28 February 2010

::: Internet Tengah Disonglap

duhai kakanda serta adinda rupawan dan tak kurang juga yang agak kurang menawan...

jangan dirindui adinda di sini. adinda akan kembali tatkala koneksi internet sudah pulih.. sila jangan meroyan pada adinda. salahkan mereka-mereka yang sengaja mewafatkan koneksi internet adinda ketika hujung bulan sedang tiba.

haram jadah!!! aku bosan!!!

:argh:


| ini dari library. huh. sumpah aku memang budak rajin! |

26 February 2010

::: London - Aku Suka. Tapi... (Part 2)

sambungan dari Part 1

parents aku di depan Big Ben London


inside a tube


2) underground train/tube station terlalu maha besar!

kalau setakat sebesar KL Central, tu okay lagi. tetapi...? meh aku bercerita seperti penglipur lara berjaya. (dah ready untuk berimaginasi sambil membaca petikan novel? bermula....!)

aku seorang gadis suci yang tinggal di Kawasan A. satu pagi, aku nak pegi berjimba ke Kawasan G. ada banyak choices of transportation. aku yang gedik dan getik ni pun pilih la tube.. tube adalah keretapi yang tersembunyi di bawah tanah. bukan tube yang dipakai oleh gadis-gadis pra-matang untuk menutup ape yang tersembunyi di dada mereka.

:devilishgrin:

so aku kena ambik tube dari Station A ke Station G. total perjalanan tube tu mungkin mengambil masa 4 minit sahaja. pantas bukan? tu kalau takde pertukaran platform la tau!

malangnya, dari Station A ke Station G aku kena transit dulu kat Station C sebab perlu change from Platform 1 to Platform 2. ini kerana tak semua tubes dari Station A akan direct pegi ke Station G. tube yang menghala ke Station G cuma berangkat dari Platform 2 di Station C tu je.

setakat ni, pening tak? kalau tak pening, maksudnya korang boleh apply keja kat Jabatan Land Survey. tahniah! meh sambung lagi...

dari Platform 1 Station C, kalau takat berjalan lenggang lenggok tali kecapi dengan langkahan kadar rata selaju 5km/jam, kira-kira 5 minit baru aku sampai kat Platform 2. kalau aku mampu berlari laju seperti Usain Bolts, serta rela meredah dan melanggar segala jenis makhluk yang sedang turut sama berpusu-pusu dalam station tu, mungkin aku boleh sampai dalam masa 2 minit. tapi jangan lupa pasti ada 'calar balar di hati' hasil makian umat-umat yang dilanggar ketika sesi berlari ala-ala Usain Bolts tadi.. ko rela? aku tak rela!

total perjalanan tube dari Station A ke Station G memang 4 minit je. tapi kalau ditambah sekali dengan time to changing platform tadi tu, dah jadi 9 minit kan bai?

actually selain daripada menggunakan tube, aku boleh je jalan kaki dari Kawasan A ke Kawasan G. mungkin mengambil masa 8-10 minit. kalau korang tak derhaka dengan cikgu matematik kat sekolah dulu, pasti korang leh nampak cara mane yang lebih mudah, plus free pulak tu! cuma mungkin mengigil sedikit dek kesejukan kota London.

kesimpulannya, nak tinggal di London kena bijak berimaginasi dalam merancang perjalanan. jangan main naik or main jalan je... ada berbelas-belas lines of tube networks kat sane. bertindih-tindih. untuk pergi dari Station A ke Station G je ada lebih dari 5 cara - melalui tube networks yang berlainan dan bertukar platform di stations yang berlainan.

untuk yang first time datang to London, boleh migraine dibuatnye.. itu sudah pasti! tak percaya? sila klik gambar kerdil di bawah untuk tatapan mata yang lebih lancar.



| hujung minggu tiba, patutkah ke London lagi? |

25 February 2010

::: Kembali Dari Langit

ooooo ada yang rindu kat aku ye? wah wah wah.. sila buat kenduri kesyukuran.. kerana aku sudah selamat kembali dari langit! suke? suke? ape-ape pun, million thanks kepada korang semua yang tak renti-renti bersorak nada bisu memberi semangat dan mendoakan aku.. terima kasih daun ketupat, jangan lupe semayang jumaat.

