12 February 2010

::: Surat Untuk Hati..

kehadapan Hati yg di sayangi..

final exam for the 4th year ada lagi seminggu. preparation? slow.. merangkak.. ada beribu-ribu mukasurat lagi yg perlu aku telan. nasib badan.. kesian aku kan..

sebelum masuk uni, semangat aku untuk jadi seorang doctor tersangat berkobar-kobar. terasa super gembira bila dah start belajar itu ini, hafal segala macam nama penyakit yg fancy-fancy, ambik darah sana, cucuk itu ini.. rasa nikmat. aku tau, time tu ko pun tengah syok sendiri. berlagak kat Hati-hati lain. aku perasan ko macam kembang semacam je.. kan kan? jangan tipu lah! benci!

mula-mula semua rasa seronok.. tapi Hati, penah tak ko rasa tiba satu saat semangat tu kian pudar.. the enjoyment drive semakin menurun.. tak selaju dan tak sekencang dulu. semangat tu tak hilang lagi, cuma dah kurang - dek kerana tempoh yg terlalu panjang. terasa lenguh otak. lenguh buah pinggang, lenguh pundi hempedu, lenguh paru-paru. ko pun mesti dah kejang.

ko tau tak, aku selalu dengar budak-budak yg baru grad and dah jadi junior doctor mengeluh 'how i wish i can stay and learn in the university for a bit more longer, to prepare myself better as a doctor'.. huh. sangat penat. memang sangat penat tau Hati! aku ulang lagi sekali, sangat penat! okay okay tak ulang dah..

Hati, aku harap aku kuat seperti mereka yg dah berjaya, seperti mereka yg masih berlari mengejar cita-cita. kuat seperti anak-anak milo yg membesar dengan sihat! (incik macha, nanti jangan lupa beli milo untuk kami! eh.. maaf ye Hati, ada selingan pulak. nanti Hati tolong pesan kat incik macha ye..)

:sweaty:

Hati, jom kita berdoa...

bila kepenatan mengatasi kudrat, tapi kerana masih punya minat untuk berkhidmat, aku dan Hati gagahi jua. andai kami tak mampu mengubah dunia, cukuplah kami sekadar membantu penghuninya. dengan niat untuk berbakti, aku dan Hati harap Dia di atas sana mengerti. amin..

Hati, ko jangan nangis-nangis tau. aku kan ada.. nanti bila dah settle semua, aku bawak ko pegi makan McD, nak? jadi, jangan malas-malas tau. aku sayang ko.. ko tau kan?

Hati, aku ada pantun untuk ko ni..

pecah kaca pecah sebiji
bila dah pecah, jangan lupa ganti
dalam dunia ni takde benda yg free!

:ha?:


sekian..
dari aku yg kadang-kadang kurang jujur kepada ko,
Arieza


| sedang cuba miss call Hati byk kali. tak sedar-sedar lagi dari tadi. tido ke pengsan incik Hati oi? |