16 March 2010

::: Hidup Kita Bukan Roda. Tapi Timba.

Hidup ni bukan roda sebenarnya. Mereka semua kaki kencing!

Kalau hidup kita roda a.k.a. tayar - tayar kereta, tayar lori, tayar beca, roda ketapi or apa-apa sahaja yang bersamaan dengan itu, kita akan sentiasa berada di atas landasan, di atas jalan, di atas satu permukaan. Even tayar kapal terbang pun sentiasa berada di atas landasan. Bila dia terbang, dia simpan rapi tayar tu kan? Tak penah pulak aku dengar pilot pakai tayar kapal terbang untuk duduk singgah kat atas awan.

Hidup ni seperti timba di perigi (yang version zaman Saloma dulu). Tau ke?

Perigi yang ni haaaa. Kan ada timba tergantung kat tengah-tengah tu. Tapi dalam gambar tu timba tu tak kelihatan sebab sedang berlegar-legar bergantung di dalam perigi.

Hidup kita macam timba tu la. Adakala kita cantik je tersangkut di atas, semua orang boleh nampak. Manis je tersemat kat hujung tali. Kadang-kadang siap bertenggek kat tepi perigi, sexy! Adakala pulak timba tu tersembunyi kat dalam perigi. Gelap gelita, tak sape nampak yang si timba mungkin sedang dihurung sanak-saudara nyamuk betina. Paling malang, ada ketika timba tu tenggelam di bawah air. Lemas.. Tak dan nak buat ape la.

Tunggu ar orang yang seterusnya datang kat perigi tu, dan harap-harap dia rajin untuk menggulung tali timba sampai ke atas after dipakai. Tapi lumrah manusia kan agak pemalas. Lepas dia pakai timba tu untuk cedok sebaldi dua air, dia baling timba ke dalam.. Lemas lagi.. Ada rezeki lebih, tak lemas menyentuh air, maka tergantung la di tengah-tengah perigi.

Macam tu la hidup kita. Ada masa di atas, ada masa di bawah, ada masa terus lemas. Tapi jangan penah putus berharap. Esok lusa kot-kot ada yang akan datang menggunakan timba lagi. Memang la bukan hari-hari. At least ketika air kat pili rumah teramat perlahan dek catuan hasil kemarau panjang, pasti mereka datang carik perigi. Paling kurang pun kita sempat menjenguk ke atas buat seketika sebelum dicampak ke dalam perigi semula.

Berdebushhhhh~ Lemas....

Aku merepek perihal timba & perigi yang masih orang guna. Bukan di perigi Pak Ayub mat duda yang jadi tempat pembiakan nyamuk aedes semata-mata. Oh sebenarnya aku tak penah tengok perigi sebegitu kecuali di Makam Mahsuri Langkawi je. Kat kampung aku takde perigi camtu. Kat kawasan perumahan lagi la tak penah-penah aku jumpa. Tangki taik dalam tanah, ada ar.. Boleh ke campak masukkan timba?

Jadinya, aku bukan timba. Aku nak jadi pili bomba~

:sweaty:


| jangan lagi sebut 'hidup ini roda'! jangan! 'hidup ini timba' okay? |