2 May 2010

::: Telatah Selepas Jaringkan Gol

Ini aku bercakap spesifik untuk game Bola Sepak / Football / Soccer. Lepas pemain tu berjaya sumbat gol (aku panggil diorang scorer), of course kita boleh nampak ada macam-macam cara si scorer tu meraikan kejayaan.

Ada yang terus bergolek-golek drama hindustan kat tanah, ada yang berlari laju-laju ke arah penonton sambil menepuk dada, ada yang slide sampai merah lutut, ada yang sempoi mendongak kepala sambil menunding jari ke langit tanda puas hati.

Dan pastinya dalam setiap situasi diorang tadi tu, akan datang kawan-kawan sepasukan. Ada yang datang memeluk dan ada yang join si scorer tu bergolek, melompat dan slide sekali. Kadang-kadang macam dia pulak yang baru lepas score. Huh.

Yang paling aku pelik, ada certain time bila kawan-kawan sepasukan tu datang untuk memeluk si scorer, tiba-tiba diorang ditolak ke tepi oleh si scorer tu sendiri. Aku tengok ada yang sampai jatuh sebab ditolak si scorer tu tadi.

Korang tak pelik ke? Kalau aku jadi kawan yang ditolak tu, sure aku rasa malu. Aku datang nak peluk sebab gembira sangat sambil nak cakap tahniah/terima kasih sebab score, alih-alih kena tolak ke tepi. Sampai jatuh pulak tu...

Tobat aku tak nak peluk dah nanti kalau si scorer tu sumbat gol lagi!!


| akibat adrenaline terlalu banyak! |