phew.. so 1st Syawal dah berlalu... kat malaysia raya sebulan. kat sini, sehari pun susah nak dpt. kalau raya weekdays, alamatnya ambik la cuti sendiri2...
utk aktiviti di malam raya, initially aku planned nk buat kek lapis sarawak.. kira 1st attempt aku la in my whole life.. tapi, akhirnya aku ragu2 dgn keupayaan aku sndri... sbb mak aku kata, kalau tak jadi, mmg rugi.. sbb pakai 2 dozen telur utk satu acuan tu.. drpd aku rugi ternganga xdpt apa2, baik aku try buat a simpler menu kan kan?
so aku decide utk buat chocholate cornflakes! hooray! b4 berbuka posa pada hari last ramadhan, aku ajak kawan aku g membeli belah.. konon nk buat beskot raya la katekan..
so mlm tu aku & 2 org lg mmber aku bertungkus lumus (ehem ehem) membuat beskot raya itu! & kami berjaya! yahooooo!! sila tengok kat bawah ni. beskot kami sungguh sexy..
oleh kerana bumi ini bulat & UK pula berada d barat.. (haihhhh) maka akhirnya malaysia menyambut 1 Syawal dahulu sebelum kami... ini tidak adil!
so after parents & abg aku solat raya kat malaysia, diorg pun on webcam & kami pun bersalam2an bersama2.. & again, thank you technology~
plan pagi raya kat leicester ni spt biasa ar. after solat raya kitorg berkumpul kat satu rumah, bawak juadah masing2 (beskot raya tu kira juadah jugak kan kan kan?) & makan/melantak beramai2.
selain dr beskot choc cornflakes, aku bawak kek lapis sarawak yg dah ready made sekali. mujur la kesedapan & keterampilan beskot & kek tu agak memberangsangkan.. terima kasih kerana menghabiskn stok beskot & kuih raya kami!
dah agak2 puas berposing dpn camera & menganiaya satu sama lain, aku & 2 other frens berpakat utk membuang duit.. shopping raya! org lain shopping raya b4 1st Syawal, tapi kami lebih suke shopping time xperlu puasa dah! dapat bershopping sambil mencekik katenye...
aku berbelanja dgn senang hati.. raya setahun sekali. shopping? setiap hari!
2nd Syawal i.e. TODAY.. ape plan aku? eh ada ke 2nd Syawal kt UK?? aku ingatkan after 1st Syawal terus 1st Zulkaedah..
| incik sabarudin, cpt la balik~ |