11 February 2010

::: Convert Me To Christian???

ketika aku menulis ni, aku sedang beristighfar panjang... kamu pun, sila beristighfar juge!

kejadian berlaku di dapur rumah aku. 25minit lalu. aku menuju ke dapur, mencari makanan untuk alas perut yg dah sehari suntuk meraung.. kat dapur, aku terserempak dengan housemate baru. miss D namanya.

dia baru pindah masuk semalam. Nigerian. dia sedang masak-masak bersama abang dia, mr H, yg datang melawat dia dari tengah hari td. katenye nak menjamu kawan-kawan yg akan datang jap lagi. maka terjadilah perbualan ini...


aku : hi. you are the new housemate, arent you? im Arieza. nice to meet you.
miss D : yes, i am. i moved in yesterday. and this is my brother.
mr H : hello, nice to meet you.


and the conversation continues... tibe-tibe..


mr H : so where are you from?
aku : malaysia.
miss D : the song 'visit Malaysia!' is always on the tv back home in Nigeria!
aku : wow. seriously? great!
mr H : i will go visit Malaysia soon. oh by the way, what religious are you?
aku : i am a muslim.
mr H : owh? do you. you look like a chinese. well miss D used to be a muslim too.
miss D : yup. i was born as a muslim, then back in 2008, i converted to Christian.
aku : erk?


aku buat muka biasa. malas nk tanye lebih-lebih. kan baru kenal.. lepas tu...


mr H : well i can convert you to Christian, do you want to?
aku : hoh? no! i am a muslim. i believe in Him.
miss D : well bro, you cant force her.
mr H : no, no, i am just offering. i can make you a Christian, if you need my help.
aku : a big no, but thank you. well, excuse me. will see you around then!


aku terus blah. muka tercengang.. plus bengang.. hati berdebar... sambil mengucap panjang.. aku masih punya iman..

:hilo:


| Nauzubillah.. |

10 February 2010

::: Jom Pegang-pegang Tangan

enuf of the emotional turns. back to the real business! sorrow is damn everywhere. but lets enjoy the sorrow. shall we?

ape korang ingat happiness je yg kita boleh enjoy? even the struggles pun kita can have fun out of them. now i am starting to trust my guts - this is what i have choosen, then this is what i will enjoy and go thru. i will. incik macha, kita pimpin tangan erat-erat, kita walk forward sama-sama ye sayang!

u jatuh, i tarik. i jatuh, u tarik. u tolak, i tolak balik. best kan.. sambil-sambil jatuh, kita main tolak-tolak. tak salah having fun when we are down. untuk arieza, untuk incik macha. sila kuat!! takdir itu kerja Dia. kerja kita is untuk berusaha!

kalau dulu-dulu atuk nenek slalu pesan - time gembira jangan sakan sangat, karang esok lusa menangis pulak.. so ni aku nak tambah sikit - time sedih biar happy-happy jugak, mane tau esok lusa kita tak sempat nak senyum lagi.

incik macha rindu nak tengok kami jadi gila-gila dan happy macam dulu kan? kesian incik macha.. now im back hun! tho not in a full gear, but still, im ready to smile!

:eheh:

dear, sorry if i overlooked your needs. perhaps im too selfish, demanding for my needs to be fulfilled that sometimes i forgot that you need it too. im sorry sayang. and now, i will walk alongside you.

left right left right left right! maka ayuh kita berangkat! ke bilik mandi! hooray!

:wave:


| kembali mandi bueh semula... |

::: Aku Mencari Pelukis

nampak? itu jalan yg sunyi. tak nampak kat mana hujungnye. banyak pokok. tapi takde lalang. pokok saje. kaku. hitam putih pulak tu. sangat sayu..

jalan itu hidup aku. hitam putih, dah makin pudar. aku mencari seorang pelukis yg mampu mewarnai semula corak hitam putih itu. aku rindu warna hijau, aku rindu warna merah. aku rindu warna biru, aku rindu warna kuning.

aku bukan mencari lukisan yg cantik tapi sekadar hitam dan putih. biar ia buruk, tapi penuh warna warni.

sekurang-kurangnya satu hari nanti aku boleh berkata bangga - semua warna itu aku pernah ada. biar buruk lukisannya, tapi aku sudah merasa semua..

:sorry:


| lu ape tau? |

9 February 2010

::: Anak Tiri Pepsi

lain kan? aku pun pelik. mungkin anak tiri atau anak pungutan. ini ori. bukan cap godang dari indonesia. this one is made in UK. by Pepsi - Cola company. tapi ngape sungguh aneh rupa parasnye? nampak mcm badan dia kosong je.. macam tak pakai baju langsung. huh.

adakah aku sorang je yg baru tau kewujudan new design of Pepsi ni? adakah aku insan yg ketinggalan zaman? aku ingatkan aku dah cukup advanced. video kangaroo nakal pun aku tau, video nampak black g-string pun ada. tak kira updated lg ke?

owh mungkin aku update channel yg salah.. kasihan..

tapi rasenye tetap sama. pengajaran hari ini - yg lain, yg aneh, yg pelik, tak semestinya berbeza. yg aneh, yg pelik, itu kan cantik! seperti aku. sila jangan protes! hari ini aku jadi vain!

