15 February 2013

::: Esok Lusa Tulat Tulat Tulat Tulat Tulat

Aku
Tiada

++++++++++++++++++++++++++++++


Teringat - SINI

"When I said I trust you, meaning I am willing to and have sacrifice so much to overcome that great deal of my own fear and past. Thus, I beg any of you - who I already trust, who I already have faith in - to listen, to share, to love, to live together - please dont take that trust for granted."


Ada
Berbaki
Sisa-sisa

Allah
Tolong ambil semua
Aku enggan jaga

Cukup
Aku rasa cukup  


| cukuplah Allah ku untuk ku |

14 February 2013

::: Satu

Silapnya cuma satu. SATU.


++++++++++++++++++++++++++++++


Dalam berjalan ke arah tuntutan Allah, pasti tak lekang ujian ditarah.

Aku ingat lagi - aku masih mahu cekal mempertahan.

Tetapi gagal - kerana mereka dahulu mengalah pada godaan.

Kalah pada dunia dan permainan.

Tak apa. Hasbi Rabbi.

Nanti aku kembali.



| sayup-sayup meredah jalan |

27 January 2013

::: Moving On

Orang cuma dapat mendengar, dapat cuba untuk memahami
Tetapi yang merasa sakitnya cuma kita sendiri

What a broken heart needs is time
With time, come strength
With time, come patience
With time, come acceptance


Biarlah cuma Allah ada di hati
Biarlah cuma Allah rindu disemi
Biarlah cuma Allah cinta diberi
Kerana Allah tidak pernah menyakiti

La Tahzan
Allah dah kata jadi, maka jadilah segala
Allah takkan uji lebih daripada kita punya kudrat tenaga
Juga kemampuan hati

Yakin
Percaya
Allah balas segala 


| to walk through is the hardest path. once through, it will all be just fine |

3 January 2013

:: A Letter to You

Dear you,

Just 3 days in 2013, yet so much have happened to me, friend. And I believe, such so did happen in yours too. =)

I now have learn to come to term - to let everything bad passes me as flawless as they want. But to reminisce every single happy moment that I deserve to celebrate.

I want to not question for their reasons to happen, but I will learn to analyze my mistakes - creating changes and moving forward. Forgive and forget, apologize and behave.

I am done letting myself to fall along a bottomless hill. Seeing things around me, make me realize, of what purposes I really live for.

We have family. Yet we spend good time the very least with them. (oh, maybe this applies on me only)

We have true friends. Yet we turn around thinking someone else is better than them.

Sad, regret - for so much that I have missed.

Today, 2 days before I turn 28, I am writing this thing to you, to remind you, my future self, to not look down on yourself during any bad periods. 

Have faith, to face hardships. Accept some facts that no one is perfect. Accept others as they are and deliver forgiveness as they request.

Strength, is what I am working towards. So must you.
Strength to become realistic in achieving dreams. 
Strength to bear with hardships that are really unforeseen.

Ganbatte kudasai, Arieza!
May you realize, upon reading this, that you have made a promise, to none other than yourself. So get up, and have fun in learning about life! =)

Love,
You


| =) |

1 January 2013

::: Cliche 2013

Daripada tajuk pun dah tahu, entry ini going to be lame - which includes wishing everyone a happy new year and live long in joy and prosperity. Lame! Ceit.

Not now. Tahun baru, apa sangat la yang istimewa. Setiap 12 bulan sambut benda yang sama. Kesudahannya? Ada apa-apa ke yang berubah? Bagai nak rak menyambut sakan. Muharram dah lama berlalu, Mek.. Malam itu, kau tahu yang buku amalan kau dah buka siri baru?

Do you think you were better last year? Do you think you had achieved more last year? Do you think you were even making any small progress at all in every aspects?

Kalau ada, tahniah. Teruskan pencapaian.
Kalau takda, tak payah la seronok bebenor nak menyambut new year kononnyer. Habuk pun tarak. Masih di takuk lama. Masih belum ada yang mampu dibanggakan. Tin kosong ketang ketong ketang ketong~

Tahun silih berganti. Usia meningkat meniti. Bukan cuma kita, tetapi mak ayah kita juga.

Benar ajal maut di tangan Tuhan. Namun aku bukan sempurna boleh tolak segala rasa gundah apabila mempersoal usia orang tua. Hari-hari tadah tangan. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Allah tahu setiap perjalanan. Esok lusa mungkin aku yang tiada.


 ++++++++++++++++++++++++++++++ 


Cliche-nya topik azam tahun baru, kan? Well, semoga mata kau terus rela membaca benda redundant sebegini... So, here goes.

Untuk aku...
"Mahu lebih dekat pada Allah. Belajar jadi lebih tabah. Ada rintangan, belajar pasrah. Semoga Allah akan permudah."

| malam tahun baru, banyak maksiat berlaku |

26 December 2012

::: Rogol Merogol

Sekadar gambar hiasan nukilan Pakcik Google

Tertarik aku dengan topik rogol ni selepas terbaca di media massa tentang seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge yang dituduh merogol anak tiri dia selama 7 tahun. Propa kau, nyah! Baca pasal retisss~


Nauzubillah. Dunia sekarang ni, manusia macam-macam ragam. Entah kat mana silap. Iman? Akidah? Akhlak? Takwa? Kepercayaan? Kemanusiaan? Keluarga? Persekitaran?

