balasan Tuhan. Nauzubillah. Banyaknya dosa aku. Jadi kawan, aku tak suka lihat kau tambah dosa juga. Sudah-sudahlah. Ada cara mudah yang Allah halalkan. Tak susah - fikiran engkau je yang fikir hal itu menyusahkan.

Ok dah lah. Aku pulak yang annoying. Sayonara. Tutup buku cerita.

  
| Makin tua makin menjadi |

10 August 2012

::: My Baby Nephew Turns One

Lama sungguh tak bercerita la kan.

Well, on 22nd of July 2012, my baby nephew named Ilan Nufail bin Riezan, finally turned to his tender one!


One year old, and he is sooo charming. Johnny Depp pun belum tentu dapat kalahkan kecomelan dan ke-handsome-an dia.

Friday night, 21st July, we held a small birthday party for him. Malam pertama Ramadan, so tak boleh la nak beriya sangat. Orang pun nak kena pergi tarawikh dulu. After tarawikh then baru ramai sikit orang datang.


The party was actually a last minute plan. Mula-mula tak nak buat sebab orang pun sibuk nak start puasa esoknya. But fikir-fikir balik, kesian pulak si kecik tu. First year birthday pun dah tak sambut. Jadi kami decided buat kecil-kecilan je. Kecil-kecilan pun, ambik masa 2 hari 2 malam jugak la nak decorate rumah and prepare itu ini. Semangat! Anak sedara pertama la katakan. Hihihihi.


On that same night, that first weekend of Ramadan, Incik Macha pun flied over from KL to Kuching. Although a bit late, he nonetheless spent the whole weekend with us, well specifically me LOL.

Tak lalu la nak taip panjang-panjang. Tangan and jari pun tengah berpuasa ni. Katanya! More pictures to come on my next entry! Insya-Allah. Tengah tunggu memory card dari my SIL DSLR.

Maklumlah, aku ada digital camera je. Dah dikira zaman batu dah kalau nak dibandingkan dengan zaman budak-budak remaja sekarang ni. Diorang pergi shopping mall pun nak koya sangkut DSLR kat leher! Ingat pergi melancong ke?? Pui.

Ok dah. Tamat. Selamat berpuasa!


| If only I could remember my own first year of life |

16 July 2012

::: Akhirnya Aku Ke Situ

6 Julai 2012. Jumaat.

Akhirnya. Aku menghampiri seperti dahulu - ketika aku masih muda remaja di sekolah menengah. Zaman buta hiburan. Masih tunduk pada arahan. Masih naif tentang kehidupan. Namun atas kekhilafan diri, dunia indah itu aku pernah tinggalkan.

Saban tahun aku rindui. Sumpah. Jauhhhhhh dalam hati aku senyap-senyap lafaz rindu sembunyi-sembunyi. Tetapi syaitan dan nafsu kuat nak melawan. Hishhh!! Dah penuh buku amalan dengan segala dosa-dosa yang terlalu mudah untuk dielakkan. Baru sekarang mahu sedar? Sesungguhnya Allah itu tidak pernah lokek dengan kemaafan dan keampunan. Kita sahaja yang malas meminta.

Kini, aku mahu istiqamah. Terlalu jauh hendak ke arah alim ulama. Apatah lagi taraf penghuni tetap di syurga. Tetapi aku mahu tanam ego ke arah cita-cita itu.. Senang sebenarnya - jaga iman, jaga amal, jaga segala. Bersederhana. Jangan berhenti belajar.

Malam itu, jiwa takut mati jadi punca. Tangan bergetar, menitik air mata. Memandang ke putih dinding bilik. Tiba-tiba rasa sebak - tersangat sebak. Teringat akan dosa-dosa lalu. Masya-Allah. Rupanya hari-hari aku sakan mengutip dosa mudah. Ringan pada mula. Dah bertahun-tahun? Mahunya tak terkira!

Alhamdulillah, tatkala itu Allah datangkan sinar sebenar. Apa yang aku mahu jadi, Allah datangkan kekuatan dan tekad. Dengan izin Dia, segala niat jadi perbuatan. Alhamdulillah.

Sekarang aku pohon doa semua rakan, doakan aku terus tekad - melawan nafsu, melawan syaitan. Doakan aku terus ke depan, lurus ke depan.

Kerana di depan, ada syurga. Syurga yang sebenarnya mudah untuk kita semua jejaki tetapi disusahkan dek kejahilan diri sendiri.


| Buka buku baru |

28 June 2012

::: Terkejut Dan Dikejut

Life is becoming too hectic. Schedule memang teramat ketat, lebih ketat daripada seluar En Malek Noor suatu ketika dahulu. Lebih padat juga daripada kepadatan Cik Rozita Che Wan kita.

Macam-macam procedures nak di complete. Macam-macam penyakit nak di tengok. Hari-hari ada orang masuk hospital. Ish. Kadang-kadang, aku dok fikir, kenapalah ada orang sakit hari-hari ek? Machine pun tak rosak hari-hari. Jambatan pun tak runtuh hari-hari.

Oh oh oh. Manusia, FRAGILE betul sebenarnya ye.. Manja tau!

Kuman-kuman, bakteria-bakteria, segala jenis kulat dan kerabat-kerabat kenit organisma ni semua pun suke bebenor lah kat manusia. Tak bosan ke dengan manusia? Cuba la diorang pi kacau jambatan ke, jalan raya ke, kereta ke, basikal ke. Banyak option. Ok dah merepek. Maaf.

