mandi bueh jam 2 pagi, sambil dgn riang hati mencuci setiap ceruk tandas & shower area. benar. percayalah. dah puas gosok sana gosok sini, zap zap zap pakai baju ala kadar berjalur coklat, seluar tiga suku berwarna coklat juga, bungkus rambut dengan bergaya.. dato' siti nurhaliza, sila jgn tiru gaya tudung kepala saya okay!
(PHOTOS REMOVED)
dah agak2 cantik berseri, pegi ke dapur & ikat plastik sampah. lap sana lap sini. sental dapur, susun brg2 dlm fridge, godek brg2 dlm almari. kalau kat malaysia, mmg dah basah ketiak.
dgn langkah bahagia sambil humming lagu 'ku tunggu janda mu', kaki melangkah menuju ke lift & turun ke tempat pemunggahan sampah. benar. berseluar paras keting, berkasut yankey corak polka dot warna warni, keluar ketika suhu negatif tiga (-3) darjah celcius. benar. percayalah.
| iya, saya memang rajin. terima kasih. |