++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk sesiapa di antara kita yang ada terdetik mahu merogol - nampak perempuan seksi sikit terus menggelegak nafsu serakah, ditambah dengan bisik hitam syaitan makinlah otak ligat mencari mangsa dan jalan - fikir dulu balasan Tuhan!

Kemudian, fikir apa pula rasanya kalau mak/isteri/anak/kakak/adik perempuan kau yang kena rogol juga. Mesti rasa nak bunuh orang, bukan? Kalau dah sampai tahap wajib menikah tu, cepat-cepatlah menikah. Ambik yang rukun sahaja. Yang penting, terhindar dari perbuatan jahat tu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Yang sudah menjadi mangsa rogol pula, jangan terus putus asa. Hidup mesti terus. Pasti ada hikmah Allah turunkan bencana sedemikian rupa. Pengalam ngeri lepas, mungkin susah untuk kamu lupa, namun usah terlalu kerap memandang ke belakang, kerana yang di depan masih jauh perlu diteruskan.

Memang maruah rasa dipijak-pijak. Lagi-lagi kena berdepan dengan mulut manusia zaman sekarang ni, yang lebih besar daripada mulut tempayan dan perigi, lebih busuk daripada longkang bahan kumbah. Sabar. Allah duga kau kerana kau antara yang paling kuat di kalangan hamba-Nya di bumi.

++++++++++++++++++++++++++++++ 

Untuk rakyat jelata pula, penonton segala busuk wangi drama kehidupan, usahlah banyak mencaci. Si [erogol pun dia caci, mangsa rogol pun kena maki sekali. Ish ish. Apa punya mulut la yang kita bela selama ni? Sayangnya bibir molek yang Tuhan bagi tu diguna untuk mengeji sesama sendiri.

Segalanya bermula dari keimanan. Mari bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Semoga kita terpelihara dari kemaksiatan.


| mencari rindu yang suci |

23 December 2012

::: Membaca Post Lama

Dok kuyu mata bergolek-golek di bilik, ketika hujung minggu yang sekejap panas sekejap hujan ni, aku rajin-rajinkan diri membelek-belek segala entry aku di zaman ketika ketiak masih suci - hanya ada bulu ketiak yang halus mulus tak diperlihat dek mata cuma mampu dirasa di hujung jari.. Phewiiittt~

Kelakar. Tergamam. Senyum. Malu-malu sendiri..

Entry aku yang dulu-dulu, temanya lebih memberontak, lebih terbuka. Namun aku masih dapat rasakan setiap tulisan itu aku letak berbakul-bakul rasa keikhlasan. Aku ligatnya menulis memang kerana aku sedang khusyuk bercerita. Tak kiralah pada kamu-kamu semua, atau pada diri dan jiwa raga.

Dari isu G-string, ke isu ibu bapa. Semua aku pernah ada.

Sekarang, nak tulis sepatah pun dah rasa loya.. Ptuih! Loya dengan penerimaan rakyat jelata lain yang suka memandang maksud tulisan aku yang berjela-jela. Bosanlah, kau! Bosan!


| berlapik tak serik|

22 November 2012

::: Doubt

Dusta aku
Andai kata hati tak pernah luka
Dusta aku
Andai kata hati tak pernah kecewa

Dusta aku
Andai beriya selalu bilang bahagia
Dusta aku
Andai tiada tangis cuma ketawa

Dusta aku
Andai yakin tanpa rasa curiga
Dusta aku
Andai setuju tanpa rasa waspada

Kenapa sekarang ragu-ragu itu tiba?
Kenapa sekarang luka mahu berbicara?


++++++++++++++++++++++++++++++


Final professional is getting closer. I cant even start thinking about exam while too many matters are unasnwered.

Bertimpa-timpa, datang.
Tanggung sahaja tak pernah habis hilang.
Tertanya-tanya, terus herdik berang.
Tanggung lagi tak mahu meradang.

Yet, people dont get it. Why? Merely because they have secured a real paid job, while I am still no where in this field.

Ya Rabb. Apa sahaja.
Aku rasa mahu telan semua sengsara.

Tengah.
Di tolak ke kanan, sana parah.
Di tolak ke kiri, situ marah.
Aku yang berkerah.
Mahu jaga hati semua.
Habis, aku? Sapa mahu jaga?

Siapa yang sebenar sedang bina hidup bahagia?
Siapa yang sebenar perlu sokongan bukannya cerca?
Ini tidak.
Serupa aku yang sudah gah punya segala.
Mereka mereka mahu aku angguk setiap masa.

Sudahlah..
Buang jauh-jauh bisik syaitan.
Pasti Dia turunkan bantuan.
Itu, aku kata penuh keyakinan.


| hati, jangan begitu |

14 October 2012

::: Annoyance

Makin ramai lelai perangai macam makcik tua yang dah nak menopause. Pantang ditanya, pantang disoal. Guys, wake up, you are supposed to be the masculine - not the QUEEN! Kalau kau pernah datang haid, pernah merasa sakit haid yang amat, aku tak kisah kau nak melenting setiap kali ditanya. And I will sure blame the hormone. But a MALE? What shall I blame? Surely not your testosterone, DUDE!

