26 August 2010

::: Si Syaitan

Andai ku ikut bisik halus syaitan
Berselimut memori hitam sepanjang laluan
Ingin saja ku tusuk belati ke hati

Argh! Siapa bisa bezakan
Yang mana nafsu yang mana bukan?
Terperuk aku di satu tanah gambut kecil
Hati penuh gelora, amarah, sengsara
Hidup ini kadang kala cuma darah penamat segala
Oh.. bukan? Kau dah cuba?
Kalau belum, baik kau jangan menyampuk
Dengus cuma di hati bagai

Ku jenguk langit untuk kesekian kali
Ya Tuhan kuatkan insan ini
Menepis hasutan dusta
Hidup ini datang cuma sekali
Benar.. Aku hamba-Mu.
Lindungi aku..


| thought you saw me wink? no. |

24 August 2010

::: 50 sen Untuk Satu Kad Raya


Salam Ramadhan semua.. Puasa dah hampir 2 minggu. Harap-harap segala ibadah kita diterima Allah SWT. Insya-Allah :)

Hari tu tanpa disengajakan aku terdengar berita kat radio. Setiap pengeposan mana-mana kad raya tak kira besar mane mestilah menggunakan setem berharga 50 sen, dengan syarat berat kad tu tak boleh lebih dari 50g. Jika melebihi 50g dan ko tempek jugak dengan setem 50 sen je, Abang Posmen pasti buat derkkkk ler.. Itu ikrar baru merek!

So perhatian kepada sesiapa yang sedang sibuk menulis kad raya sambil meniarap di atas katil tu. Amboi.... Tengah feeling tak ingat ye! Pi pinjam penimbang tepung kakak/mak/jiran korang yang mesti tengah kalut membakar kuih kat dapur.. Korang timbang dulu setiap kad raya tu. If beratnye kurang daripada 50g, sile calitkan setem 50 sen dengan sedikit air liur busuk di musim puasa korang tu dan tempekkan setem tersebut kat samput surat okay.

Walaupun dunia dah makin maju, zaman dah makin berubah, aku tetap seorang gadis kampung. Jalan ketika panas pasti bawak payung, senyum-senyum simpul sambil mengatur langkah melenggang kangkung..~

Aku sejujurnya lebih suka dapat kad raya versi classic. Aku ulang lagi sekali, lebih suka DAPAT kad raya versi classic. Aku tak kata pun yang aku suke HANTAR kad raya.

:devilishgrin:

Okay maaf. Itu gurau manje...~

Anyway, sekarang ni bebudak suka benor hantar kad raya ikut media electronic. Paling canggih dia pegi upload sekeping photo bertema ketupat atau masjid kat Facebook, pastu dia tag berjuta-juta member atas kad yang sama. Adoi la Kasseeeemmmm! Bukan membenci atau tak reti menghargai namun aku agak kurang gemar... Dah takde seri macam dulu-dulu lagi.

Abang Posmen sure makin gembira sebab dah makin kurang budaya hantar-menghantar 'hard copy' kad raya dari tahun ke tahun. Semakin hilang segala nostalgia tahun 80-an dulu. 2-3 minggu sebelum raya, sure lenguh jari jemari menulis ucapan atas kad raya. Mintak alamat daripada member sane sini. Beli setem berjela-jela panjangnya.

Tu baru Hari Raya beb! Syiok. Suasana tu yang penting! Memang orang slalu kata, 'it is the thought that counts'. Tapi bila hilang segala tradisi, takde dah nostalgia indah untuk diingati. Sekadar melalui handphone, email dan Facebook. Feel dia lain yang amat...

Jadi, mari kita sama-sama menyusahkan Abang-abang Posmen kembali!

:okay:


| sapa mau alamat rumah aku? btw, aku kat MALAYSIA la :p |

21 August 2010

::: Tak Sabar Nak Ada Anak Buah

the wedding badges..

Abang aku baru je kawen 2 minggu lepas, aku dah kemaruk imagine nak timang anak buah! Tak sabar tak sabar!! Harap-harap diorang bukannya planning nak mendelaykan 'proses' untuk menimang anak...

Kesian aku.. Takde geng dah.. Dah la 2 beradik je. Abang dah tinggal with Kak Ida. Aku terkontang kanting sorang-sorang. Lagi kesian kat parents aku la. Berdua je kat rumah since aku tengah posting kat Hospital Sibu (yang amat membosankannn) at the moment.

Kalau ada anak buah, boleh selalu culik bawa balik rumah.. Jadi anak didik aku, untuk becoming my partner in crime. Best!! Tak sabar nak jadi Mak Usu yang 'super cool & best'~

:eheh:


| salam 11 Ramadhan |

17 August 2010

::: Abang's Wedding

Sorry ar... Lambat lagi menunaikan janji..

Sepanjang 3 hari berturut-turut majlis kenduri kawen Abang Ejan & Kak Ida berlangsung tu (Jumaat akad nikah, Sabtu Reception sebelah Kak Ida, Ahad Reception sebelah kitorang), aku tak captured pictures for personal collection sangat pun. Mostly mintak tolong my cousins or relatives to hold my camera. But too bad, on Friday & Saturday mostly gambar-gambar yang diorang captured tak memenuhi citarasa and hangin aku.

Jadi makanya, have to wait for the official album to be completed by the end of this month. So bersabar la ye kalau nak tengok gambar-gambar yang mengancam dan officially taken by the Professional Photographer.