:devilishgrin:

selesai sudah perperangan sementara di langit peringkat ke-empat. sampai meleleh-leleh hingusan dan tangisan. boleh pecah otak memikiran results yang bakal keluar seminggu dua lagi. ape-apepun, medical school kitorang memang sangat saiko! sila jangan hantar anak-anak korang ke university tempat aku study sekarang ni.. jangan ingkar! kedegilan kamu boleh membunuh!

of all the diseases in the world, penyakit-penyakit rare dan pelik jugak yang dia nak tanya dalam exam. ape tah jadahnye.. tanye la pasal sakit kurap ke, sakit jantung berlopak-lopak ke, sakit paru-paru perokok tegar ke.. ada gak faedah sebab dah pasti selalu jumpa kat ward nanti. ni tanya pasal sakit 'klank klunk teng tong' yang tak terlintas langsung dalam akal fikiran aku. tidak mengapa. tawakal saja pada Yang Esa.

results tak keluar lagi, tapi kelas untuk final (5th) year akan start isnin depan on the 1st of March. aku start dengan specialty Acute Care Block a.k.a. A&E (accident and emergency). specialty yang aku tunggu-tunggu telah tiba! hohoho-horayyyy!! mari mengepam adrenaline rush sambil berkejaran ke sana sini di dalam ER!

sure akan ada yang datang patah riuk. boleh gak merasa jadi mechanic.. repair mane-mane tulang yang bengkang bengkok sana sini seperti dedawai besi. and harap-harap ada peluang buat CPR kat patients yang berwajah seperti Brad Pitt mahupun Johnny Depp. woot woot!~

ada 4 hari lagi sebelum kelas bermula.. mari berjimba bersama Arieza!

:sweaty:


| teringin hendak bermanja.. |

23 February 2010

::: Kemuncak Kebiolan

stress level sedang memuncak!
ada sape-sape bela anak dinosaur yang boleh aku telan??
one written paper is gone. another OSCPE paper remaining.
jiwa emosi!


| kawan, tolong doakan saya.... |

21 February 2010

::: Maaf, Sebenarnya Aku Sudah Bertunang

pagi tu mak tiba-tiba suruh aku bersiap pakai baju kurung - ada tetamu nak datang katenye. aku turutkan aje. ingatkan ada sedara mara menjenguk dari kampung.

lepas zohor, tiga buah kereta tiba. ada 10 orang - siap bawak dulang. aku jenguk dari tingkap bilik tidur kat tingkat atas. musykil. hati dah berdebar-debar. kak ida (i.e. tunang abang aku) masuk menjenguk ke dalam bilik. dia tanya aku dah siap ke belum. dia nak bawak turun bawah.

aku tanya la sapa yang datang. kak ida kata ada orang masuk meminang aku. aku kelu sangat-sangat. hancur luluh segala emosi. kecewa dengan parents aku. kenapa diorang buat tanpa berbincang? ini hidup aku, biar aku yang tentukan!

kak ida pujuk aku turun ke bawah. hati aku sebak yang amat! air mata bergenang tapi apakan daya, aku tak nak menderhaka. kalau itu yang keluarga aku mahukan, aku redha. mungkin aku dan incik Macha bukan ditakdirkan bersama. Allah lebih tahu.. bergelinang air mata.. sebak dada..

aku dah tak mampu mendongak melihat tetamu yang datang. aku duduk bersimpuh sebelah kiri mak. masing-masing membisu. cuma kedengaran pihak lelaki sedang berbincang dengan wakil dari pihak kami..

