Kamu--
Tidak pernahkah kamu rasa
Penat--
Mengejar
Mengejar apa yang belum kamu pernah ada
Mengejar apa yang kamu rasa kamu mahu ada
Mengejar apa yang entah Allah redha mahupun murka
Penat
Sumpah, mengejar ini terlalu penat
Andai itu hidup yang dicari
Maka kejarlah hingga kebas kaki dan hati
Sesiapa tiada kuasa memberi apa-apa
Kecuali diri kita sendiri
Diperkenankan Dia Maha Pencipta
Semoga dijumpa
Apa sahaja yang dikejar
Semoga--
Itu jalan yang sebenar-benar benar..
| tamat |