14 May 2010

::: Tempe Oh Tempe

Punya kerana kemaruk dengan makanan Malaysia, aku sanggup order 2 bungkus tempe dari kawan aku kat Aberdeen. Aku bukan la minat sangat pun makan tempe, tapi bila dah jauh dari Malaysia, gigi aku ni rindu pulak nak kunyah makanan tanahair terchenta. Hik~

Terbaca dalam facebook pasal bisnes dia dan kawan dia jual tempe and pau kat Aberdeen sana tu. Dengar cerita sangat laku. Aperlagi, aku terus order. Kat tempat aku ni takde pulak budak-budak undergrad or postgrad family buat bisnes begitu. Mungkin aku patut jadi perintis buka kilang tempe dan belacan kat sini.

Mula-mula agak was-was jugak, katanya takut tempe tu basi/lembik/hancur sebelum sampai kat tangan aku. Finally, petang tadi tempe tu sampai dengan selamatnya. 1 hari dah sampai. Sungguh efficient perkhidmatan pos kat sini. Pakai pos biasa je tu, bukan pos laju atau pos ekpress. Tabik sama UK Royal Mail. Mungkin Pos Malaysia patut belajar tentang system diorang di sini. Baru boleh maju dan dipercayai sedikit perkhidmatan pos kita yang kadang-kadang agak menakutkan (well mostly sebab posmen suka cilok barang-barang pos!!!).

Janji tempe aku tak basi! Cepat-cepat buka bungkusan dan terus masuk dalam fridge. Kasi dia segar semula. Tunggu ada mood nak masak, baru kita goreng sama dia..

Hidup tempe!! Hidup tempe!!

:wave:


| tak sabar tunggu July~ |