10 minit lepas tu, mak berbisik mintak aku senyum. dia kata dia nak tengok aku bahagia. tapi ini hidup aku. aku bahagia dengan incik Macha, mak tak tahu ke tu semua? malangnya tu cuma dengusan aku di dalam hati. aku tak mampu bersuara langsung. bergenang lagi air mata. menitis tanpa disedari sesiapa.

beberapa minit kemudian, muncul seorang aunty di depan aku. agaknya, mak dari pihak lelaki. aku masih tunduk, tak mampu melawan takdir yang sungguh tak diduga.

aunty tu hulurkan tangan dan jari-jemari dia menyentuh dagu aku. perlahan-lahan dia dongakkan kepala aku. tatkala mata kami bertemu, maka mengalirlah titisan air mata panas yang kian laju. dia datang dekat, mengucup dahi dan menyapu air mata yang lebat mencurah turun. aunty tak tahu ke saya sudah ada pilihan hati sendiri? aku cuma layak menjerit dalam hati.. kecewa yang tak terungkap....

tiba-tiba aunty tu bangun dan beredar. aku tunduk kembali. tak rela melihat apa yang bakal terjadi. saat itu aku berdoa yang tu semua sekadar mimpi buruk di siang hari. 30 saat lepas tu, aunty tu datang balik, duduk bersimpuh depan aku yang masih tunduk ke bawah.

dari lirikan hujung mata, aku tau aunty tu bawak anak lelaki dia sekali. sekarang kedua-duanya sudah ada di depan. mak berbisik, memujuk aku untuk mendongak kepala. mencurah-curah air mata aku jatuh. aku kuatkan hati.

mungkin inilah takdir dan destinasi aku. mungkin incik macha sekadar cinta yang Tuhan datangkan sebagai pengalaman..

dengan segala kudrat, ditemani kelopak mata yang kuyu, aku dongak perlahan-lahan.. aku perhatikan aunty tu sangat tenang. dia pandang lelaki di sebelah kanannya, sebagai isyarat supaya aku melihat ke arah anak lelakinya yang bakal bergelar tunang arieza dalam sekelip mata.

dengan penuh terpaksa, aku toleh jugak... lelaki tu tersenyum lebar, sambil nakal mengenyit mata. ya Allah! incik Macha???

hanya Allah sahaja yang tahu betapa hati aku bahagia ketika mata kami bertentangan. kenyitan matanya sudah cukup untuk membuat aku tersenyum bersama air mata gembira.

aku pandang ke arah mak, dia tersenyum sambil mengangguk. aku peluk mak kuat-kuat. sesungguhnya mak aku memang mengerti tentang cinta di hati anak bongsu dia ni. aunty sarungkan cincin di jari manis aku. aku salam dan kucup tangannya.

ketika kami berpelukan, aku melirik memandang incik Macha yang sedang memerhati dari belakang. aku lihat matanya merah. aku tahu dia turut bahagia. aku tutup mata. terima kasih Allah. inilah bahagia yang kami cuba bina..

+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+
+

'semalam i call you, you tak answer... you kata you keluar pegi dinner...'

hoh? mane datang lagu zee avi pulak ni? owh. ada message masuk.

argh! baru nak release tension sebab exam dah dekat!! menghancurkan mimpi indah!!

:devilishgrin:


| bertunang dalam mimpi, kira valid tak? |

20 February 2010

::: Hidup Bukan Semata Cinta

Mungkin cinta mereka nampak sempurna.
Noktah.

