PENGUMUMAN

Kakak-kakak abang-abang sekalian, blog ini ada dua writers. |arieza| dan reWrite. Sila baca 'posted by...' di penghujung setiap entry. Sebelum kamu kantoi! - by Arieza

3 September 2010

::: Balik Kampung

Tamat sudah berjuang *sigh* Ada perasaan bodoh dari benak hati mengatakan aku punya kemungkinan untuk tewas tapi aku serah saja pada Tuhan. Cubaan pertama di tempat baru. System baru. Scheme pun baru. Tunggu dan lihat apa keputusan bila habis cuti raya nanti.

:sorry:

Jap lagi nak bertolak balik. Berambus jauh-jauh dari tempat bosan ini. Jauh la sangat! Driving my own car for 6-7 hours from Sibu to Kuching. Kitorang gerak 3 buah kereta. Kalau jalan macam highway kat Semenanjung Malaysia sana, takpe la jugak. Ni jalan lintang pukang serupa laluan Explorace. Bukit bukau gaung maung. Harap-harap Allah lindungi perjalanan kami.

Insya-Allah berbuka puasa dalam kereta. Terbaik! Memang 'balik kampung'. Kalau esok terus sambut Hari Raya pertama, lagi la boleh dipanggil balik kampung tahap dewa dewi. Siap boleh pasang lagu Allayarham Sudirman yang bertajuk Balik Kampung tu. Tapi memandangkan puasa ada lagi seminggu, mood nak pasang lagu Raya tu belum mai lagi.

Dalam otak dah banyak sangat perancangan. Hari Sabtu ni adalah hari 'menghias' rambut! Woho tak sabar~ Mungkin warna tema rambut aku tahun ni adalah oren. Haaa. Siapa berani join? Punk-reggae baru ada seni. Ye dak?

:okay:

Mau bertolak dulu. Doakan keselamat aku beb.. Nanti malam, jika keadaan mengizinkan, aku khabarkan berita dari Kuching! Yey!! Selamat tinggal Sibu yang bosan!


| lup dup lup dup |

18 comments:

Pensel Kontot said...

huhuhu
sedey cz lom boleh balik
ade kelas lagik

Ery Farieha said...

penah je pengalaman beraya atas jalan
mmg sepanjang jalan tu psg lagu raye je
huuuhuhuh

Judiene said...

selamat pulang ke kampung cik arieza
bas sy betolak mlm neh
can't wait!
hehehe~~

hans said...

aku dah sampai rumah
yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa

P/S : Nak Buat Kejutan Tapi Tiba - Tiba....Hahaha!

black_mel said...

hati2 di jalan raya..ingat orang tersayang..highway semenanjung stright jer boring..kena kona2 lopak2 sikit..

Cik Jari said...

selamat balik beraya...selamat hari raya...ho..yeah..kaler oren mcm sunkist.....sedap diminum dicampur ais...

Mario said...

selamat pulang yer...ok pe jalan cenggitu...panorama dia perghhh....

Miss ... said...

slmt2 je semua hopenyer :)

missgee said...

Yang..
Selamat balik kampung..^^

P/s: Oren pekat arr.. Baru laaa.. hehehe

wachak said...

Don't drink and drive. puasa beb ... ahak33

hans said...

meh komen kejap pasal iklan raya tv3 yang baru nih

P/S : Iklan Raya Aidilfitri TV3 Tahun Nih Macam Ada Tak Kena! Ini Bukan Hari Natal....

S..U..D..@..I..S said...

Apakabar di Kuching..selamat menyambut hr raya aidil fitri

Encik Tikus said...

ohhh. rumah dekat sarawak. hehe ;P

MuNsYi SaMa said...

selamat pulang ke kampung halaman. :)

Un Phat Lee said...

semoga selamat sampai ke destinasi.dah sampai nanti minum air banyak2 ea.(ape kaitannye?)

cHiN said...

babe. slmt hari raya!

akhatam said...

have fun yeaaa...

Kulanz Salleh said...

jalan di sana dan jalan di sini tak jauh beza.. perjalanan yang sepatutnya 1 jam, jadi 2 jam.. memang memenatkan