Maaf yek. Termenghilangkan diri pulak. Ni aku just bagi a quick update. InsyaAllah dalam minggu ni ataupun minggu depan, keputusan penuh Contest Hangit By Arieza akan diumumkan. Tengah tunggu juri tunggal (bukan aku!) ada masa untuk pilih pemenang. Lagipun, aku agak sibuk buat masa ni. But jangan risau, segala hadiah-hadiah yang aku offer, masih selamat dalam simpanan. Janji tetap janji. Jangan gelabah okay. Terima kasih kerana telah berjaya menjadi di kalangan mereka-mereka yang bersabar. Hik~
Harap sabar sikit je lagi yek.. Either minggu ni atau minggu depan keputusan akan diumumkan. Itu aku janji.. InsyaAllah..
Salam dan selamat sejahtera semua~ Lama sudah tidak ketemu bukan? Well, maaflah. Sedang menyepi seketika untuk menghilangkan segala resah di dada.
Tamat sudah tempoh untuk penyertaan Contest Hangit By Arieza. Terima kasih untuk semua peserta yang sudi menghantar penyertaan masing-masing. Akan juri adili dengan seadil mungkin.
Contest kali ni memang aku kurang nak promosi sebab masa sangat tidak mengizinkan So sesiapa yang tak perasan akan kehadiran contest tu, maaf kerana aku tak punya kesempatan untuk mewar-warkan kehadiran contest tersebut.
Ape-ape pun, semuanya dah tamat. InsyaAllah dalam seminggu dua lagi keputusan akan dibuat oleh juri. Aku cuba umumkan secepat mungkin. Well dalam masa seminggu maybe, tetapi kalau keadaan masih tidak mengizinkan, mungkin dua minggu. Aku minta maaf awal-awal ni tau. Maaf maaf maaf.
Keadaan sekarang terlalu mendesak aku untuk terus berdiam. Apa yang aku dapat katakan sekarang adalah 'harap kalian sabar menunggu kerana aku akan tetap berpegang pada janji'... Terima kasih :)
Sama-sama juga kita doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi bantuan ke Palestine. Semoga Allah lindungi mereka untuk jihad ke arah agama. Amin.
| Ya Allah, ku bersujud menyembah merayu, Kau datangkan berita gembira buat keluargaku |
Secara rasminya, aku berhenti dahulu dari dunia blogging.
Ala, dua minggu je. Toksah susah payah histeria untuk aku.. Hik hik. Kasi habis dulu perang dan berjuang (curik statement Hbz). Lepas tu kita sambung berjimba di sini okay rakan-rakan ribena sekalian..
Doakan segalanya berjalan lancar untuk aku. Doakan hati aku ni tenang-tenang selalu dan otak makin cergas dan cerdas untuk bersiap berjuang~
Doakan aku lulus...~ Tq tq tq.. Selamat tinggal romeo~
updated... p/s: Korang banyak tak faham ke buat-buat tak faham ke tak reti mengeja? Aku bukan kata nk CLOSE/TUTUP blog aku. Aku kata nak BERHENTI dahulu, maksudnye takkan ade new posting. Tak faham lagi? Pergi sekolah balik. Tak dapek dah den nak nolong...
| kepada manusia yang penuh dengki tu, sila berambus dari sini - selamanya! |
Upload gambar (lagi banyak lagi tinggi peluang untuk menang) yang menunjukkan someone/some people sedang terkejut beruk/dikenakan/dihangitkant. (macam time birthday party, kan ada orang bernasib malang yang kena simbah dengan kicap la, baling dengan tepung la, etc)
Then taip caption yang kelakar untuk setiap gambar.
Kalau korang cilok gambar dari internet pun aku tak kisah.
If korang nak merapu tentang kejadian di sebalik gambar tu pun lagi meriah.
Kat hujung entry korang, letak link referrer (jika ada) - i.e. dari mana korang dapat tau tentang contest aku ni.
Bila entry tu dah siap & segala syarat sudah dipenuhi, tinggalkan komen kat entry ni & sertakan link ke entry korang tu.
UPDATED!!!! - Tarikh tamat penyertaan adalah pada 11.59 malam, 31 May 2010.
(Hadiah yang dioffer : T-shirt, Keychains dan Fridge Magnet)
Hadiah pertama - T-Shirt bertulis/berlogo London/Oxford
Hadiah kedua - London Fridget Magnet & London Keychain
Referrer terlaris - London Keychain
Saguhati - mungkin ada mungkin takde, bergantung dengan sambutan
Raja/Ratu Vote - ramai orang vote entry korang, korang boleh dapat London Keychain jugak, tapi belum sure lagi, tunggu aku announce selepas tarikh tutup
Aku akan update senarai link para peserta dari semasa ke semasa. Senang sikit pihak juri rahsia, pihak lawan serta para pelawat untuk pergi skodeng entry penyertaan korang tu. Kira aku promo blog korang sekali la ni kan...
