Huh. Rasanya tak perlu aku jelaskan. Ini kaler tema. Kaler oren seperti yang aku war-warkan sebelum ni tak kesampaian. Tiada oren yang menepati citarasa. Maka merah menyala menjadi pujaan..
Oh by the way, sudah selamat tiba di Kuching pada petang Jumaat lepas. Perjalanan balik kampung dari Sibu ke Kuching yang kebiasaannya mengambil masa 6-7 jam, aku redahkan menjadi 4 jam setengah je. Al-maklumlah, hati dah berkobar-kobar nak tiba berehat di rumah.. Alhamdulillah takde apa-apa yang tak diingini berlaku sepanjang perjalanan.
Nanti aku bercerita kosong lagi. Mau pergi buat kuih taik mata.. Daa~
p/s: adik -adik yang masih bawah umur, sila jangan tiru warna rambut di atas. kang nanti masuk sekolah, cikgu botakkan kepala korang