:astig:


| i want to be special to you |

::: Just...

be there..
but i know..
everything seems to be wrong..
*sigh*

:sorry:


| ignorant, i will be |

8 February 2010

::: Oh Snow, Go Away..

cuaca di England semakin teruk. makin sejuk. di bawah paras beku..

pakcik santa dah lame pencen.. mungkin dia sedang bercuti di Malaysia. cuma tinggal pakcik naga tunggu turn untuk datang berdansa.

tapi nape terasa macam Christmas datang lagi? inikah bukti global warming makin menjadi-jadi?? padan muke duhai manusia!

snow pun datang menjenguk kembali.. sungguh menyedihkan.. pegi kelas dalam kesejukan. tutup satu badan tapi masih rasa kekejangan. hidung and telinga terasa pedih. tangan and kaki toksah cerita la! berjalan tanpa merasa kaki mencecah lantai..

tolonglah reda segera..

:anongnangyari:


| terketaq-ketaq |

7 February 2010

::: Aku Amoi Kacukan Jepun

hari jumaat aritu aku pergi berjimba. bertukar identiti dari amoi samseng yg agak kewanitaan kepada amoi kacukan jepun yg matanya kadang-kadang bengkak kadang-kadang sepet. itu aku curik quote 'pujian' incik macha. aku tak kira! aku anggap itu sebagai pujian jugak. jangan sesiapa persoalkan perasaan aku ini..~

:devilishgrin:

tiada mimpi buruk atau mimpi kencing atas katil. cuma mengikut rentak irama incik macha yg baru sahaja meng-jambu-kan dirinya dengan his new hair cut. he suggested me to have some fringe. supaya lebih fresh begitu, kata beliau. maka atas rasa kasih & chenta, aku pegi menuju ke kota, ke saloon idaman hati.

kasik potong sana potong sini, blow sana blow sini, treatment sana treatment sini, beli shampoo itu beli conditioner ini (perisa oatmeal & honey, penah rasa?).. habis jugak la dalam 50pounds.

dengan wajah aneh yg baru itu, aku melangkah pulang, tunduk sepanjang jalan. sumpah tak tipu. terasa diri seperti makhluk asing. muka moolat-moolat terus di-moolat-kan lagi. oh kasihan..

(PHOTO REMOVED)

jangan gelak kalau korang tak nak kena sula dengan batang berus gigi!!


| mau join kumpulan mafia lorong haji taib~ |

6 February 2010

::: Makan Fries Dengan Hidung

tibe-tibe hati mat salleh celup aku berkeinginan nak makan chips a.k.a french fries. mujur ada frozen chips dalam freezer. masuk je dalam oven for 15 minutes, maka perut aku telah bersedia untuk menjamah mereka..

sambil menghayati kesedapan fries tu, TV murah berjenama Bush (Bush dah penat jadi politician so dia jual TV pulak. huh propa!) menjadi tatapan mata aku. bukak Channel 4. entah cerita merepek ape entah. layankan aje seperti nikmatnye mandi bueh menggunakan sabun susu soya.

baru 2-3 batang (ke keping? ke hiris? ke bijik?) chips aku telan, sekali muncul babak yg mematahkan nafsu makan aku serta merta.

siap cecah sos! tu yg tah tahan tu... haih... mengom! aku lapar... jangan ganggu hidup aku la ngek. kasihan tau..

:sigh:


| kepingin meratah sushi~ |

::: Sex Education For Kids & Dummies

pendidikan seks? tau? bukan pendidikan jasman. ini 'pendidikan mengawal nafsu serakah'.

how about sex education for kids? boleh ke pendidikan seks dimulakan seawal darjah satu? can our local parents in Malaysia accept such idea?

ada yg kate sex education boleh buat budak-budak belum baligh ni terlalu 'advanced in thinking' and having 'too-early exposure'. so bila dah terlalu exposed tu, macam-macam la yg diorang nak torai. tibe-tibe ada pulak kes buang bayi oleh kanak-kanak perempuan berusia 8tahun karang.

some of us menyokong early sex education ni sebab it is a way to teach them what is right and what is wrong in sex. on the positive side, the kids will be informed properly, and thus know how to take good responsibility upon themselves.

tapi tu la kan. setan tu ada di mane-mane sahaja. tok imam pun boleh selak kain pelikat and cabut serban bila tengok peha gebu gadis sexy Thai. ini kan pulak budak-budak pra-matang yg baru nak belajar menilai apa itu realiti dunia..

bagi aku, sex education memang patut dimulakan dari kecik lagi. tapi kena bijak atur syllabus so that they wont be 'too well informed' about everything in sex. takut nanti ada yg buat demo dodgy style dalam kelas. sapa mau jawab?

kalau nak buat sex education for kids, kena mula dengan yg basic. what is hetero vs homo sex? kiranya, kena ajar budak-budak kecik ni tentang yg mane satu normal/straight sex, dan yg mane satu seks di luar tabiee (seks tonggang tebalik namanye..)