Bukan mengeluh bosan mengadap orang sakit. Mengeluh sebab penat. Ceh. Penat la sangat ek. Hahahaha budget dah jadi doctor. Phuiiiiiiiii!


++++++++++++++++++++++++++++++


Hari ni ada dua kematian yang dok mengejutkan aku.

Salah sorang jiran kami, committed suicide. Gantung diri sampai mati dalam bilik tidur tengah malam semalam. Another one is the death of a doctor (an MO) yang satu rumah dengan kawan aku. Accident dengan lori time nak balik kampung petang tadi. Innalillah. Semoga roh-roh mereka yang telah pergi berada di kalangan hamba-Nya yang Allah janjikan syurga. Amin.

Segala yang Allah pinjamkan, kita kena pulangkan. Tak tahu bila. Tak tahu apa cara. Seram. Naik segala bulu roma. Dosa aku masih berbakul-bakul. Beratnya, MasyaAllah, tak terluah dengan kata-kata. Api neraka aku tahu memang menunggu dengan marak. Nauzubillah. Seriau. Hati dah hitam pun Allah masih sayang. Inikan pula mereka yang selalu dekat dengan Dia. Semoga kita sentiasa mampu dan berkesempatan untuk bertaubat.


| Insya-Allah, berubah |

13 June 2012

::: Hina Hamba

Tidak secantik si puteri
Tidak semanis si bidadari

Biar bermain dengan seloka
Ditanya-tanya kenapa
Diri di layan umpama hina

Bukan hormat disembah
Cuma kasihlah pada maruah
Kerdil impian sebelum patah


| jangan ludah |

3 June 2012

::: Final Super Spontan

Tamat sudah 10 weeks of good laugh. They had performed well to entertain every beginning of our weekends. Zizan was awarded as champion, followed by Johan, then Tokei. Zizan layak untuk menang, Johan juga, Tokei pun sama. The 3 of them actually memang kaw-kaw punya spontan. All layak to be champions. Tapi, adat lah kan. Rezeki tu kan semua kerja Tuhan.

Aduhai Mak Mah! Aku menulis dah macam juri tak diundang! Phui! Aku bukan nak tulis review. Sorry, silap channel lah kalau kome ke mari nak cari isi-isi tersirat karangan kontot aku ni.

Cuma, aku rasa for the upcoming Fridays, tak tahu dah nak tengok TV show apa. Dulu ada Maharaja Lawak, then Maharaja Lawak Mega, then Raja Lawak (entah musim berapa aku tak berapa nak follow sebab program tu dah jadi redundant and peserta makin kurang lawak!), afterwards Superspontan menyusul. The next laugh will be from what show then?

So far, Karoot Komedia X akan mula. Achaner Tu Johan pun will begin very soon. So, hoyey! Not that boring and show-less lah kan..

Well, dont be surprised by my choice of TV shows sebab I prefer comedy rather than that 'Bella', 'Akasia' bla bla bla sorts of drama. Bosan! Too serious is no fun anymore! I have enough seriousness from my real hard life so I let the comedy to take over my fantasy and fun...

++++++++++++++++++++++++++++++

Back to life - again!!! Cuti dah makin ke penghujung. This coming Tuesday, another major posting will begin. Back to wards, clinics and teachings. Bluwerghhh!!! Exam is boring but the knowledge is actually entertaining.

++++++++++++++++++++++++++++++

There are people who we really love unconditionally but we just could not live with them. It is mere impossible.


| we are the champions of all the released sperms! |

29 May 2012

::: Malas Bukan Sebarang Malas

Haro haro semua.

Dah lama sungguh aku tak update di sini. Bukan sebab tak minat. Minat tu sangat memuncak. Idea dalam otak bertimbun-timbun. Masa je yang tak ada langsung. Semenjak dah start Final Year ni, masa packed sungguh. Balik dari hospital dah tercungap-cungap penat. Kadang-kadang ada extra class pulak sampai malam. Nasib tak baik, ada on-call pulak.

Dah di rumah, penat melanda. Nak switch on laptop pun malas ya amat. Mata mengantok super duper awal. Pukul 10 dah collapse. Melainkan malam-malam tertentu yang aku terpaksa settlekn assignment or bertungkus lumus habiskan revision untuk exam.

So far, in the previous academic year, aku dah harungi macam-macam dan Alhamdulillah, semua postings dah lulus walaupun not with flying colours. This final hurdle pulak, everything is getting tougher. Demands from everyone pun getting bigger and their expectation pun is getting higher. Insya-Allah. Selagi ada kudrat, kena kuat!

+++++++++++++++++++++++++

Eh regarding pics from Bandung.. Well, oh well.. Malas ni memang bukan sebarang malas. Nak go through the pictures and upload those in an entry is another damn big obstacle untuk manusia overdose malas seperti aku ni. So far, aku tangguhkan dulu lah ye. Sehingga aku mampu bernafas semula. Mungkin esok lusa. Sebab starting esok, aku cuti seminggu. Away from hospital, clinic and classes. Oh, I am in a mini-temporary heaven. LOL.

++++++++++++++++++++++++++

Chalo dulu! Mahu usik Incik Macha yang sedang sibuk dengan Macbook Air baru dia. Phuiii. Aku TAK JELES!

Abang Ejan and Kak Ida pun baru beli iPad. Huh. Aku TAK JELES juga!

Wuwuwuwu. Aku mana mungkin cemburu. Hati aku ni je gatal nak cemburu! Syuhh!! Syuhh!! Setan ni banyak betul~


| mim alip lam sin |