14 September 2010

::: Selamat Hari Raya Aidilfitri

my precious parents di pagi Raya :) akhirnya mereka benar-benar ada di depan mata aku ketika pagi Raya. sebelum-sebelum ni, hanya webcam menjadi perantara, sambil bergelinangan air mata.. sekarang tidak lagi~


Hari ini 5 Syawal 1431H.

Salam lebaran untuk semua kawan-kawan.. Selamat Hari Raya Aidilfitri. Maaf Zahir dan Batin atas semua kekasaran dan silap penulisan serta tutur kata selama kita saling baca membaca entry di dunia maya ini. Maaf juga andai apa sahaja yang pernah aku tulis dan sampaikan di sini, ada mengundang sakit hati, salah faham serta ketidaksefahaman antara kita. Maaf aku pinta setulus-tulusnya dari hati.

By the way, Hari Raya dah masuk hari ke-6. After 5 years beraya di negara orang, maka tahun ni aku merasa kembali detik-detik lebaran di tanah air tercinta. Gitu..~ Banyak bezanya. Tak terungkap dah dek segala ayat. Hati yang pernah merasa je akan tau baik buruknya hidup jauh dari segala.

Tapi bila dah agak berusia ni (25 tahun dah cukup tua okay! itu usia suku abad!), mood beraya tu dah jadi konsep lain. Konsep ala-kadar namanya. Tak sama langsung dengan kegembiraan yang super terlampau ketika kecik-kecik dan di awal 20-an dulu.

Sekarang more too 'tunggu tetamu kat rumah lagi best', tak pun 'jumpa sedara mara dan kawan-kawan terdekat je cukuplah'. Pergi beraya pun sekadar untuk ziarah-menziarahi serta bertanya khabar. Maklumlah, ada yang dah bertahun-tahun aku tak jumpa. Kalau setakat pergi beraya untuk makan itu ini, memang tak mungkin aku buat. Kalau nak makan, rumah kitorang pun dah cukup sesak dengan makanan. Mak aku memang agak pakar dalam bab menyediakan makanan dan kuih muih yang stoknya boleh bertahan hingga ke Raya tahun depan. Hebat. Heh.

Raya ke-3 hari tu, aku dah balik semula ke Sibu. Drive keta dengan hati lara from Kuching. Cuti seminggu sempena Raya dah tamat. Isnin 13 September dah mula posting baru, Medicine. Belum puas beraya, dah start balik. Fed-up. S*ck.

But ada berita gembira! Rabu malam Khamis ni, aku terbang pulang ke Kuching balik! Ticket flight semua dah settle.. Boleh sambung beraya till tengahari Ahad. But have to return to Sibu before that petang sebab aku on-call petang tu nanti.

Dah la, jemu pulak aku membebel. Sila la menjamu mata. Sila ihat gambar-gambar pengenalan Hari Raya di bawah. Nanti aku upload lagi, jika hati ini sudi.


sesi masak-memasak. 2 periuk besar di antara banyak-banyak periuk besar yang lain.


ini popia aku yang buat. dah boleh kawen, yey!


my favourite spot


1st Syawal kitorang buat open house. tak menang tangan dari pagi sampai tengah malam. tak dan nak duduk. mujur ada Abg Ejan & Kak Ida. this year mak kata takmo panggil chef or catering sebab anak-anak dia semua ada di sisi (duh! 2 orang je anak mak kot! but tahun ni kitorang raya berlima~ sebab aku dah ada kakak ipar... hooray!)


Tu dia. Caption gambar pun berjela-jela ye dak.. Dah dah.. Selamat tinggal romeo!!!

:astig:


| tak lalu dah.. |

17 comments:

  1. samalah. tak ada mood sangat nak pergi beraya jauh-jauh. huhu.

    ReplyDelete
  2. aku nk tgk gambo ko dgn baju raya dan rambut raya hehe

    ReplyDelete
  3. wahhh
    kalo i dekat, dah lama dtg open house u
    hehehe
    raya next year wat la kt semenanjung plak
    ;P

    ReplyDelete
  4. gila aa arieza nih.. entri utk raya tahun bila ntah.. 13 ogos baru start pose ko dah raya eh.. aduiii.. keh3x

    ReplyDelete
  5. wow dik...cantik la hiasan dalam rumah tu...fav spot tu pun cantik..suker....

    ReplyDelete
  6. tahun nih hajat ku beraya dkt rumah biasa2 jer
    alih2 jadi meriah
    hahahaha

    selamat hari raya

    P/S : Air Tajam Memang Sedap

    ReplyDelete
  7. selamat hari raya.
    Aku masa raya pertama, beraya 6 buah rumah.. yalah, balik kampung n9.
    Teringat masa kecik2, 20 rumah untuk raya pertama... hehe.. makan je pastu minta duit dan balik.. haha

    ReplyDelete
  8. nn - tu la.. umah yg terdekat je :)

    Miss ... - haha gmbar ku mahal :p

    Judiene - eleh dan2.. klu i sblh umah u pun, jgn u namo dtg :p ape kata u plak raya d kch instead of me raya kt west msia :p

    eiman - haha aku kalendar lain ckit :p haha aku dh tukar.. hehe tq beb.. seyes aku xpasan :p

    cikmin - hehe mak kita mmg suke sgt menghias rumah cikmin :) nnt ada ms kita tunjuk gmbr2 umah kita :)

    hans - meriah sbb ape tu? bw awek balik ke? :p heh selamat hr raya juga~

    Propito - tu la pasal kan.. kecik2 dulu, rumah sapa2 pun xkisah, main tibai masuk je.. :p yg pnting masyuk :p

    ReplyDelete
  9. selamat hari raya arieza.. saya terperanjat.. u already 25. ingatkan dalam 23 tu..hehe, awet muda lah

    ReplyDelete
  10. Lia3003 - wah dia kata kita awet muda :p hikhik~ tq.. selamat hari raya lia~ :)

    ymn - selamat juga :)

    ReplyDelete
  11. selamat hari raya ..maaf zahir batin.

    ingat pic comel sama macha tadi

    ReplyDelete
  12. ber_u_wang - mmg mustahil tu uncle.. mmg sgt2 mustahil akan ditunjuk :(

    kata kila - :)

    ReplyDelete
  13. salam hariraya ye ....maaf zahir batin...

    ReplyDelete
  14. Mario - selamat hari raya juga :) maaf zahir batin juga~

    ReplyDelete
  15. selamat hari raya..nak popia..hehe

    ReplyDelete

Ding me your thoughts!