Luckily on Sunday, Incik Macha datang bawak SLR (well should I say 'after dipaksa dan dipujuk' hik~) so banyak gambar he captured can express the moments. Million thanks to Incik Macha.. P/s: I sayang you lebih la cenggitu...~

So here are just few of them yang taken on Sunday Reception. Tak boleh nak upload semua. Nanti hilang seri.. Hahahahaha.. Enjoy!



Sekian dulu buat masa ini~ Nak pergi berbuka puasa!!


| cepatlah datang duhai DSLR |

14 August 2010

::: Sang Nakhoda

Gigi ombak itu lembut memukul pantai
Dalam senja itu hati ini terus terbuai
Di tunggul kayu itu ku pandang segala pelepah melambai
Adakah tanda sang nakhoda ku kan pulang tiba
Atau sekadar angin yang menjanjikan tiada apa?

Ku tenung langit, indah.. biru kelabu
Oh, mungkin hujan ingin datang..
Turunlah dikau basahi ubun-ubunku
Umpama tanah yang kering kontang..

Dalam sepoi-sepoi bahasa itu, tersirat sejuta tanda tanya
Selamatkah sang nakhoda ku di laut bahtera?
Melukut aku menunggu utusan dari lautan
Oh Tuhan, sang nakhoda ku di sana Kau berilah perlindungan.

Sang nakhodaku..
Hati ini memang keras
Tapi cinta ini tiada batas


| sayang, tak disangka |

::: Disqus Comment Atau...

Disqus Comment atau Classic Popup Blogspot Comment Form?
Your choice?

:yawn:

updates...

Dah finalised. Dengan ini, aku akan back to pakai the simple Classic Popup Blogspot Comment Form. Aku dah deleted the Disqus format so all comments dekat all previous entries were deleted automatically from here. Thank you for all replies and suggestions :)


| ko pilih la... |

12 August 2010

::: Krakk Krukk Krakk Krukk

Krakk Krukk Krakk Krukk
Baru jam 8 pagi
Oi perut, awaiiii lagi
Toksah la bunyi-bunyi

Krakk Krukk Krakk Krukk
Baru jam 10 pagi
Apek jual roti dah jerit sana sini
Aiya Apek pigi la amek cuti!

Krakk Krukk Krakk Krukk
Dah cecah tengahari
Alahai doktor, membebel tak renti-renti
Naik pekak dah telinga aku ni!

Krakk Krukk Krakk Krukk
Baru jam 2 petang?
Mata rasa macam nak pitam
Jiran India kat sebelah dah terbungkang kenyang

Krakk Krukk Krakk Krukk
5 petang dah riuh sekampung
Bazaar dah sesak macam satu dunia bertembung
Yang tak puasa pun datang mengharung!

Krakk Krukk Krakk Krukk
Kat radio Encik Ustaz tengah mengaji
Pinggan membukit, gelas punyer tinggi
Makan besar ini hari!!!

Alahai nafsu nafsi
Bila belum tiba masa, semua nampak berisi
Bila beduk berbunyi perut tak suke diisi
Segelas air bandung pun dah cukup senang hati!

Jangan ikut nafsu, kenyang bodoh macam lembu
Perut kenyang, duduk terkangkang
Maghrib terbabas, Tarawikh terlepas
Kan ke rugi, Ramadhan cuma setahun sekali :)

:wave:


| Hari pertama berjaya! |

9 August 2010

::: Cerita Kawen-kawen

Eleh korang.. Aku saje je nak bikin panas. Bukan ada berita panas mane pun..

Just nak kabar yang pada 30 Julai 2010 haritu, Abg Ejan dah selamat menikahi Kak Ida. Dengan sekali lafaz.. Auw~ Then on the 31st of July berlangsungnya Reception for Kak Ida's side. Esoknyer on the 1st of August, Reception on our side pulak..

Alhamdulillah segala-galanya berjalan lancar. Penat memang super duper penat. Walaupun most parts of the Reception, semua catering & boutique yang uruskan but somehow the tiring part was inevitable. Penat syok sendiri maybe.. Hehehehe.

Too bad aku tak boleh nak upload gambar-gambar from the events sekarang. Al-maklumlah, pakai broadband.. Tunggu aku balik Kuching this Thursday night. Akan ku hamburkan segala unsur untuk tatapan bebola mata korang :)

Another big news - Incik Macha pun turut hadir sama on that Sunday Reception. Well though things were not perfect but I am so glad that my parents finally met him. Eventhough quite quick, I guess it is pretty enough for the time being. At least now they know to whom I am 'befriend' with..

Itu je la kot.. Kang aku sebar semua big news at one go, tak best la pulak kan. So tunggu aku upload the pictures from my Abg Ejan & Kak Ida's Receptions this Thursday or Friday wokey mates!

After that, kita cerita-cerita lagi.. Kap kap kappppp~

:hilo:


| bila lagi? |

::: Janji Yang Basi..

Korang terasa ditipu ke? Sebab aku tak update-update lagi big news yang aku janjikan dari 4th August last week?

Kasihan... Maaf maaf maaf.. Sabaq sikit lagi ye kawan-kawan yang hensem dan jelita belaka.. Malam ini segala cerita bakal menyusul.. Hikhik~

:wave:


| bila lagi? |

4 August 2010

::: Just A Teaser

I am back again with big news! Tunggu.....~


| Alhamdulillah~ |