30 October 2010

::: Ungkap Jiwa Sebelum Lena

Di sini aku bicara tentang satu drama yang aku cipta. Ada yang mahu tahu, ada yang lari melulu. Lumrah. Jadi engkau, aku, terus pasrah.

Percaya. Setiap yang Allah cipta tu baik sungguh pada asalnya. Begitu juga kamu semua. Yang aku sayang, yang aku benci, yang aku puji, yang aku keji, kamu semuanya baik sungguh pada asalnya.

Setan masuk ke dalam dada, biarkan. Kita inikan cucu cicit padanya Adam. Bangkit lawan! Jangan biar si setan ingat dia raja dalam dunia. Mari laung bahawa kita suma Dia cipta baik sungguh pada asalnya. Bagi bukti. Setan mesti cabut lari!

:) Aku tulis ketika hati bicara berbunga. Siapa kata Tuhan itu tidak adil bijaksana?? Buta! Aku tak mahu jadi si buta yang cuma meminta ketika mau segala, tapi hilang tatkala nikmat di tabur membaja. Duhai aku, jangan jadi begitu.

Terima kasih Tuhan atas semua nikmat yang sudah Engkau tak jemu taburkan. Kekadang sukar aku mengucap syukur. Ampun ya Tuhan, aku ini hamba yang kealpaan.

Biar jatuh, biar bangun. Kita jalan pegang tangan. Jangan lepaskan. Bimbing aku pada pedoman.

Ingat sayang, ingat kawan, kita ni adanya dicipta baik sungguh pada asalnya :)


| @)------ |