Bunga-bunga di sini semua sudah kembang. Cantik bukan? By the way, Ayah Pin kirim salam. Okay aku tipu. Dah lama ke aku tak create new post? Oh baru 3-4 hari.
Aku sangat busy membusykan diri. Maklumlah, aku ini insan istimewa. Otak agak berkarat. Lagi 2 minggu lebih ada exam besar punyer.. Kali ini wajib lulus. Kalau tak, matilah aku.. Korang yang baik hati serta hensem/cantik, tolong doakan adinda lulus dalam exam tersebut tau.. Semoga aku dapat balik cuti summer dengan penuh perasan 'dalam hati ada taman tasik perdana' sambil bercanda di majlis kenduri kawen abang aku nanti. Aku sangat mengharapkan doa dari kalian duhai teman (benar, kadang-kadang aku jadi budak skema juga).
Anyway, weekend haritu aku dah lepas geram sedikit. Dah berbulan rasanya tak shopping barang-barang best. Asyik-asyik beli baju harga dua tiga posen je. Naif kan aku? Nak gak merasa apa itu maksud 'berbelanja besar'. Huhuhuhu.
So ape lagi, aku keluar menabur rezeki - bersama seorang rakan seperjuangan. Huh. Berjuang bersama-sama menabur bakti dan akhirnya aku telah me-miskin-kan diri. Beli 2 ketul barang - satu wedge dari Aldo dan satu long dress dari Zara. Habis dalam 110 pounds. Puas!! Terasa diri sangat kacak bergaya tapi dalam hati ada terasa sedikit guilty. Sungguh boros adinda ini! Piu piu piu.
Tengok beg saja. Isinya, biar rahsia. Hik~ Maka bulan ini secara rasminya aku akan makan tulang je. Tu pun mintak ihsan kucing rumah sebelah. Kesian kan? (sila klik pada gambar untuk tumbesaran cergas seperti anak-anak milo)
Sekian dari adinda yang sudah pokai.
| shopping itu nikmat |