mari kita mulakan ye anak-anak sekalian... (cikgu excited dah ni weh!)

ini HETEROSEXUAL couple.
sorang lelaki (biru), sorang perempuan (red)
sex dibenarkan? YES!


ini HOMOSEXUAL couple.
dua-dua pun perempuan.
sorang tomboy (badan kelabu), sorang gadis sunti.
ini dipanggil LESBIAN.
sex dibenarkan? NO!

setakat ni, anak-anak murid sekalian faham tak? kalau tak faham, sila bertanye sebelum sesat ke lembah kegelapan! mari kita teruskan lagi...

ini topless lesbians. ready for action?


too bad! kan tak pasal-pasal kena buat seks songsang.
mane mungkin boleh buat mcm straight sex!
dua-dua takde belalai!
dah kate seks tonggang tebalik. hambik!


fahamkah? jangan amalkan tanpa nasihat pakar! nanti terjebak menjadi anak-anak songsang.


| belajar biar kena gaya! |

5 February 2010

::: Kecik-kecik Dah Jadi Nyah?

adeh... sakit buah pinggang aku nengok budak lelaki ni dancing to lagu Nobody by Wonder Girls. mau pecah pundi kencing dibuatnye.. mari kita menjamu mata!



camne? ada bakat tak? kerana dia, Wonder Girls pun boleh hilang mata pencarian okay!


| anda ada anak lelaki? sila jangan dididik begini! |

::: Politik Itu Adalah Bisnes?

bukak website sane, si polan si polan tengah ada perbicaraan kat mahkamah sebab luar tabiee.
bukak website sini, si polan si polan katenye menghina mahkamah dengan berita palsu.
bukak website sana lagi, si polan si polan kecoh pasal speed internet slow atas kepentingan parti.
bukak website sini lagi, si polan si polan baru lepas letak jawatan.

:hilo:

iye, memang aku mengaku yg kita perlu membela dan mempertahakan badan pentadbiran negara kita - meaning having concern over the political issues. aku bukan rakyat bangla yg akan lepas tangan dari rasa ingin tahu dan rasa ingin membantu (tu dia! sila calonkan aku jd Dato' tahun depan!) negara Malaysia untuk terus ke depan. tapi ada masa, aku rasa muak dengan permainan si polan si polan semua. makan burger kambing pun tak semuak ini.

ape korang ingat bila buat segala propa, duit satu sen pun takkan keluar? huh. korang rabun? korang buta? sedar tak sedar, orang tengah yg mulakan propa tu, dia lah yg kenyang memboncet..

dari kecoh buat propa tunding jari sana sini, ada baiknye duit tu digunakan untuk upgrade kita punye local education, health, transport and living services. masih ramai lagi rakyat kita yg makan nasik berlaukkan garam semata-mata. kucing si polan si polan tu pun makan lauk yg lebih mahal..

well, 'kalau takde penonton yg tolong bersorak, drama tu takkan terus ditayangkan'. ape lagi, semua mau ambik kesempatan! puak kiri, puak kanan, puak langit, puak laut, semua mau untung.

dek kecoh dengan propa, kerja-kerja pentadbiran dan kemajuan yg sepatutnye dilaksanakan, akhirnya langsung tak jalan!

:astig:


| politik itu asalnya satu tanggungjawab. tapi di eksploitasi menjadi satu bisnes. keji~ |

4 February 2010

::: Holler - Now Scream My Name!!

i got tagged by RuffEmo and here i am, entertaining your eyes with another to-the-ground list.

RULES
- Put your iTunes, Windows Media Player, etc on shuffle mode.
- For each question, press the next button to get your answer.
- You must write that song name down no matter how silly it sounds.


If someone says 'are you okay?', you say?
- Mobile (Avril Lavigne) : memang mood aku tengah sangat mobile a.k.a swinging sekarang.

How would you describe yourself?
- Satu tekad (UNIC) : determined - certainly.

What do you like in a guy/girl?
- The Perfect Fan (Backstreet Boys) : incik Macha, anda peminat setia saya tak? ggrrrr~

How do you feel today?
- I Believe Love Will Find A Way (Blessid Union of Souls) : *blushing, sambil pandang incik macha*

What is you life's purpose?
- Promises (Lilix) : indeed, i make promises to myself everyday. and i will keep them all.

What is your motto?
- Skankin' In Love (Corumn 80's) : i am learning to put the 'joy in life', coz life equals love.

What do your friends think of you?
- Dia Maha Sempurna (Ungu) : kamu semua pendusta!

What do your parents think of you?
- Sayang Giler (Boy) : haruslah kan.. dah kate aku anak bongsu, dari 2 beradik je pulak tu!

What do you think about very often?
- More Than A Feeling (Boston) : incik Macha kate saye terlalu critical thinking. i do agree. even the song proves so. coz i think about everything. TQ incik macha kerana sgt bersabar dengan saya ini. sila beri tunjuk ajar.

