29 April 2011

::: Another Academic Year To Tick


Cuti 3 minggu dah tamat pada 10 April 2011. And this year's 10th April was my parents 28th Wedding Anniversary :) Alhamdulillah.. Either for the ups or the downs, we are still together.

We celebrated it di KL but bukan la celebrate dengan party buih. Kami 5 sekeluarga went for a short break to KL sambil bershopping barang-barang "upcoming baby"!!! Sadly untuk aku, the visit was just for the weekend since kelas began on the 11th. The rest of them came back on the 12th. Sayu sayu sayu. Plan dan flight tiket kami ke KB Kelantan terpaksa dilupus kira dek kerana class schedule aku yang menghampakan itu.

:sorry:

So, it is well passed a year in UNIMAS. A relief? Maybe. A regret? Perhaps I shall start learning to say No :) Dah bermula academic calendar yang baru.

Our first posting was Forensic Medicine which began on the 11th April hari tu and ended on the 21st April. 1 and a half week of fully packed lectures. All about forensic and a bit of law - from murders to suicides, from accidents to natural deaths, from knives to machine guns, from burning to drowning!

Memang boleh buat otak aku menggelupur. Orang FBI and CSI pun boleh gila tau! But it was a very interesting posting. Selama ni dok tengok CSI, semua nampak macam senang. Tapi bila dah kena learn the actual facts and theory, hambek! Terus otak sangap oksigen!

One of the forensic doctors yang involved in Anwar Ibrahim's sodomy case, the killing of Altantuya and Sosilawati, and several other well known cases nationwide, came as our main guest lecturer for 3 days straight. He shared a lot of his experience and taught us enthusiastically. Exam pun dah berlalu. Tinggal kena buat 2 postmortems and submit their respective reports.

Now my second posting is District and Family Medicine. A mixture of several major postings (Medicine, Surgery, O&G, Paeds) with General Practice (GP) Medicine. Maka sekarang tercampaklah aku di Serian for 3 weeks, starting Monday the 25th of April. After that posting ni akan bersambung di clinics in Kuching pulak.

Since Serian is just about 60km away from Kuching, jadi aku dah ulang alik ke rumah 2 kali within the first week. Tambah jammed dan jalan bengkang bengkok sana sini, a 1 way journey from my parents' house in Kuching to my hostel in Serian (or vice versa) gonna take around 50-60 minutes. Pulang ke rumah adalah option terbaik tatkala kelas habis awal or no on-calls scheduled for me. Yippy!

But not too bad, Serian nowadays is quite busy during daytime, from as early as 6am till 10pm. Hostel pun right at the city centre. Coupled with oxygen molecules, atom-atom debu pun masuk ke lubang hidung dengan lancar sekali. Redhakan saja. Takda lah sunyi sangat macam kat Sibu dulu. Sibu itu terlalu...... Hmmm.... (silalah lengkapkan ayat tersebut dengan perkataan anda sendiri).

Kat luar pun lori-lori sampah sedang bergiat aktif. Aku kat dalam bilik pun tengah hulahoop atas katil - pasang TV, pasang kipas ceiling, kipas meja lagi, sambil mengadap laptop. Terjeling ke arah jam laptop.. Alamak! Masa dah time!!!!

Chalo bette! Chalo!


| another year, then another year |

27 April 2011

::: Hati-hati Duhai Hati

Hidup memang banyak teman, banyak rakan, sanak saudara toksah cerita - memang merata!

Tetapi pada siapa sahaja yang engkau boleh letak tanda 'boleh percaya sepenuh hati sampai mati' kat dahi mereka? Siapa? Cuba kau senaraikan atas kertas sisa nasi lemak mak jenab pagi tadi. Pasti tak sampai lima orang dalam senarai. Ada yang mungkin langsung tak ada! Ingat, ini aku tuliskan tentang percaya pada manusia! Bukan yang selainnya~

Sakit jatuh perit kita, kadang-kadang, hendak cerita kat ibu bapa pun kita sangat berat segala. Sangat berat. Bukan tak percaya langsung pada depa, cuma tak mahu jiwa mereka runsing dalam duka. Biar semua senyum tengok anak-anak macam tiada masalah lagaknya.

