26 December 2012

::: Rogol Merogol

Sekadar gambar hiasan nukilan Pakcik Google

Tertarik aku dengan topik rogol ni selepas terbaca di media massa tentang seorang bekas ahli kumpulan Ruffedge yang dituduh merogol anak tiri dia selama 7 tahun. Propa kau, nyah! Baca pasal retisss~


Nauzubillah. Dunia sekarang ni, manusia macam-macam ragam. Entah kat mana silap. Iman? Akidah? Akhlak? Takwa? Kepercayaan? Kemanusiaan? Keluarga? Persekitaran?

++++++++++++++++++++++++++++++

Untuk sesiapa di antara kita yang ada terdetik mahu merogol - nampak perempuan seksi sikit terus menggelegak nafsu serakah, ditambah dengan bisik hitam syaitan makinlah otak ligat mencari mangsa dan jalan - fikir dulu balasan Tuhan!

Kemudian, fikir apa pula rasanya kalau mak/isteri/anak/kakak/adik perempuan kau yang kena rogol juga. Mesti rasa nak bunuh orang, bukan? Kalau dah sampai tahap wajib menikah tu, cepat-cepatlah menikah. Ambik yang rukun sahaja. Yang penting, terhindar dari perbuatan jahat tu.

++++++++++++++++++++++++++++++

Yang sudah menjadi mangsa rogol pula, jangan terus putus asa. Hidup mesti terus. Pasti ada hikmah Allah turunkan bencana sedemikian rupa. Pengalam ngeri lepas, mungkin susah untuk kamu lupa, namun usah terlalu kerap memandang ke belakang, kerana yang di depan masih jauh perlu diteruskan.

Memang maruah rasa dipijak-pijak. Lagi-lagi kena berdepan dengan mulut manusia zaman sekarang ni, yang lebih besar daripada mulut tempayan dan perigi, lebih busuk daripada longkang bahan kumbah. Sabar. Allah duga kau kerana kau antara yang paling kuat di kalangan hamba-Nya di bumi.

++++++++++++++++++++++++++++++ 

Untuk rakyat jelata pula, penonton segala busuk wangi drama kehidupan, usahlah banyak mencaci. Si [erogol pun dia caci, mangsa rogol pun kena maki sekali. Ish ish. Apa punya mulut la yang kita bela selama ni? Sayangnya bibir molek yang Tuhan bagi tu diguna untuk mengeji sesama sendiri.

Segalanya bermula dari keimanan. Mari bersama-sama berubah ke arah kebaikan. Semoga kita terpelihara dari kemaksiatan.


| mencari rindu yang suci |

23 December 2012

::: Membaca Post Lama

Dok kuyu mata bergolek-golek di bilik, ketika hujung minggu yang sekejap panas sekejap hujan ni, aku rajin-rajinkan diri membelek-belek segala entry aku di zaman ketika ketiak masih suci - hanya ada bulu ketiak yang halus mulus tak diperlihat dek mata cuma mampu dirasa di hujung jari.. Phewiiittt~

Kelakar. Tergamam. Senyum. Malu-malu sendiri..

Entry aku yang dulu-dulu, temanya lebih memberontak, lebih terbuka. Namun aku masih dapat rasakan setiap tulisan itu aku letak berbakul-bakul rasa keikhlasan. Aku ligatnya menulis memang kerana aku sedang khusyuk bercerita. Tak kiralah pada kamu-kamu semua, atau pada diri dan jiwa raga.

Dari isu G-string, ke isu ibu bapa. Semua aku pernah ada.

Sekarang, nak tulis sepatah pun dah rasa loya.. Ptuih! Loya dengan penerimaan rakyat jelata lain yang suka memandang maksud tulisan aku yang berjela-jela. Bosanlah, kau! Bosan!


| berlapik tak serik|