People brag too much - about almost everything! Love life, study, career, money, family, traveling, friends, enemies. Stop it. If u still gotta do it, be moderate. Nak brag, brag lah nak oi. Tak payah nak pung pang sangat. Berpada-pada. Macam la orang lain tak boleh baca intention kau - menunjuk. Kami pun hidup atas bumi yang sama. Tahu apa engkau rasa. Jadi, tak payahlah nak konon sembunyi-sembunyi surprises sangat sedangkan dalam hati kau membuak nak bercerita bangga. Kami tahu, harap maklum.

Perangai budak-budak tapi umur dah cecah 25 tahun. Masih lagi nak mengumpat sana-sini, masih lagi nak menjaja gosip liar, masih lagi nak terasa benda-benda simple sesama sendiri. Udah-udah la tu dik oi. Asyik-asyik nak kecik hati. Bosan! Cakap sikit salah, tak cakap pun salah. Beruk pun tahu penat nak panjat pokok-pokok setiap saat. Inikan pulak manusia yang cuma bergelar kawan nak memujuk engkau yang dok bermasam muka setiap hari. Damn, BOSAN! Yer aku tau kau menangis bengkak mata almost every day. So what? Kau sorang je yang ada hati untuk kami jaga? Kami pun ada masalah, kami pun ada susah. Tapi tak perlulah nak dibising-bising satu dunia perlu tahu semata-mata mintak simpati. Sekali-sekala boleh lagi. Setiap hari? BOSAN!!!!!!!!

Dosa pahala. Belum ada ikatan nikah, dah kehulur kehilir bawak anak dara orang merata sakan menyelidik satu dunia. Yer, kau tak sentuh. Yer, kau tak bersetubuh. Tapi zinanya masih ada. Betul, aku bukan tiada khilaf yang sudah layak nak tegur kau. Yer, aku tahu kau mesti tengah kutuk aku - baru mula bertudung dah nak tunjuk bagus macam ustazah. Beb, sekurang-kurangnya aku tahu apa itu dosa pahala. Yang boleh dielak, aku usaha keras untuk elak. Kalau dah melekat sangat, nikah je la. Belum ready kau kata? Duit ko bazir berfoya-foya berdua, berhibur berdua, untuk apa? Komitmen yang engkau takutkan? Tanggungjawab suami isteri dan rumahtangga yang engkau takutkan? Dahtu, dosa dari Tuhan, kau tak cuakkan? Ish hebat. Kau manusia hebat. Aku hari-hari fikir, macam mane cara nak hindar hasutan syaitan. Sampai masa aku menggigil dok fikir balasan Tuhan. Nauzubillah. Banyaknya dosa aku. Jadi kawan, aku tak suka lihat kau tambah dosa juga. Sudah-sudahlah. Ada cara mudah yang Allah halalkan. Tak susah - fikiran engkau je yang fikir hal itu menyusahkan.

Ok dah lah. Aku pulak yang annoying. Sayonara. Tutup buku cerita.

  
| Makin tua makin menjadi |

10 August 2012

::: My Baby Nephew Turns One

Lama sungguh tak bercerita la kan.

Well, on 22nd of July 2012, my baby nephew named Ilan Nufail bin Riezan, finally turned to his tender one!


One year old, and he is sooo charming. Johnny Depp pun belum tentu dapat kalahkan kecomelan dan ke-handsome-an dia.

Friday night, 21st July, we held a small birthday party for him. Malam pertama Ramadan, so tak boleh la nak beriya sangat. Orang pun nak kena pergi tarawikh dulu. After tarawikh then baru ramai sikit orang datang.


The party was actually a last minute plan. Mula-mula tak nak buat sebab orang pun sibuk nak start puasa esoknya. But fikir-fikir balik, kesian pulak si kecik tu. First year birthday pun dah tak sambut. Jadi kami decided buat kecil-kecilan je. Kecil-kecilan pun, ambik masa 2 hari 2 malam jugak la nak decorate rumah and prepare itu ini. Semangat! Anak sedara pertama la katakan. Hihihihi.


On that same night, that first weekend of Ramadan, Incik Macha pun flied over from KL to Kuching. Although a bit late, he nonetheless spent the whole weekend with us, well specifically me LOL.

Tak lalu la nak taip panjang-panjang. Tangan and jari pun tengah berpuasa ni. Katanya! More pictures to come on my next entry! Insya-Allah. Tengah tunggu memory card dari my SIL DSLR.

Maklumlah, aku ada digital camera je. Dah dikira zaman batu dah kalau nak dibandingkan dengan zaman budak-budak remaja sekarang ni. Diorang pergi shopping mall pun nak koya sangkut DSLR kat leher! Ingat pergi melancong ke?? Pui.

Ok dah. Tamat. Selamat berpuasa!


| If only I could remember my own first year of life |