27 July 2010

::: I Am Cool

Aku memang menipu kalau aku kata setiap hari kita penuh dengan bahagia cuma. Mana mungkin. Untuk apa Allah cipta emosi duka jika semua hamba-Nya cuma diberi gembira? Untuk apa dicipta istilah lara andai semuanya hidup suka semata?

Dalam setiap hela nafas kita, ada pelbagai rasa yang Dia telah cipta. Suka, benci, sedih, getir, tabah, berani.. Senarai ni takkan berhenti.

Kau pilih sendiri mana satu yang kau rasa berbaloi untuk kau nikmati. Kalau kau pilih untuk highlight rasa benci, maka rasa benci lah yang kau akan nikmati. Kau pilih bahagia, maka bahagia lah yang kau harungi...

Kesimpulannya, sudah pasti Dia akan datangkan pelbagai rasa dalam satu-satu masa. Yang menentukannya, adalah diri kita.

Untuk apa dikumpul segala cerita berdinding hitam sedangkan dibelakang dinding itu punya pelangi yang menunggu tika untuk dipetik kesian kali..

We are what we think are. If I think I am cool, does that mean that I am really cool? To hell for what they say. Do you even know how to spell my name correctly?

We are what we think we are. Believe me. We are.


| mencaturi emosi |