What is 2+2?
- Cinta Untuk Selamanya (Sayap) : hoh maaflah. dulu cikgu maths aku ajar formula yg susah2 je. takat tambah tolak ni, terlalu senang dia kata. inilah kesannye..

What do you think of your bestfriend?
- Lost and Confused (Lilix) : incik Macha is the one. at times (probably most of the times), he is very confused when comes to my arguments. and again, very sorry dear..

What is your life story?
- Somewher In My Past (Il Divo) : you will know me better if you learn about my past.

What do you want to be when you grow up?
- For The Nights I Can't Remember (Hedley) : argh! takmo jadi nyanyok bila dah tua.

What do you think when you see the person you like?
- Now Why (OAG) : becoz incik Macha punyer facial expression is such so variable. boleh jadi ketam, boleh jadi keling, kadang-kadang jadi jibek. oh skrg saya yg confused! but this is what keeps me smiling (dalam hati ropol-ropol aku pun ada taman.. iye! benar..)

What will you dance to at your wedding?
- Ingin Bersamamu (Syafinaz) : tapi kita remix jadi rentak joget, boleh tak? baru Melayu beb!

What will they play at your funeral?
- Kerna Kau (Mus) : kerana Kau lebih sayang arieza, sbb tu Kau panggil arieza pulang..

What is your hobby/interest?
- Crashed The Wedding (Busted) : sangat jitu! ini hobby aku & kwan-kawan aku. pegi kacau bilaukan & meroyan kat kenduri orang. ini kira macam matlamat wajib dicapai if pergi kenduri okay!

What is your biggest fear?
- Live And Learn (The Cardigans) : oh please no. i know i am stubborn, but i will definitely learn. and sekali lagi to incik Macha, trust me that i will.

What is your biggest secret?
- Anyone Else But You (The Moldy Peaches) : alahai comelnye.. memang HE is my secret.. korang tau sape dia incik macha itu? presiden amerika? raja negara bersiong?

What do you want right now?
- Rock Your Body (Justin Timberlake) : teramat perlu pergi ke gym kembali sebelum tenaga sekeras batu dahulu menjadi sayur sawi yg layu.. haih..

What do you think of your friends?
- Obat Hati (Ebith Beat A) : they all are.

What will you post this as?
- Holler (Spice Girls) : faham ape mksd holler? to shout out loud @ jeritan @ terpekik terlolong. agaknye korang dah sakit buah pinggang membace tag ni kan? maka sekarang, jerit nama aku kuat-kuat.. cepat!!!~

:inis:

sepatutnye aku kena tag orang lain, tapi aku memang selalunye tak reti nak tag sape-sape. dah jadi tabiat kot. so sape-sape yang berminat, sila la rajin-rajinkan diri menjawab sambil menyanyi. kita enjoy sambil syok sendiri!


| jika sudah terasa pening-pening lalat akibat entry yg panjang ini, sila jangan muntah di sini |

3 February 2010

::: Drama Paru-paru & Pundi Kencing

Paru-paru sebagai MatRu
Pundi kencing sebagai MatCeng
_______________________

di satu tengahari yg panas, bertempat di kedai makan Pat Ayub duda, sekitar kawasan Kepong.


MatRu: argh berasap lagi..! panas!!!!

MatCeng:
dia lepas makan tu beb, dah kira hukum wajib ko kena berasap lepas dia mkn.

MatRu:
tengah hari terik ni dow. dahlah panas, dia tambah lagi dengan asap. dia plak malas nak kipaskan aku dengan udara segar. asyik2 asap Marlborough. sakit tekak aku!

MatCeng:
nasib ko la MatRu. aku pulak time2 panas gini leh rehat sikit. air banyak jadi peluh je. perut aku plak yg jadi kosong.

MatRu:
aku dengar citer bila time malam, ko yg kena keja lebih masa ek MatCeng?

MatCeng:
ye lah, ko bukan tak tau yg tuan kita ni dah senja, selang sejam nak ke tandas je kejenye. penat aku weh. tak lena tidur!

MatRu:
tu la kan.. dia ni dah tua pun tak reti-reti lagi nak berenti mengasapkan aku. naik jerebu dah badan aku. ko tengok lah.. dulu kulit aku bukan main gebu kan? sekarang plak, kalau ada nyamuk melintas waktu malam, sure nyamuk tu terlanggar aku sebab kaler aku & kegelapan sama je..

MatCeng:
kesian hang.. tiba masa karang, ko merajuk je terus. toksah keje untuk dia dah. pencen muda dow. biar dia rasa.

MatRu:
molek! ape kate ko pun buat perangai. sebelum dia sampai jamban, ko terus rembes je sisa buangan ko tu. biar bergelimpangan lencun seluar dalam dia. baru dia sedar yg dia dah tua. kot-kot lepas tu dia berenti mengasapkan aku.

MatCeng:
no hal. dia kan baru lepas makan ni. sejam dua lagi, perut aku mesti penuh. kita mulakan!