Mahu cerita pada adik-beradik? Mereka juga punya cerita yang perlu dipelihara. Mahu cerita pada yang tercinta? Banyak sangat dilema juga tanda tanya. Kawan-kawan pergi mana? Dah lah tak semua boleh dipercaya. Kalau ada pun, tengok mereka pun terumbang ambing nak lawan arus dunia.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

A long distance relationship.
The strongest base that you must firstly build before you ever fall in love with your partner is honesty - in your words and actions. From honesty, then only comes trust. If you cant be honest in the first place, you may want to doubt your capability of being a good and lovely partner and soul mate to anyone in your future.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Dengan tengkingan, dengan lolongan, tak boleh memberi apa-apa pengajaran. Yang datang cuma ketakutan. Bukan suatu perubahan. Berhemah. Itu pesan Rasulullah.

+++++++++++++++++++++++++++++++++++

Hati. Kamu sudah seperti pelakon teater yang licik menyembunyikan rasa. Kamu sudah seperti penyanyi yang lunak menghamburkan rasa dusta. Semakin keras jadinya hati. Hati-hati, hati.


| bila jiwa jadi patah. semua ikut musnah. |

3 April 2011

::: Manusia Sampah


Aku tulis isu biasa. Tentang aku. Aku yang kenal akan manusia tipikal. Ramai.
Sangat ramai!

Ada kata, tak dikota.
Ada hati, tak dijaga.
Ada jiwa, tak dibela.
Ada kasih, tak dibaja.

Tipikal. Bersepah-sepah. Naik menyampah! Aku cuba hindar diri dari menjadi yang bersepah itu. Aku tak mahu dihurung lalat dan langau. Jijik.

Jangan mudah kau kata 'Oh maaf, aku kau insan biasa. Khilaf merata. Mana boleh lari dari itu semua.'

Iya. Memang kita semua lebih kurang sama. Memang ada khilaf juga. Tetapi khilaf itu usah dijadi tempekan kau punya alasan. Bibir manis kata maaf, moga khilaf takkan berulang.

Hakkk-ptuih!

Rata-rata semua tabur taik! Esok lusa pedajal lagi. Mulut saja mengaku khilaf tetapi hati gelap tak mahu tambah adab!

Sumpah. Kamu yang tipikal busuk itu, sangat jijik! Lebih jijik daripada gambar di atas!


| bersepah-sepah! salah seorang daripadanya, aku sudah hidu sehari dua...~ |

28 March 2011

::: Bercuti Sungguh

Dah hampir 2 minggu cuti berlalu. Lega. Sangat lega. Lega yang sementara.

Tidur sampai taik mata pun dah takda lagi untuk keluar. Tidur sampai seluruh keturunan ayam pun dah penat untuk berkokok. Tidur sampai mak nyah pun dah nak keluar mencari rezeki pendapatan. Oi oi tidak seteruk itu! Sebelum tengah hari mata aku pasti celik punya. Tidur lama-lama pun kepala boleh jadi terencat.

Seminggu dah berlalu. Belum ada specific or special programme. Yang simple-simple tu ada lah. Dua kali seminggu pergi main basketball, pergi jogging sana sini dengan parents, pergi melalak dengan kengkawan, pergi sambut birthday member, pergi melepak bersepah merata-rata, pergi attend majlis itu, pergi attend exhibition ini, pergi mandi sana, pergi mandi sini. Itu aje yang ada so far.

In two weeks time, my parents, abg & kakak ipar, & me akan ke KL. Meronda mencuci mata. Sambil-sambil cari barang baby. Woot woot! *surprise surprise surprise*

Supposedly kami ke Kota Bharu, Kelantan. But because of my class schedule will start earlier than I used to expect initially, so terpaksa dibatalkan sahaja niat di hati. I will stay there for just the weekend but my parents & abg kakak will stay there until Tuesday.

Buat masa ini, horey horey di rumah sahaja!


| mengharap cuti yang tak henti! |

25 March 2011

::: Gempa Bumi Di Myanmar 24 March 2011

At about 11.15 malam waktu Malaysia tadi, Khamis 24 Mac 2011, Myanmar pula digegarkan oleh gempa bumi. Bahagian yang terjejas adalah di bahagian Timur Laut Myanmar, dekat dengan sempadan China dan Thailand.

Gempa bumi tu dikatakan sekuat 6.8 pada skala Ritcher. Tetapi setakat ni, belum ada amaran Tsunami diberikan.

Lepas satu, satu pula bencana menimpa dunia kita ni kan.. Kuasa Allah.. Kita sama-sama doakan hamba Allah sesama kita selamat walau di mana saja. Semoga kita semua dijauhkan dari segala bencana dunia ni. Nauzubillah.