:sorry:


| terus melangkah perlahan.. |

19 February 2010

::: Membela Hantu Di Blog

tahun lepas aku dapat anugerah pelakon terbaik kerana gambar-gambar di atas.


aku akan berehat sebentar sampai minggu depan. Isnin dan Selasa, aku ada papers for 4th year final exam. itu perang besar untuk tahun ke-4 ni. preparation? wallahu'alam, aku cuba yg terbaik.

untuk menjadi seorang kanak-kanak sekolah yang pintar dan cergas seperti anak-anak milo, aku kena menganaktirikan blog ni buat sementara waktu.

kalau ditinggalkan, mula-mula mungkin dia agak bersawang, kemudian menternak labah-labah sebesar tikus. lepas tu datang pulak entiti-entiti jahat menginap kat sini kot. segala adik toyol, makcik pontianak, uncle pocong, aunty langsuir, semuanya pasti singgah hinggap menjadi penunggu setia.

mungkin la.. tapi aku cuba letak 'pendinding' agar tiada di antara anasir-anasir tu yang berani bertenggek pun kat sini! kalau tak, aku bakar punggung diorang satu persatu.. biar sipi sebelah! kalau berani, datanglah! aku sedut dengan machine gun milik ghost busters!

mungkin sekali sekala aku akan datang senyap-senyap sambil terjengkit-jenkit ke blog korang. akan ku jenguk sekejap-sekejap sambil melepaskan kentut di tangga rumah korang. kalau ada bau tu, mungkin peninggalan sejarah aku, tandanya aku ada datang menziarahi korang.. bersyukurlah!

so pembaca-pembaca, silent readers dan kawan-kawan sekalian, doakan perjalanan aku dipermudahkan. insyaAllah.

:antok:


| injap jantung menjadi semakin longgar! lup dup, lup dup.. arghh!!! |

18 February 2010

::: Snow Datang Lagi.. *Haihhhh*

ketulan-ketulan snow yang bikin aku gundah!

itu bukan lebatnya hujan.. tapi lebatnya snow mengamuk ke bumi..


Christmas dah habis. Chinese New Year pun dah habis. pakcik santa dah lame berdengkur. naga-naga pun dah kejang-kejang betis. mungkin diorang sedang mandi spa and sauna sambil menyanyi-nyanyi kecil merehatkan perut..

tak puas-puas lagi snow ni turun time bulan December and January hari tu.. tup tup, snow turun lagi dengan kadar rata yang lebih tinggi! sebab dia turun dengan lebat tu yang tak tahan tu. minggu lepas ada gak snowing but takde la sekencang ni dia attack our area.

parah dah... what a great sign of serious shit weather disruption. kat Malaysia masing-masing mengeluh sebab suhu tahap melampau sedang terjadi. sampaikan bedak kat ketiak terus melekit walaupun baru 5 saat ditempekkan di kawasan berkenaan. itu satu pembaziran okay!

:hilo:

duhai spring.. datang la cepat.. aku nak tengok bunga-bunga manis menguntum balik.. seperti manisnya anak dara yang sedang kembang segar!

:devilishgrin:


| semakin pelik! |

17 February 2010

::: Kes Buang Bayi - Malaysia vs UK

(ini issue serious. sila tutup sebelah mata jika tidak sanggup pening hempedu. jika sanggup, sila sama-sama ambik iktibar. Wallahu'alam)

di UK tengah kecoh dengan 2 kes kematian kanak-kanak (16 bulan dan 3 tahun). kes pertama terjadi Khamis lepas dan kes kedua terjadi semalam (Isnin 15th Feb). puncanya? terjerut di tali 'window blinds'.. kan tali untuk adjust bukaan blinds tu agak longgar dan kadang-kadang terjuntai-juntai dengan gembira. itulah yang meragut nyawa! tak diduga langsung. kesian...

:puppyeyes:

the local people sedang buat petisyen memaksa mahkamah keluarkan akta mengharamkan windows blinds demi memastikan takde lagi kes pelik macam tu terjadi... nampak tak betapa 'Child Protection' sangat kuat dilaungkan kat sini?

sampaikan kalau anak-anak kurus cekeding macam kurang zat (a.k.a tak cukup makan), parent s boleh dikenakan tindakan undang-undang. if dapat anak yang memang jenis tak suke makan? habislah korang duhai ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian. undang-undang akan bidas - 'kalau dah tau anak tu jenis yang nak makan pun kena paksa, kenapa tak pegi jumpa doctor atau minta tolong dari pihak yang lebih pakar?' hambek ko nyah...! see? a very strong Children Acts!

dekat Malaysia pulak kecoh dengan kes buang bayi. depan surau, dalam semak, tepi lorong. frankly speaking, sepanjang 5 tahun aku bermastautin kat UK, belom penah lagi aku dengar kes pembuangan bayi macam kat negara 'tumpah-darah-mak-aku-time-melahirkan-aku' sendiri. kenapa??