:astig:


| insaflah adik2 sekalian sebelum segala organ di dalam badan korang melancarkan mogok! |

::: Usaha Sikit, Harta Melimpah

Mercedes. iya, memang cantik dengan susuk tubuh yg mengiurkan. boleh bermimpi didatangi sang bidadari jika tertidur dalam kereta Merc ini. argh nikmat dooniawee~

mase kecik-kecik dulu bapak aku selalu pesan, 'belajar rajin2 nanti dah besar dapat hidup senang, dapat beli banglo 5 setengah tingkat, dapat beli kereta mewah 28 bijik berderet kat laman rumah'.

tapi sekarang bila dah remaja (betul! aku masih remaja lagi okay!) kawan-kawan plak banyak bersuara, 'masuk la MLM ni MLM tu, hujung bulan ni gerenti boleh bayar down payment kereta baru'.

oh, begitu mudahkah? aku ingatkan kena belajar tinggi-tinggi dulu, kena keja bagai nak tercabut lengan dulu, then baru boleh dapat hasil yg lumayan...

faham ke cerita dongeng aku kali ni? aku bukan nak perlekehkan sesiapa yg bergiat dalam aktiviti MLM (multi level marketing) ni, yg katenye ada sistem business hierarchy, win-win situation, ko kaya-aku kaya, ko jatuh-aku still boleh kaya..

lain orang lain cara mereka berusaha. tapi bagi aku, tiada yg lebih memberikan kepuasan melainkan benda yg kita usaha sampai basah lencun ketiak kita sendiri. bagi aku, MLM mungkin boleh dijadikan as a 'side income' but to be the 'main earning' to support a family, aku agak kurang yakin. maaf, sekadar pendapat peribadi.

by the way, dah puas tengok gambar Merc kat atas tadi? mau tau sape pemiliknye? pemiliknya adalah seorang pakcik yg mempunyai sebuah kedai runcit yg very very the sangat kecik - tak sampai 30 metres square kot. besar sikit je dari bilik aku sekarang.

yg berwarna biru di bawah adalah kedai dia. lokasi kedai tu hanyalah sekangkang siput dari kawasan tempat tinggal aku. tak dan nak puas menghirup udara segar, alih-alih dah tiba kat depan pintu kedai dia.

korang nampak kan hasil yg dia dapat? mungkin korang boleh pertikaikan, 'ala kereta kat UK kan murah'. but then, jangan sekali-kali korang hilang daya ingatan bahawasanya living cost di sini pun sangatlah mampu mengosongkan akauan simpanan korang dalam masa sekelip mata.

biar kecik tapi yakin, pasti kita dapat habuan yg setimpal. berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, kalau tak pandai berenang, sila belajar sebelum terlambat sebab pihak keselamatan belum tentu dapat datang tepat pada masanya.


| dengan penuh kudrat.. |

2 February 2010

::: McDonald Drive Thru Rap

korang hidup seperti kelawar & suke pegi order kat drive thru McDonald? try buat this prank. kot2 pekerja kat dalam tu lempar korang dengan Big Mac terus. bertuah badan dapat makan Big Mac free tu weh..



agak2 kalau kat Malaysia kita buat camni, kena kejar dengan parang pemotong ayam kat McD tak? ke minah2 keje kat drive thru tu terus jatuh cinta sebab kita hidup penuh seni? hidup rap! (erk?)


| can u believe that I never try Big Mac at all! |

1 February 2010

::: Aksi Charlie Menggigit Manja

yennadey semua... dah penat sambut Thaipusam? baper banyak kelapa korang berjaya pecahkan? cukup untuk bisnes santan minggu ni? ni kesinambungan dari kisah Kangaroo Nakal Berm**turbasi dalam previous entry aku. ada satu lagi video (Top 3 of the Rude Tubes 2010) yg aku nak share.

about two cute little brothers dalam sesi gigit menggigit secara comel. what a viral phenomenon. they are famous at instant! viewed & downloaded by hundreds millions of viewers.



korang nak famous jugak? tapi blogging tak membantu mengangkat ke-populariti-an korang seperti famousnya RedMummy & aduka taruna? (d'uh!)

try la buat scene 'Charlie Bit Me' seperti 2 ketul minah dalam video kat bawah ini.. (sila sediakan baldi utk bahan2 kumbahan muntah di sisi anda. sediakan tissue juga untuk sisa2 yg ada di celah2 bibir. & bersiap sedia dengan perkataan2 yg mampu mengutuk mereka secara pukal.)



dah puas gelak berjemaah? pegi buat keje nun! haih curik tulang!~


| terasa mual after tengok video yg ke-2 tu. |

31 January 2010

::: >>> Syurga England!

damn, i miss the 2008 road trip to Cornwall. the 10hours drive from Midland was really worth it!

in my previous post, i mentioned about the Minack Theatre - one of the great attractions in Cornwall, the west of England Land. you may try to go to Sennen Cove, Lands End and St Ives too. they are all around Cornwall.

i really recommend at least once in a lifetime visit there. how about for honeymoon? forget the typical Paris, je t'aime... it is so late 70s! having honeymoon in a caravan -what more can you imagine? super romantic okay!