Untuk berita perihal Myanmar earthquake ni di CNN, baca di LINK INI.

Untuk berita perihal Myanmar earthquake ni di Washington Post, baca di LINK INI.


| bila Allah kata 'kun fayakun' |

24 March 2011

::: Bisu Di Bibir, Bisu Di Hati

Hidup ini memang kadang-kadang dicipta untuk cuma membisu kata. Ada ketika, kata-kata bukan penyudah sengketa. Maka bermula hari ini, biar Arieza belajar jadi si bisu bicara.

Aku banyak belajar tentang apa itu sabar. Dulu Arieza lain orangnya. Sungguh berbeza. Sekarang Arieza lebih banyak angguk daripada bersengketa. Bukan tak punya kata untuk berbicara, cuma penat menjelaskan apa kiranya yang ada dalam jiwa. Tapi tetap juga dikata Arieza keras kepala. Iya. Memang kamu ada benar. Tiada pernah aku nafikan. Jadi beri lagi aku tunjuk ajar. Kerana memang aku tiada sempurna. Kerana memang aku tiada sempurna.

Kata maaf serta angguk jadi teman segala. Biar orang kata di mana ikhlas kata, kata kita bodoh apa segala. Terima sahaja. Jangan kata semua itu tiada benar. Memang aku tiada sempurna, masih banyak perlu belajar. Hari-hari masih perlu mencari di mana hala tuju yang mahu aku pergi. Memang aku tiada sempurna.

Tatkala bersangka baik, dikata kita cuma berlakon di raut rupa.
Tatkala menghulur maaf, dikata pula kita cuba lari dari segala.
Benar. Memang aku tiada sempurna.

Jadi kiranya kamu masih ada sayang pada Arieza, maka ajarkanlah. Aku mohon jangan pernah kamu berputus asa. Seperti mana yakinnya seorang ibu menjaga si anak cacat berkerusi roda. Yakinlah pada aku. Kerana aku masih punya sedar - sedar diri masih perlu belajar.

Pada Arieza, belajarlah bersabar lagi. Kerana sabar itu bawa engkau makin dekat pada Illahi. Semat rasa kasih, pupuk rasa cinta, diam-diam dalam hati. Mungkin kata itu tak perlu diucap lagi. Biar Allah rencanakan apa yang ada di kejauhan hari.

Hanya Allah yang mengerti siapa masih di dalam hati.
Hanya Allah yang mengerti apa sebenar tersirat di hati.
Ya Tuhan, kuatkan hati-hati kami.

:sorry:


| nanti tiba saat aku bisu pada hati |

23 March 2011

::: Bermula Cuti 3 Minggu

Alhamdulillah...

Tamat sudah tahun pengajian yang lepas. Tahun yang mencampakkan aku ke Hospital Sibu. Tahun pertama aku sambung pengajian di Malaysia selepas pulang dari UK. Mula-mula, agak terkejut dengan sistem kat sini. Pelan-pelan untuk cuba adapt, boleh la terima sedikit demi sedikit. Alah bisa tegal biasa.

Dan Alhamdulillah lagi sekali sebab atas izin Allah segalanya berjalan agar lancar untuk tahun pengajian lepas. Semua posting lulus. So boleh masuk ke tahun seterusnya. Bersambung lagi perjuangan yang seperti tak sudah-sudah ni.. Thank you to my family, Incik Macha, teachers and friends for your help and support along this 1 year.

Tetapi, selepas analisa terhadap diri sendiri, memang banyak yang boleh aku perbaiki. Hari tu dapat results pun 'boleh boleh' je. Belum smpai grading 'excellent' or 'amazing' lagi.

Aku kuat tidur, kaki merayap, banyak melaram depan laptop, kuat sembang, tak lalu pandang buku lama-lama, jenis tak jumpa patients hari-hari, revision pun sehari dua sebelum exam. Memang patut la tak dapat excellent, ye dak? Hikhikhik~

Now kitorang tengah cuti 3 minggu before the beginning of a new academic year. Khamis lepas aku dah tinggalkan Sibu and angkut segala barang dan harta benda to Kuching. Sekarang bermula posting kat Kuching pulak. My hometown. Nonetheless, akan ada few postings to other places like Serian, Bau and Sibu (again!), but thanks God they are just for several weeks.

