aku akan berehat sebentar sampai minggu depan. Isnin dan Selasa, aku ada papers for 4th year final exam. itu perang besar untuk tahun ke-4 ni. preparation? wallahu'alam, aku cuba yg terbaik.
untuk menjadi seorang kanak-kanak sekolah yang pintar dan cergas seperti anak-anak milo, aku kena menganaktirikan blog ni buat sementara waktu.
kalau ditinggalkan, mula-mula mungkin dia agak bersawang, kemudian menternak labah-labah sebesar tikus. lepas tu datang pulak entiti-entiti jahat menginap kat sini kot. segala adik toyol, makcik pontianak, uncle pocong, aunty langsuir, semuanya pasti singgah hinggap menjadi penunggu setia.
mungkin la.. tapi aku cuba letak 'pendinding' agar tiada di antara anasir-anasir tu yang berani bertenggek pun kat sini! kalau tak, aku bakar punggung diorang satu persatu.. biar sipi sebelah! kalau berani, datanglah! aku sedut dengan machine gun milik ghost busters!
mungkin sekali sekala aku akan datang senyap-senyap sambil terjengkit-jenkit ke blog korang. akan ku jenguk sekejap-sekejap sambil melepaskan kentut di tangga rumah korang. kalau ada bau tu, mungkin peninggalan sejarah aku, tandanya aku ada datang menziarahi korang.. bersyukurlah!
so pembaca-pembaca, silent readers dan kawan-kawan sekalian, doakan perjalanan aku dipermudahkan. insyaAllah.
| injap jantung menjadi semakin longgar! lup dup, lup dup.. arghh!!! |