13 March 2010

::: Kami Cuma Bersendiri

oh hati
walau penuh tangan menghulur
jeritnya mahu mendokong bersama
tapi ketahuilah
kau dan aku sebenarnya bersendiri

oh hati
bertangis-tangislah semua jelata
katanya mahu bersedih bersama
tapi ketahuilah
kau dan aku sebenarnya bersendiri

kita
harung ini dengan kudrat
yang jatuh yang terluka
yang bangun yang melangkah
cuma kita
cuma kita
ingat, cuma kita!

mereka di sisi itu pemerhati
sambil melaung kata-kata magika
sekadar membantu mereda hati
tapi pasti larian itu
datang dari kaki kita sendiri

oh hati
sudahkah kau mengerti?
kita sebenarnya bersendiri

seluruh pelusuk alam sekalipun hadir
yang boleh mengangkat kaki ini
cuma kita

melangkahlah duhai kaki
walau cuma bersendiri
bersama kata-kata magika mereka
kita semat di dada

kita bersendiri
bersama Illahi


| siapa mengerti? |