Sennen Cove

Lands End

St Ives

St Ives


superb bukan? hari tu hajat ingin bawak parents ke sane tak kesampaian. winter yg sungguh horrible. cancelled segala plan. but Spring or Summer time is the best period to visit this place. surely a world's heaven!


| incik macha, jom ke sana! |

::: >>> Siang Cerah, Malam Cerah

and when the sunny saturday comes, how much more pathetic can it be, other than staying in your room doing nothing but staring at the sunshine? gosh! i hate that moment! incik macha, please come here sooner!

hari ini Leicester sangat sunny with the temperature around zero (0) degree celcius.. still, it was too sunny for a bad winter like this year. hopefully the worst weather moment is getting much better. perhaps it is a sign that Spring is just around the corner! yippy. Spring, please come faster!

bila cuaca di siang hari sangat menggembirakan hati, bila tiba malam bulan pun memunculkan diri dengan penuh erotik. sangat cantik! ini permandangan dari kitchen rumah kami. lovely! how i wish i can panjat the bumbung & stay there till dawn, staring at the full moon. what a scenery.

esok hari ahad. lusa pulak hari isnin. tulat hari jumaat lagi. huh. cepat sungguh hujung minggu sampai kemabli. aku suke! selasa, rabu dan khamis, maaflah aku bukan benci kamu tapi agak kurang suka.

esok incik Macha pulang dari Surabaya, Indonesia. semoga selamat hendaknya bersama keluarga. agak2 ada tak anak ayam muda remaja dari sana? eh jangan lupa, AIDS itu ada di mana-mana..


| 4hari umpama 4bulan. haih..~ |

30 January 2010

::: >>> Mau Juling Lagi?

tag diterima dari Natasha-E1. katenye, tag ni simple je. buat ape2 cerita yg menggunakan huruf a-z sebagai permulaan perkataan. tak faham? sila tengok aku menjawab dengan penuh bergaya!

A - arieza adalah seorang yg cantik dan
B - baik hati. tak percaya? sape degil nanti boleh terkena penyakit
C - chikunya. ada berani?
D - dia juga seorang yg
E - ensem. eh salah. itu untuk pakwe dia.
F - fair enuf, arieza mmg sangat bersopan orangnye.
G - gila2 juge, tapi belom sampai kena masuk wad mental.
H - hari tu cik arieza yg glamour
I - ini, telah dipinang oleh pihak Gucci.
J - jangan tak percaya. ini fakta! sila rujuk majalah Gucci keluaran Summer 2009.
K - kalau tak percaya, pi tanye incik macha. dia PR kesayangan arieza.
L - lepas tu, dek kerana offer gaji sebagai spokesperson Gucci sangat tidak
M - mengghairahkan nafsu, arieza reject... ape barang gaji
N - nineteen thousands sebulan. hoh. kalau ninety K tu takpe la jugak.
O - opah aku penah kate, kalau nak carik keje, biar gaji juta2.. kenyang laki bini!
P - pergh, opah aku memang sempoi. tapi opah timah si siggplus lagi vogue.
Q - quack quack. alamak, itik kat belakang bilik aku dah berbunyi. dia lapar kot.
R - rasa2nye, setakat ini je la ye cerita dusta aku. kalau korang ada
S - sanak saudara yg keje dekat LV boutique,
T - tolong2lah bitau diorg, kalau nak offer aku keje pun,
U - up-up kan lah sikit gaji tu. jangan jadi mcm Gucci. buat malu je. takkan cik
V - vuitton tak mampu nak bayar aku 35ribu sebulan kot. huh. kemut la
W -weh! arieza ada
X - x-factor. bawak handbag jadi model tak sampai 10saat, sure ada yg approach.
Y - you all tak caye? memang dasar ketegaq yek? nanti kena
Z - zazz dengan petir & kilat baru tau. kita bersambung nanti okay. company Mydin tengah call mak ni nyah! jgn jeles!~


| aku mau handbag LV! |

::: >>> Sila Bace Kalau Mau Juling

kamu memang sudah juling? sila jangan baca entry ini. ia mencecah ke bawah meja. aku dengan senyuman, menjawab tag yg dianugerahkan oleh Encik Asada.

1) Where is you cell phone?
::: nun di tepi katil, di atas a killer book in Medicine yg kami panggil Cheese & Onion. bila la hp itu akan berbunyi lagu 'Kiss Me Through The Phone'? aku sangap sudah!

2) Relationship?
::: hati ini sudah dimiliki & memiliki.. auwwwwwwww.. grrrrrrr..

3) Your hair?
::: my hair is consisted of my mom & my dad's DNAs. takkan DNA bapak korang pulak. hish! mintak jauh nyah...

4) Work?
::: jual anak ayam. mau join? aku sedang mencari bisnes partner.

5) Your sisters?
::: eleh nak ngorat kakak/adik perempuan aku la tu.. nenek aku namo tanye? aku takda sisters. too bad! ada sorang je bakal sister in-law. jangan kacau dia. itu abang aku punye!

6) Your favourite thing?
::: mengomel kat incik macha. tapi aku baik hati tau.