Aku benci Extreme Attention Seeker! Dalam bahasa lembutnya, dipanggil 'penagih perhatian terlampau'.
Insan-insan begini (especially lelaki tahap metrosexual), bila di facebook suka tulis macam-macam status untuk buat satu dunia tau pasal diri dia. Nak attract pelbagai lapisan masyarakat untuk komen kat status tu. Okay fine, your own choice because it is your own profile. I get it. Tapi toksah la setakat ko meludah tepi jalan pun nak dijadikan cerita. Propa d'uuh! Lame! Lame! So lame! Why dont you get yourself killed or raped, perhaps the whole media will put you on the front page. No doubts!
Keturunan awek sebegini pulak suka upload gambar yang menunjukkan pelbagai lurah keramat, bucu tajam serta segala pelusuk badan. Ish. Kita tau awak tu cantik duhai Kak Milah Ronggeng, tapi perlu ke tunjuk kat serata penghuni alam? Kot ye pun nak buat pameran kat encik kekasih serta rakan-rakan tercinta awak tu kat facebook, private-private sudah.. Ke nak mintak semua orang 'menghargai' bumpers awak tu? So some will perhaps comment 'wah you look so sexy', 'gorgeous', 'you are hawt!' *sigh* There goes the attention seeker..
Tapi kan, attention seeker ni selalunye akan menjawab 'la lantak aku la, kalau tak suka tak payah la ko tengok page/profile aku!' Adeh la Kak Milah Ronggeng.. Selamat terus sesat. All the best! Seek the attention that you always desire.
Punya kerana kemaruk dengan makanan Malaysia, aku sanggup order 2 bungkus tempe dari kawan aku kat Aberdeen. Aku bukan la minat sangat pun makan tempe, tapi bila dah jauh dari Malaysia, gigi aku ni rindu pulak nak kunyah makanan tanahair terchenta. Hik~
Terbaca dalam facebook pasal bisnes dia dan kawan dia jual tempe and pau kat Aberdeen sana tu. Dengar cerita sangat laku. Aperlagi, aku terus order. Kat tempat aku ni takde pulak budak-budak undergrad or postgrad family buat bisnes begitu. Mungkin aku patut jadi perintis buka kilang tempe dan belacan kat sini.
Mula-mula agak was-was jugak, katanya takut tempe tu basi/lembik/hancur sebelum sampai kat tangan aku. Finally, petang tadi tempe tu sampai dengan selamatnya. 1 hari dah sampai. Sungguh efficient perkhidmatan pos kat sini. Pakai pos biasa je tu, bukan pos laju atau pos ekpress. Tabik sama UK Royal Mail. Mungkin Pos Malaysia patut belajar tentang system diorang di sini. Baru boleh maju dan dipercayai sedikit perkhidmatan pos kita yang kadang-kadang agak menakutkan (well mostly sebab posmen suka cilok barang-barang pos!!!).
Janji tempe aku tak basi! Cepat-cepat buka bungkusan dan terus masuk dalam fridge. Kasi dia segar semula. Tunggu ada mood nak masak, baru kita goreng sama dia..
Bunga-bunga di sini semua sudah kembang. Cantik bukan? By the way, Ayah Pin kirim salam. Okay aku tipu. Dah lama ke aku tak create new post? Oh baru 3-4 hari.
Aku sangat busy membusykan diri. Maklumlah, aku ini insan istimewa. Otak agak berkarat. Lagi 2 minggu lebih ada exam besar punyer.. Kali ini wajib lulus. Kalau tak, matilah aku.. Korang yang baik hati serta hensem/cantik, tolong doakan adinda lulus dalam exam tersebut tau.. Semoga aku dapat balik cuti summer dengan penuh perasan 'dalam hati ada taman tasik perdana' sambil bercanda di majlis kenduri kawen abang aku nanti. Aku sangat mengharapkan doa dari kalian duhai teman (benar, kadang-kadang aku jadi budak skema juga).
Anyway, weekend haritu aku dah lepas geram sedikit. Dah berbulan rasanya tak shopping barang-barang best. Asyik-asyik beli baju harga dua tiga posen je. Naif kan aku? Nak gak merasa apa itu maksud 'berbelanja besar'. Huhuhuhu.
So ape lagi, aku keluar menabur rezeki - bersama seorang rakan seperjuangan. Huh. Berjuang bersama-sama menabur bakti dan akhirnya aku telah me-miskin-kan diri. Beli 2 ketul barang - satu wedge dari Aldo dan satu long dress dari Zara. Habis dalam 110 pounds. Puas!! Terasa diri sangat kacak bergaya tapi dalam hati ada terasa sedikit guilty. Sungguh boros adinda ini! Piu piu piu.
