18 March 2010

::: Taip ON SUNYI Dan Hantar Ke 383838

Penat? Bosan? Sunyi? Sepi? Gundah? Gulana? Ya maulana, kesian.... Anak angkat ayah pin pun ada kawan. Mari pegi langit carik kawan.. Mau? Ala gurau je. Untuk yang kesepian, takyah susah-susah dok taip ON SUNYI dan hantar ke 383838. Pathetic! Meh sini aku kasi petua percuma. 3 cara mudah nak buat senang hati ketika sunyi..


1) Makan sampai mengantuk

Selagi tak rasa ngantuk, jangan berenti makan. If korang nak prektikkan makan-sampai-mengantuk ni di kedai-kedai makan, make sure dompet tu berisi tau adik-adik abang-abang. Karang ada yang mati dalam kekenyangan dihempuk meja oleh si pemilik mapley. Sape mau jawab? Aku dah pesan siap-siap.. Oh, satu lagi! Jangan kenyang teramat sampai tak lalu nak balik rumah. Tak pasal-pasal diorang terus call 999 sebab ingat ko kekejangan pengsan. Ingat 2 pesan tok guru ni tau!

Bila dah agak-agak mata tak lalu nak bukak, cepat-cepat balik bilik. Pasang kipas kuat-kuat, hala 30 degrees ke arah leher.. Angin bayuuuu je. Kuyuuuu je. Buat posisi cantik punyer, pejam mata dan pengsanlah korang selama mungkin. But make sure pagi esoknya adalah hari cuti. Bukan hari sekolah atau hari keje atau hari raya! Sebelum lena tu, sure rasa senang hati. Apa pun tak fikir dah.. Perut teramat sendat sampai mencengkam sel-sel otak! Nikmat dow.


2) Mandi sampai kuku kecut

Sepanjang weekdays, korang mandi time pagi-pagi buta pun semua untuk cukup syarat je. Mengejar masa katanyer! Tapi sebenarnya kerana mata masih lebam, gigi terketar-ketar, perut masuk angin kentut tak renti-renti. Tu yang mandi pun sekadar ala-ala P.Ramlee.

So bila tiba hujung minggu, celik-celik mata je korang terus menyanyi dengan riang. Pilih lagu berentak Dangdut. Itu paling mujarab. Then berendamlah selama mungkin. Kalau takde bath tub, duduk la dalam besen. Paling kurang pun rendam je kaki dalam baldi. Kalau ada geng-geng satu rumah dok ketuk-ketuk sebab rushing nak berak, korang naikkan lagi pitching nyanyian. Tukar kepada rentak Mambo pulak. Kalau boleh bawak tamborin atau violin sekali. Baru artis.

Lepas dua tiga jam berpesta bueh, gerenti segala-galanya kecut. Kuku kaki pun macam dah nak tanggal. Senang hati wa cakap lu.. Kuar bilik mandi je terus tersengih. Nampak member dah terberak tepi pintu sambil memaki hamun pun korang dah tak ambik port dah. Ape-ape pun, yang paling penting ialah pasang nawaitu untuk mandi dengan gembira. Bukan berniat 'sahaja aku mandi' tau! Tapi kalau korang kena jugak berniat macam tu, kira korang dapat nikmat kuasa dua ar.. Rezeki lebih katakan..

:devilishgrin:


3) Buat-buat senang hati

Tu pun tak reti?

:wave:


| bukan senang nak senang |