15 February 2010

::: London - Aku Suka. Tapi... (Part 1)

London Tower Bridge
(motorcade atas bridge ni lah yg akan dipisah dan diangkat (splits) into two bila kapal-kapal perlu melintas kat bawah dia. diorang panggil Tower Bridge Opening.)


view from the London Eye's Capsule
(you can see the London Bridge on the bottom right)


typical view in the London Tube/Underground Station


London - satu dunia kenal. mak timah, kak ramlah, atok dalang, nenek bedah dan pak jali, semua pasti tau atau at least penah dengar perkataan 'London'. mungkin cuma tak reti nak tunjuk lokasi sebenar bandar London di atas peta dunia.

aku tipu kalau aku kate aku tak suke London.. tapi..
(take note that aku menulis berdasarkan pengalaman peribadi aku je. lain orang lain pendapat)



1) mencarik public toilet di London adalah seperti sesi mencari harta karun!

especially dekat tube/underground stations. kadang-kadang kena menyelinap kat celah mane-mane tah then baru jumpa. kat tengah-tengah bandar toksah cerita - Oxford Street ke, Bond Street ke, area Westminster ke, Trafalgar Square ke, Oxford Circus ke, Tower Bridge area ke, memang susah nak jumpa public toilets, unless korang berada dalam shopping malls or certain restaurants..

kalau nak harapkan public toilet along the street/area itself (seperti yg di mentioned as above), memang agak susah. naik pecah pundi kencing! bila dah jumpa tu, ingatkan bandar-bandar kaya ni kasi masuk free la kan. takdenye! mostly 50 pennies per entry. paling worst aku penah jumpa was 1 pound per head! gila rabak, RM7 untuk masuk kencing?? kalau berak cirit birit diselangi bunyik plup plup ketulan-ketulan itu jatuh, berbaloi la jugak!

:inis:

okay ini baru sebab pertama. ada lagi several issues. nanti aku sambung dalam entry yg lain..

jari-jemari aku kejang tibe-tibe. mungkin penat after menari Tarian Naga Dung-Dung Chey sepanjang hari. maklumlah, show amal jariah sambil menghalau 'hantu' yg sedang 'buat maksiat on the Valentine's Day..

for more pics of my parents and I in London, sila skodeng dekat entry berikut
::: Trip Part 2 : LONDON


| experience gained. memory remains. |