Tengok beg saja. Isinya, biar rahsia. Hik~ Maka bulan ini secara rasminya aku akan makan tulang je. Tu pun mintak ihsan kucing rumah sebelah. Kesian kan? (sila klik pada gambar untuk tumbesaran cergas seperti anak-anak milo)
Sila la menjamu mata dengan gambar-gambar di atas. Itu gambar-gambar ketika kami makan di Piero's Cafe & Bar. Semuanya sedap-sedap belaka!
Memang sangat aneh. Berteka-teki dalam perasaan. Yang mana betul yang mana dusta. Gusar sungguh hati membuat keputusan. Ingin ke depan tapi hati tak berkeyakinan. Ingin bersuara tapi takut ada yang terluka. Ingin disimpan tapi takut memakan rasa. Ingin dibelai tapi tak punya siapa.
Jiwa punya satu titik ketenangan. 10 tahun lampau ingin ku putar semula. Andai aku ada kuasa, memang aku pilih masa silam. Biar sempit, biar kecil, tapi di sana penuh ceria. Mungkin punya lebih banyak cerita.
Masa depan yang aku langkah, akan lebih sempurnakah? Atau lebih sengsara? Yang mahu ketika suka, ada. Yang memangku ketika terluka, di mana?
Kekadang aku cari bahu yang bisa untuk ku sandarkan kepala, agar hilang sebentar segala lelah. Aku cari bahu yang benar-benar rela, sudi untuk dibasahi. Bukan yang aku cari. Tapi ia datang sendiri.
Air mata sudah bergenang. Resah menunggu satu dakapan. Sekadar bahu, aku bersyukur. Terima kasih duhai insan.
It takes a crane to build a crane It takes two floors to make a story It takes an egg to make a hen It takes a hen to make an egg There is no end to what I'm saying
It takes a thought to make a word And it takes some words to make an action And it takes some work to make it work It takes some good to make it hurt It takes some bad for a satisfaction
** Ah la la la la la la life is wonderful Ah la la la la la la life goes full circle Ah la la la la life is wonderful Ah la la la la la
It takes a night to make it dawn And it takes a day to make you yawn brother And it takes some old to make you young It takes some cold to know the sun It takes the one to have the other
And it takes no time to fall in love But it takes you years to know what the love is And it takes some fear before you trust It takes some tears to make it rust It takes the rust to have it polished
Go to **
It takes some silence to make sound And it takes a lost before you found it And it takes a road to go nowhere It takes a toll to show you care It takes a hole to see a mountain
Play video ni. Dengar sampai habis. Sambil fahami setiap bait lirik dia. Sangat soothing.. Sangat tenang.. Suara Jason Mraz ketika Live sama dan lebih mengancam dari sauara dia dalam studio recording. Manusia hebat. Mungkin dia punya autotone preset dalam otak.
Creatively written. Segalanya benar tentang sebuah kehidupan.
Orang kata, bila perut kenyang, hati senang.. Tak betul tak betul..
Bila perut aku kenyang, hati aku risau! Risau sebab mata aku jadi mengantok. Kena sampok betul. Perut aku ni memang pantang disogok dengan makanan kot. Makan sekeping roti bercalit butter kosong pun boleh buat mata mengantok. Siap melompat-lompat di dalam bilik, masih jugak terasa kuyu.
Well, aku ada tabiat sendiri. Bila belajar, kena ada bunyi, Jadi selalunya aku biar TV zaman albab aku tu membebel sorang-sorang. Lagi best kalau ada rancangan masak-masak. Pergh, meleleh! Sambil meleleh, sambil baca buku yang tunjuk gambar-gambar gross seperti orang putus kaki, kudis buta bernanah, cancer di celah celah organ dalaman, ulat serta cacing menjalar dari celah celah anus. Huh. Nikmat~
Dulu-dulu time sekolah, walkman/discman jadi peneman. Tu pun dah kira paling gempak. Mane ader MP3, MP4, iPod, iPad, ape2 lagi la yang pad pad ni. Belum wujud. Sekarang ni, bukak je laptop. Winamp or Windows Media Player or iTunes dah boleh memekak sampai ke pagi. Tak payah risau batteri double A kong/flat tiba-tiba. Plug in saja power cable dekat bontot laptop. On selama 189 jam tanpa henti pun no hal lagi.
Oi oi! Ape aku merepek? Sudah lari tajuk. Kesimpulannya, mungkin paling terbaik adalah makan ketika tido. Aksi magik tu. Bila bangun tido, pasti mengantok tu semua dah takde. Lapar pun dah takde. Jadi tak perlu risau fikir nak makan yang boleh buat rasa mengantok lagi! Yey! Hypothesis berjaya!