7) Your dream last night?
::: dah lupe la nyah. lenkali tanya la straight after aku bangun tdo.

8) Your favourite drink?
::: Tea C Special (3 layered), pergh!

9) Your dream car?
::: Audi R8, incik macha, take note please sayang..

10) Your shoes?
::: ada dalam 20pasang dalam bilik ni sekarang. yg tumit 7inci je belom ada.

11) Your fears?
::: of losing.. (ok background lagu is M.Nasir - Tanye Sama Itu Hud-Hud. sejak bila aku ada lagu tu? kacau feeling je dowh!)

12) What do you want to be in 10years time?
::: a successful career woman (cehh!!) with great husband, great kids & happy parents & in-laws.

13) Who did you hang out with last weekend?
::: incik macha! hoh dalam YM sahaja.. jarak sungguh memisahkan.. *sigh*

14) What are you not good at?
::: other than arguing. get it?

15) One of your wish list items?
::: DSLR yg incik macha kate akan bagi sebagai hantaran. phewittt! incik kakanda, plus LV Handbag please please please...

iklan sebentar.. adehhh... panjang benar soklan kome ni!
sakit buah pinggang teman tau~


16) Where you grew up?
::: Kuching, moooooo, eh salah. meowwww.

17) Last thing you did?
::: stop kan lagu M.Nasir - Tanya Sama Itu Hud-Hud yg sedang meroyan kat background.

18) What are you wearing?
::: checked bf shirt, redherring skinny jeans - iye! aku tak mandi lagi.. mau join mandi bueh after this?

19) What aren't you wearing?
::: kasut. hoh ko ingat aku mat salleh pakai kasut dalam bilik? pengotor!

20) Your pet?
::: aku bela keychains. tau bukan? tapi aku ingat nak bela harimau ar. ada satu kempen ni, kita boleh adopt a tiger, for GBP 2 per month! giler ar! tak caye? click website ini.

21) Your computer?
::: eh aku mane ade computer. aku online ni tulis atas kertas & pakai pen feather burung je. sila percaya! aku tak modern.

22) Your life?
::: you better dont ask or you will regret knowing!

23) Missing?
::: you guess.

24) What are you thinking about right now?
::: 'bila la tag ni nak habis? panjang bebeno aih. size montot taknak tanye?'

25) Your car?
::: ya ampun! ada lg soklan??

26) Your kitchen?
::: ish aku dah marah ni. dah marah ni...

27) Your favourite colour?
::: penah tengok kaler api keluar dari telinga? haa kejap lagi aku tunjuk!

28) Last time you laughed?
::: sebelum aku start jawab soklan2 ni.. ish.

29) Last time you cried?
::: mungkin kejap lagi kot. blwekkkk!!

30) Love?
::: undefine.

31) People to tag? (aku terpaksa mencipta sendiri soklan no 31 ni sebab yg asal berbunyi 'So who wants to share their ONEs? How about?' -- hoh soklan bahasa ape ni? langsung aku tak faham la ngek!)
::: rajin? sila-silakan...

:hilo:


| mata yg juling, sudah juling kuasa dua. |

29 January 2010

::: >>> TGIF

untuk anda2 yg berada di negeri2 yg start bercuti hari jumaat & start 1st day of the week pada hari ahad, maaf, anda terkecuali dari entry ini..

selalu dengar istilah TGIF? Thanks God It Is Friday!

well, dengar dari ayat tu pun, of course korang boleh agak. when friday comes, weekend hippie starts too. sungguh aman bahagia bila dapat menari suka hati di hujung minggu. boleh golek2 atas katil sampai montot kejang.. pergh nikmat!

aku mau berjimba tengok movie di Director's Hall lagi. ada sape2 mau join? sila tunggu kat simpang depan stall burger, sebelah rumah Pak Ayub duda. jangan bawak sesen pun. aku belanje!

:devilishgrin:


| incik Macha, cepatlah pulang!! |

::: >>> Kangaroo Nakal

korang tengok tak the Top 100 Rude Tubes (bukan RedTube kegemaran kamu semua itu tau!) of 2009? ini macam carta ar, video2 paling laris di pasaran. paling panas, most viewed & most downloaded videos all around the world, counted by cumulative links in all possible websites.

ada salah satu video from the Top 5 ni sangat la meragukan nafsu nafsi.. sila lihat video di bawah.. jangan tiru aksi beliau. sangat hardcore.



mari kita berfikiran positif.. mungkin incik Kangaroo itu cuma menggaru celah2 pahanya yg gatal.. possible, bukan? kasihan beliau, difitnah sebegitu rupa. tapi beliau sudah famous!

semoga beliau panjang umo & mendapat kap ba ra kap alip ta nun.


| damn! winamp shuffle ke lagu Poco2 plak dah.. incik macha - kami rindu! |

28 January 2010

::: >>> Haram Takde Untung

kalau aku berdiam diri, jangan dicari tau. aku ada menjenguk, cuma mungkin mengunci kata. selamat hujung minggu untuk semua.

