9 February 2011

::: Bekerja Untuk Ibadah


Bekerja. Kata yang kebanyakan, itu sumber rezeki. Kata yang ramai, itu maruah dan masa hadapan. Kata yang sedikit, itu suatu ibadah.

Aku mahu suatu hari nanti, aku bekerja demi kerana Allah. Kerjaya aku bukan perihal suatu kekayaan, bukan perihal suatu kepuasan, bukan perihal suatu kemajuan. Tapi satu harapan. Harapan yang mereka andai, harapan yang aku boleh bantu untuk mereka capai.

Namun kena ingat, aku bukan Malaikat, apetah lagi Tuhan! Bukan dan bukan! Bukan aku yang mahu tabur harapan, aku cuma membantu kamu mencapai yang sedemikian. Aku bukan pemulih segala, aku bukan penyembuh semua. Aku cuma membantu mencari apa pemulihnya, mencari di mana penyembuhnya. Yang di hujung kelak, cuma pasti terletak pada yang Esa.

Ketika kerja, pasti ada banyak politik, pasti ada banyak skandal. Sana sini orang canang, sana sini semua orang sebenarnya sedar. Cuma kita mengaku atau tidak sahaja.. Sekejap-sekejap si polan hilang, sekejap-sekejap si polan tu pula rancak mencanang. Berkepit bersama hampir separuh hari. Si polan sini pula sana sini tunjuk gaya tunjuk paras rupa.

Kawan-kawan, hamba Allah, umat Rasulullah, mari duduk balik, kita muhasabah diri. Apa tujuan kita punya kerjaya? Tak kira dalam apa segala bidang, apa sebenar NAWAITU dalam hati kita?

Dalam 8 jam sehari waktu bekerja itu, entah berapa jam sahaja yang kita benar-benar ikhlas dan fokus pada kerjaya tanpa ada terselit perihal yang tak sepatutnya? Ada yang sehingga terbenam sinar mentari, terpacak semula si matahari, tetap menghadap yang dikatanya sumber rezeki.

Tapi kita kira setiap sen rezeki itu benar-benar halal kah? Kita kira segala usaha kita itu benar-benar pada restu-Nya kah?

Entah. Aku tiada jawapan. Kerana aku juga penuh khilaf, tidak sempurna dalam setiap bicara, setiap lakunya, setiap apa segala.. Mungkin kelak tatkala aku sudah mula bekerja, aku juga sama seperti kamu yang sering alpa terlupa nawaitu. Aku tidak mahu itu. Aku minta dijauhkan itu.

Duduk diam. Berfikir. Berubah. Ikhlaslah. Kerjaya kita itu adalah ibadah.


| nawaitu. nawaitu. nawaitu. |

13 comments:

  1. Kerja satu ibadah bila ia dimulakan dengan Bismillah dan nawaitu Lillahi Ta'ala

    ReplyDelete
  2. betul tu.. niat kena betul baru berkat apa di usahakan.. semoga kerjaya arieza sebagai doktor itu banyak memberi pahala jangan jadi macam doktor yang uncle jumpa minggu lepas .. main cincai aje kemudian mengaut untung

    ReplyDelete
  3. ikhlas! rumah sukan aku nama ikhlas :P

    ReplyDelete
  4. mira_nas - benar benar :)

    Along Tapa - nawaitu sauma ghodin? ingat tak? hahaha

    uncle ber_u_wang - insyaAllah uncle. semoga kita sama2 beribadah ketika bekerja...

    shazika - hahaha tak kesukanan tul nama rumah sukan ko ni :p

    ReplyDelete
  5. yups
    betul tu
    macam aku pun
    kadang2 aku terfikir juga perkara ini bila aku duduk sorang2
    kdang2 aku rasa kita belajar or bekerja nih ada macam2 sebab kan?

    Jom Join Contest Situasi Hans : Gunakan Imaginasi Anda

    ReplyDelete
  6. kalau masa kerja kita curi tulang tu...dah tersasar dari nawaitu nak cari rezeki halal...renung2 kan selamat beramal :)

    ReplyDelete
  7. salam..
    Ramai yang sedar & faham mengenainya namun tidak ramai yg benar2 bekerja dalam bentuk ibadah seluruhnya.

    ReplyDelete
  8. kerja mesti amanah jgn curi tulang main fecebook plak....rezeki tk berkat nanti

    ReplyDelete
  9. salam 1 dunia..tq for sharing the thought..alhamdulillah..i got the point

    ReplyDelete
  10. Arief Arf - :)

    rubi @ cawan2 - b0leh! tu kira tunaikn tggjwb dan hutang :)

    hans - tlalu byk sebab.. tp asasnye, niat kena betul.. :)

    nuriz - tu la byk tul org suke curi tulang skrg ni huhuh

    ozzy - setuju sgt.. mereka tahu, tapi mereka pilih utk buat2 tak tahu.. sedih kan..

    perondajaketbiru74 - itu la! FB tu mmg pembunoh!!!

    mutoburok - :) no worries sama2 kita beringat..

    ReplyDelete

Ding me your thoughts!