Since most of the time aku akan berada di Kuching, then no more tinggal kat campus. Tinggal kat rumah je, yang jauh pun sekangkang kera dari faculty and hospital. Cuma perlu meredah jammed di sana sini. Tinggal di rumah, makan minum pakai semua mak ada tolong uruskan sikit-sikit. Poket pun makayah masih boleh tolong penuhkah. Huhuhuhu. Saya suka bilik tidur saya!!! Saya cinta rumah saya!!! Yey!!! A perfect place for a perfect sleep. LOL. Harap-harap tak terlajak tidur and datang lambat to classes and hospital. Boleh bikin lecturers and doctors mengamuk!

Semoga segala perangai yang busuk-busuk aku tadi tu akan berkurangan. Kot-kot nanti boleh senang-senang score A dalam semua postings plak. Hahahaha angan-angan lah kan! Tapi kena berusaha~ Insya-Allah. Kena pada caranya, kena pada usahanya, kena pada rezeki dari-Nya. Semua pun boleh... :)

3 weeks off - from books, from classes, from hospital, from study, from revision. Pergh! World's heaven!


| cutiiiiiiiiii!!! |

16 March 2011

::: Repost : The Bliss, Aku Sudah Di Malaysia Lah!

Original Published Date: 7/7/2010
Mode for NOW: Reminiscing the decision.

++++++++++++++++++++++++++++++

(kau bijak? teka la. ape ni??)

Hello adik-adik manja sekalian. Kau datang sini meroyan, kita sama-sama meroyan. Kalau kau datang carik bahan, sila-sila rajinkan tangan. Well, mari bercerita. It has been a too long of a mystery. Right! The truth, the facts, the memory. Thank you so much for those yang concerned about me. Aku hidup lagi. Syukur.

Sekarang aku ada kat Malaysia. Yang tau, tau, Yang tak tau, sekarang dah tau. Reason? Well, ask my parents because they wanted me back. Lol. Undeniably, for good reasons, that I wish I can see better as time flies.

:sorry:

Ape-ape pun, di sini aku. Sudah menapak di Bumi Malaysia. Balik kepada tanahair tercinta. Panas? Oh memang panas. Tapi 'panas' lagi di dunia luar. Jauh dari segala. But still, aku bersyukur atas segala pengalaman yang telah Dia bagi aku rasa. Cukuplah. My parents dah cukup terseksa. Apetah lagi aku sendiri. Semua memori suka duka di sana akan aku jadikan sebuah cerita. Liku kehidupan yang penghujungnya adalah mati.. Apa yang dah jadi, Allah lebih mengerti. Pasti.

Kembali ke negara asal, tapi environment yang totally berbeza.. Sekarang aku di Hospital Sibu, tengah buat 4 major postings. Until tahun depan. 8am till 5pm, memang super pack. Jauh beza dengan dunia kat UK. So here I officially announce that I am now back home in Malaysia. For good. Yes people, for damn good, for fucking damn good.. Not that I regret this decision, but I guess what my parents decided, was, is and will be the best for me. InsyaAllah.

Well, pusing sana, pusing sini, Medic jugak. Peningnya makin bertambah. Entahlah. What difference does this transfer make? I don't know yet. For the time being, I can only see all those 'messy-unsettled-things' piling up in my list. Semoga Arieza terus melangkah dengan tabah.

I believe, He knows me best. What others can't see in me, I know Allah sees it definitely. Be you my enemies, be you my friends, be you my forgotten memory, remember I am still me.

++++++++++++++++++++++++++++++

Updated paragraph(s):
Perhaps, I am already seeing a few of the good reasons of that big decision.
Insya-Allah.

:astig:


| only He knows best |

13 March 2011

::: Kartun Berita Harian - Ultraman DiKejar Tsunami Jepun


Alahai Berita Harian. Mana pergi celiknya mata Ketua Editor? Ke kerja main 'tutup mata' je, kasi approve segala materials janji paper published and masuk market?

And now, even the CNN is reporting this news. I guess, to those in the Editorial Board of Berita Harian, ready to cover your assholes! CLICK HERE for the CNN brief news on this matter.

Are there still stupid, insensitive and uncivilized 'people' in Berita Harian?


| itulah jadinya bila manusia sekadar kerja untuk DUIT!!!! |

12 March 2011

::: Aku Mahu Ia Mati

Biar mati
Sebelum semua jadi duri

Biar mati
Sebelum yang diingat hanya maki

Biar mati
Sebelum terluka sekeping hati

Biar mati
Sebelum yang tinggal hanya benci

Biar mati
Sebelum aku mengundur diri

:sorry:


| ia bergolak seperti tsunami |