agak2 la kan, kalau aku shut blog ni pun, mungkin takde yg agak perasan. korang datang pun sebab aku yg memang rajin datang blog korang kan? kalau aku tak datang, ada korang nak datang? sendiri jawab dalam hati okay. huh.

sila take note bermula dari barisan ayat ini. bukan untuk menyindir, bukan untuk mencipta kontroversi. tapi untuk menjelaskan. mohon maaf dari awal.

aku nak explain, setiap blog yg aku jenguk, aku pegi sebab aku nak bace entry korang. bukan sebab aku nak saje2 balas balik kunjungan korang. or bukan jugak sebab aku nak korang balas balik kunjungan aku. no. itu bukan aku.

lagipun aku mane ade nuffnang. takde untung pun nak sibuk2 pegi jenguk sane jenguk sini. aku dapat ape? so kalau korang ingat selama ni aku datang ke blog korang sebab nak membodek korang datang singgah balik ke blog aku, maaflah. aku tak dapat untung sesen pun babes. iklan haram takde. traffic untuk page rank? for what? fame? d'uh. too lame for me. sorry. no offense.

kalau korang perasan, aku tak follow mane2 blog pun. haram takde. tak caye? silalah check. & aku tak penah mintak sape2 follow aku. aku ucapkan time kasih kepada follower yg sekerat jambul tu. seyesly, thanks.

sebelum ni, widget 'Follower' tu memang selamanye aku hidden. aku start letak bile one blogger advised me to. katenye senang org nak follow if diorang ikhlas hati mau follow. memang aku purposely taknak letak coz i know i dont want to be forced to follow anyone. so i dont expect that from any of you too. kalau nak follow, biar ada tujuan. mungkin tujuan korang is untuk tambahkan traffic, sebab korang mostly ada nuffnang. itu hak masing2. aku respect.

aku memang tak follow blog korang tapi aku cuma letak link untuk blog2 yg aku betul2 berminat nak bace. & hari2 aku jenguk. bukan mau puji diri. tapi itu memang aku mengaku. aku datang bukan sekadar suke2 nak buang masa, nak menyepam di shoutbox korang. & bukan jugak semata2 untuk tinggalkan komen merapu meraban to attract korang datang ke blog aku balik. not my style peeps. like i said, aku tak dapat untung ape pun. haram takde untung ape2. aku datang membace blog korang for the sake of fulfilling my brain's demand which is in need to read something relaxing.

so bear in mind, aku sergah blog korang bukan sekadar mau tarik perhatian. aku datang jujur untuk membace. tak mau percaye? itu hak masing2. terpulang. aku tak rugi ape2.

mau ikhlas berkawan, ada banyak cara. hipokrit? janganlah.. nanti ada balasan. berkawan biar berjuta-juta sampai tak terkira.

:sigh:


| less is more |

::: >>> Susu Kena Cilok!

bila jiwa kacau, semua jd haru biru. tadi aku berhajat mau buat hot choc drink. by the way, aku xsuke buat hot choc guna air panas then masukkan cocoa powder into it & tambah susu in the end. sungguh bukan hot choc, tidak berkrim!

:bringiton:

untuk yg mencari kelazatan hot choc yg melampau, sila beli fresh milk - bukan milk powder or susu dalam tin itu tau! itu semua pendusta lidah! tuangkan the milk dalam gelas till tiga suku penuh. then panaskan the milk in the microwave for couples of mins. bila dah agak2 cukup panas, baru masukkan cocoa powder secukup rasa. faham nyah?

alamak.. termelalut pulak di 2 perenggan di atas. maaf la ye. aku bukannye nak join the recipe contest. aku cuma nak citer yg tadi aku pegi la panaskan the milk in the microwave. tinggalkan for about 3mins. bila aku ke dapur semula, jenguk2 microwave, tinggal suku penuh je susu di dalam gelas itu! aikkk! mane pegi separuh lagi??!! penunggu microwave cilok ke?

alahai.. nasib badan. boleh tolong kutip susu itu untuk aku? aku malas!


| ini syndrome incik-macha-telah-bertolak-ke-Surabaya-for-4days.. *sigh* |

27 January 2010

::: >>> Semut & Lipas Penggemar Kicap

dek kerana kebosanan yg maha hebat, aku rangkul satu botol kicap yg sedang gagah berdiri di tepi meja aku.. lalu merajinkan diri membaca setiap tulisan yg tertera di atasnya. cap kipas udang itu. hmm.. anda tahu bukan? kicap ini sungguh enak apabila dimakan bersama bubur nasi ayam. adeh tibe-tibe terasa lapar.

:hilo:

sila rujuk tajuk post ni semula.. tidak percaya? hoh. degil tau! nah bukti..

sebab tu nenek slalu pesan, kalau nk tuang kicap jangan bersepah-sepah sangat! kasi bersih itu kepala botol.. nanti semut & lipas datang kenduri. sapa yg rugi? kicapppp jugak..

sekian. hindari kicap basi untuk hidup yg lebih panjang...~


| sape mau join aku pasang CCTV kat Bandung? eh pembetulan. Surabaya! incik macha rabun! |