16 July 2010

::: Harga Minyak Naik Lagi

(ko ingat tangan aku bengkok sangat?)

Hebat. Hebat. Aku suke! Ko suke? Harga minyak naik lagi!

::(

So lepas ni, mari kita naik kereta sorong sama-sama. Kalau tak nak penat, pakai kerusi roda. Nak murah lagi, beli skateboard tak pun roller-blade. Kereta yang korang dah ada tu, buat perhiasan je kat car-porch kat rumah masing-masing. Biar sampai beranak-pinak anak-anak cicak. Boleh buat Zoo Dalam Kereta. Antik bukan? Misi Kementerian Pelancongan!

Ape kata Arieza? Well aku tak terasa sangat impaknya. Sebab selama ni pun yang aku tau bila tangki kosong, sila isi minyak. Bila tangki penuh, sila pergi jalan merata. Woho! Budget lari tak lari, '24hours unlimited ATM machine' kan ada! Oh terima kasih ibu & ayah! Hahahahaha..

Anyway. honestly memang aku belum sampai tahap yang terlalu kisah pasal harga minyak. Mungkin sebab aku tak perlu drive kereta berpuluh-puluh kilometer setiap hari. Setakat pergi kelas - hospital tu jauhnya sekangkang biawak je dari campus. Kalau Incik Macha aku kentut dari bilik aku ni pun, patients kat hospital pun boleh dengar lagi. Heh. Ketat tak ketat? Suke suke suke!

Kalau pergi berpoya-poya pun, jauh mane je aku boleh pergi setakat kat Sibu ni? Blwekkk!

Tapi untuk mereka-mereka yang kena drive nearly or more than sejam to and from their offices everyday, sangkut kat traffic jammed lagi, memang terangkat bontot jugak la beb dengar berita harga minyak naik ni. Seperti Incik Macha... Oh kesian..

Harga minyak naik, segala air pun naik ke kepala! Semua jadi gila!

:siga:

| jangan bagi air yang lain naik jugak wey |