17 February 2011

::: Durian Oh Durian

Hari Khamis, malam Jumaat.. Tenang. Setiap kali tiba hari ini, malam ini, entah kenapa hati rasa sayup-sayup. Derh,, keras-keras wa pun reti touching tau! Lu ade?

Habis je Mid-point Assessment Paediatric, aku & Anis pergi merayap. Cuci mata. Dah lama tak dating bersama. So berjalan-jalan sambil bercerita dan mengata manusia kat tepi Sungai Rajang wa cakap lu! Dok tunggu gak si buaya Bujang Senang timbul tapi kami hampa.. Mungkin diorang semua sedang sibuk main mercun sempena Cap Goh Meh malam ni.

Sungai Rajang di belakang Dataran Sanyan, Sibu

Sambil ronda-ronda tepi tu, tiba-tiba nampak seorang apek, siap berhelmet bagai, duduk kemas atas motor, tengah makan DURIAN! Mak terliur hokay Nyah! Tak boleh tahan. Apek tu makan memang semangat, mujur aku tak berhenti mintak seulas kat dia.

Terus bontot jadi gelisah, jiwa tak tenang. Damn! Terus ajak Anis berangkat pergi, apa lagi kalau bukan pergi menjelajah mencari durian... Hehehe. Kasi lepas ini gian! Syukur, jumpa juga kat tepi jalan. Ada 2-3 ports. Walaupun jalan amat sesak dek kereta-kereta mereka yang nak pergi sembahyang sempena Cap Goh Meh, aku tetap tak putus asa. Usaha adalah kunci kejayaan. Dan aku berjaya merembat 2 biji..! Hooray!

Durian durian durian!

Sebelum pulang ke rumah, singgah makan kat Roy's Corner aka The Bapok's. Bimbo tak bimbo la sangat nama tempat makan tu kan! Haaa jangan memain nok, owner dia 'Akak Celup' tau! Meletopz-letopz kau nyah!!

Nasi Lemak Special at The Bapok's

Perut dah kenyang, hati pun kenyang. The Bapok's ni memang masak sedap. Tok Imam pun boleh ketar.

Masuk kereta balik, bau seharum mekar durian dah mengganas menghiasi kereta aku. Leleh beb! Mau ambik masa 3 minggu setengah nak kasi hilang semua bau tu. Mujur seats semua leather, kalau tak naya je kena pergi beli 31 botol Febreeze..

Sampai bilik terus godek-godek kasi bogel dua-dua biji durian tu. Simpan isi dia kedap-kedap dalam tupperware, masuk dalam fridge dengan kelajuan the Flash sebelum satu rumah dicemari bau yang harum itu. Tak sampai 10 minit, dah ada budak tegur 'wah satu rumah dah bau durian'. Anis yang duduk tingkat bawah pun dah dok kata 'hoi, sampai rumah bawah bau kot durian you. damn. hahahaha'.

See. Hebat bukan? Boleh buat orang mabuk laut! Sampai la ni pun aku belum makan walau seulas langsung. Takut pulak nak bawa keluar dari fridge. Tak pasal-pasal abang-abang and pakcik-pakcik guard kat bawah pun terliur. Terliur je takpe, dibuatnye diorang mintak? Aku tengah gian, mane boleh kongsi-kongsi beb! Argh, ada aku kisah? Aku memang tamak! Well, mujur Anis tak mintak. Hikhikhik. (sebab dia memang tak makan durian! lega~ ngehehehe)

Sekian. Aku sedang memikirkan cara untuk makan durian dengan tenang tanpa ada rasa runsing memikir akan baunya yang sungguh kepochi di hidung itu!

Patutkah aku panjat ke luar tingkap??? Hmmmm....~

:hilo:


| The King |

15 comments:

  1. rindu makan durian. Wah! cantek pic2 awak..tahniah..

    ReplyDelete
  2. mak heran nok..hehe

    nama The bapok..unik nye..
    nasik lemak pun unik heheh

    ReplyDelete
  3. wanes - hehe tq :)

    nuriz - unik dan sedap~

    ReplyDelete
  4. durian dah musim ke dowh??tak perasan lak...

    asal musim durian jek, mesti penuh stall kat tepi jalan muor...ada yang berani jual sekilo singgit tu bai..memang takleh tahan siot..mau angkut satu guni..haha..

    Gorengbaek - Cerita bunuh diri lak....

    Hangit Habis dah - Kalo dah dasar penting diri...

    ReplyDelete
  5. hahahha...bak seulas...


    ko ngalah org ngidam la...

    ReplyDelete
  6. Salam...
    Sedapnya buah durian tu...

    ReplyDelete
  7. Kaki durian ekk..

    Ikhlas dari: Kaki Rambutan..hehehe

    ReplyDelete
  8. aku teruja disini...tunggu durian bila nak buka

    ReplyDelete
  9. Along Tapa - bak mai 2 guni untuk aku :p murah tu!

    jedi - hehe ngidam derian :p

    iza - tak sdp sgt yg kita beli tu sis :( bijik je besar, isi nipis sgt...

    missgee - wah kaki rambutan? byk bulu la kaki tu :p

    sudais - teruja ek? g sggh tepi jln, sure ada :p

    Cik Yana - mkn dlm washing machine je la :p

    ReplyDelete
  10. wah durian! beraneka juadah..wow..wow...tp di sini sudah bermula musim dorian...jgn jeles

    ReplyDelete
  11. Rahim Maarof - sengal! btw, boleh saya jd peserta dalam mentor awak tu :p hehehehe

    ReplyDelete
  12. hiasannya mantap..memang menyelerakan.marvellous!

    ReplyDelete
  13. sekarang sensitif dengan perkataan durian, terus nak klik. haha

    ReplyDelete
  14. Ghost writer - sgt mnyelerakn bukn hihi

    khadijah nan - ngidam ke? Hihihi

    ReplyDelete

Ding me your thoughts!