31 August 2010

::: Skop Kerja Paling Berkualiti

Apa itu berkualiti? Bila cepat dinaikkan pangkat? Bila bos selalu memuji? Bila semua keluarga rasa bangga? Fikir dalam-dalam kak long kak ngah abang cik pak usu.

Apa maknanya kerja sampai berpeluh ketiak tapi kita sendiri tak rasa puas hati? Memang selalu orang kata 'janji kerja aku siap' ataupun 'takpe, asalkan setiap hujung bulan gaji masuk'. Setakat itu je ke hidup kerjaya korang?

Aku kononnya mau jadi doktor. Sedang menapak perlahan ke arah itu. Itu cerita lama. Mungkin semua sudah tau.

Yang aku mau, puas hati dalam memberi sedikit harapan walaupun secebis kepada mana-mana insan yang sedang Allah datangkan beban. Tak kiralah penyakitnya belum mampu aku ubati, tak kiralah mereka yang pakar kata nyawanya cuma ada enam bulan baki, tak kiralah sakitnya memang tak tertanggung dek hati..

Aku mau jadi si doktor yang mampu menggengam sepasang tangan yang kurus melidi itu tapi tetap mampu memberi sesimpul senyuman di bibirnya yang pucat lesi. Bertarunglah dengan azab sakit diberi Tuhan, tapi harapan itu jangan sesekali aku putuskan. Andai tiada apa sekalipun yang masih tinggal, cukuplah akan aku bantu dengan sebuah nilai sesama insan. Senyuman tak pernah lekang kadang-kala sudah cukup membuatkan hati lara itu merasa yang mereka tak bertarung bersendirian. Masih ada ucapan doa dari aku yang juga bernama hamba-Nya.

Aku harap senyum ku itu bak ucapan semoga kamu sentiasa tabah, bak ucapan semoga kamu dalam lindungan Allah.

Itu cerita aku. Itu ingin aku. Kamu yang pelbagai kerjaya, apa mau kamu?

:sorry:


| banyak ragam |