1) adakah kerana kebanyakan mereka di UK ni tiada pegangan agama ataupun very open minded, maka rata-rata family mereka lebih terbuka dalam hal 'bayi luar nikah?'

2) adakah kerana di Malaysia, tekanan dan pandangan buruk terhadap 'bayi luar nikah' terlalu tinggi sehinggakan mereka lebih rela memperjudikan nyawa bayi-bayi yang langsung tak berdosa demi takut maruah diorang terjejas?

tapi pastinya rakyat negara kita akan menjawab no (2) dengan satu lagi persoalan - 'time seronok bermain' tak terfikir pulak pasal maruah?'

apa kata kita tolak dulu persoalan 'time seronok bermain' tu.. kita jawab dulu persoalan no (1) dan (2). untuk yang sudi membaca hingga ke taipan huruf yang terakhir, what do you think?

kenapa di sini (UK) kurang issue pasal kes pembuangan bayi? sedangkan di Malaysia, setiap tahun pasti kecoh di sana sini. tu belom termasuk kes-kes yang tersembunyi rapi. kenapa kah duhai anak-anak sekalian? kenapa??

:ha?:


| tertanya-tanya |

15 February 2010

::: Kisah Pramugari (Stewardess)

ini seorang pramugari. a female stewardess to be precise.. errrr, a MAS female stewardess to be even more precise. toksah tanya nama dia. mungkin Saleha. dia sekadar gambar hiasan je la!

cantik? memang cantik.. badan solid. pinggang ramping. punggung molek. dada berbukit. senyum manis. kulit cerah, peha melepak, betis panjang.. oit oit! abang-abang semua, sila jangan melopong ternganga! aku bukan nak cerita pasal pramugari terlampau okay! jangan berangan-angan!

aku dah banyak dengar cerita yg kononnye stewardess ni banyak yg kepala besar (ke besar kepala?) ini yg aku dengar la kan... 'berlagak kaya, hidup glamorous, riak diri cantik, mata duitan, materialistik...'

pasal steward jarang pulak aku dengar, mungkin pramugara jarang buat hal berbanding pramugari. dah nama pun perempuan, harus la kan! perempuan kan kepoh sikit...~ (hambek!)

tapi memang ada benarnye kot. some of them - i repeat, SOME - pakai nak yg gempak-gempak je. kononye tak pakai GAP, tak pakai Topshop, tak pakai Guess, apetah lagi BUM atau Asadi. heh. yg mereka ada cumalah Gucci, Armani, Mulberry, DKNY, Fendi, LV, Rolex.

KONON!!

kalau yg betul-betul mampu boleh rembat satu designer collection setiap minggu, tu aku tak kisah.. dia nak canang kekayaan dia kat reporter, lantak pi kat dia lah kan..

bunyik meriah macam gaji berjuta! tapi yg peliknye ada je di kalangan diorang yg makayah and adik-adik masih merempat hidup susah kat kampung? tu ke maknanya dah cukup kaya? habiskan gaji yg konon-konon berjuta tu kat lagak dan gaya semata-mata? untuk ape?? sebab nak ngorat pilot ke? atau nak umpan passengers yg kaya raya? korang rasa kenapa?

eh sudah ar.. kang aku meroyan lagi panjang, lagi sakit jiwa aku yg tengah sedap mengkritik pramugari terhebat ni. anyhow, ingat beb aku dah cakap awal-awal tadi yg aku menulis ni bukan merujuk kepada semua pramugari, tapi some of them are as such.

:astig:


| ter-emosi pulak |