11 November 2010

::: Geli Hati Buat-buat Berani

Haaaaa hah!~

:devilishgrin:

Siapa tadi komen kt bawah ni nak korek kepala aku? Hehe.. Takpe.. Aku simpan penghabisan entry kat bawah ni kedap-kedap dalam pagar besi di sudut 87 degree ke timur barat daya otak aku.. Pasti tak siapa jumpa.. :)

Pejam pelik pejam celik sambil picit pipi bulat aku ni, masa berlalu semakin pantas, bagai dalam mimpi! Dah 9 minggu di posting Medicine. Next week exam. Tu dia~

Geli hati okeyh!! Sebab otak aku ni tengah agak-agak kosong (kurang daripada 2 gram je isi kandungannya). Tetapi hati sengal ni pulak buat-buat berani... Carik bahana marabahaya betul.. Apa-apapun, iringi aku dengan doa ye kamu-kamu yang sudi menyepetkan mata untuk membaca.. Kalau yang dah lama tercicir berita, tadahkan tangan aminkan saje! Hikhikhik.

Semoga Allah permudahkan laluan aku yang ini pula.. Maaf ya Allah, aku ini si hamba yang banyak benar meminta itu ini. Kerana aku tahu Pencipta Agung ku itu tak pernah jemu.. Bantu aku.. Malu pula pada Dia..

:sorry:


| entah.. geli hati tapi hati rasa dengki.. cemburu actually..~ ke? |