12 November 2010
::: Kisap Merapu Seorang Aku 3
Mahu keluar parking. Pasang gear reverse. Tiba-tiba ada sebuah kereta Kancil melintas di belakang. Buta gamaknya. Sedangkan kereta aku dah half-way reverse. Mujur tak berlaga bontot.
Bila dah fully out from the parking space, jalan ke depan sikit nampak kereta Kancil hero tadi tu ada kat tepi jalan. Tunggu girlfriend dia turun pergi supermarket kot. Lelaki Melayu.. Dalam lingkungan cecah 30.
Hati tengah bengang. Masih lagi dup dap dup dap sebab kereta dia hampir gesel bontot kereta aku. Sedang aku melintas dengan bergayanya, turunkan tingkap yang sebelah penumpang hadapan.
Aku : Hey. Aku tengah reverse separuh jalan, ko gasak jugak nak cepat melintas? Apa cerita? Nak mati beranak dah?
Driver Kancil : Erk? Sorry moi. Tak nampak tadi. Rushing.
Aku : Rushing mahu lumba pergi mane? Kondom? Bikin panas je malam-malam ni.
Driver Kancil : Ala moi. Sorry sorry. Samseng betul amoi ni... (sambil dia senyum-senyum, mengharapkan aku berhenti membebel la tuh!) Talak buat lagi la moi... Settle okay?
Aku : Haa bagus. Lain kali jangan buta mata jangan buta hati time tengah sedap berkepit dengan bini. Assalammualaikum.
Driver Kancil : Eh? Melayu. Waalaikummussalam..
Ye memang aku samseng. Samseng aku ni terjadi sebab orang samseng dulu kat aku!
| argh! |