17 February 2010

::: Kes Buang Bayi - Malaysia vs UK

(ini issue serious. sila tutup sebelah mata jika tidak sanggup pening hempedu. jika sanggup, sila sama-sama ambik iktibar. Wallahu'alam)

di UK tengah kecoh dengan 2 kes kematian kanak-kanak (16 bulan dan 3 tahun). kes pertama terjadi Khamis lepas dan kes kedua terjadi semalam (Isnin 15th Feb). puncanya? terjerut di tali 'window blinds'.. kan tali untuk adjust bukaan blinds tu agak longgar dan kadang-kadang terjuntai-juntai dengan gembira. itulah yang meragut nyawa! tak diduga langsung. kesian...

:puppyeyes:

the local people sedang buat petisyen memaksa mahkamah keluarkan akta mengharamkan windows blinds demi memastikan takde lagi kes pelik macam tu terjadi... nampak tak betapa 'Child Protection' sangat kuat dilaungkan kat sini?

sampaikan kalau anak-anak kurus cekeding macam kurang zat (a.k.a tak cukup makan), parent s boleh dikenakan tindakan undang-undang. if dapat anak yang memang jenis tak suke makan? habislah korang duhai ibu-ibu dan bapak-bapak sekalian. undang-undang akan bidas - 'kalau dah tau anak tu jenis yang nak makan pun kena paksa, kenapa tak pegi jumpa doctor atau minta tolong dari pihak yang lebih pakar?' hambek ko nyah...! see? a very strong Children Acts!

dekat Malaysia pulak kecoh dengan kes buang bayi. depan surau, dalam semak, tepi lorong. frankly speaking, sepanjang 5 tahun aku bermastautin kat UK, belom penah lagi aku dengar kes pembuangan bayi macam kat negara 'tumpah-darah-mak-aku-time-melahirkan-aku' sendiri. kenapa??

1) adakah kerana kebanyakan mereka di UK ni tiada pegangan agama ataupun very open minded, maka rata-rata family mereka lebih terbuka dalam hal 'bayi luar nikah?'

2) adakah kerana di Malaysia, tekanan dan pandangan buruk terhadap 'bayi luar nikah' terlalu tinggi sehinggakan mereka lebih rela memperjudikan nyawa bayi-bayi yang langsung tak berdosa demi takut maruah diorang terjejas?

tapi pastinya rakyat negara kita akan menjawab no (2) dengan satu lagi persoalan - 'time seronok bermain' tak terfikir pulak pasal maruah?'

apa kata kita tolak dulu persoalan 'time seronok bermain' tu.. kita jawab dulu persoalan no (1) dan (2). untuk yang sudi membaca hingga ke taipan huruf yang terakhir, what do you think?

kenapa di sini (UK) kurang issue pasal kes pembuangan bayi? sedangkan di Malaysia, setiap tahun pasti kecoh di sana sini. tu belom termasuk kes-kes yang tersembunyi rapi. kenapa kah duhai anak-anak sekalian? kenapa??

:ha?:


| tertanya-tanya |

15 February 2010

::: Kisah Pramugari (Stewardess)

ini seorang pramugari. a female stewardess to be precise.. errrr, a MAS female stewardess to be even more precise. toksah tanya nama dia. mungkin Saleha. dia sekadar gambar hiasan je la!

cantik? memang cantik.. badan solid. pinggang ramping. punggung molek. dada berbukit. senyum manis. kulit cerah, peha melepak, betis panjang.. oit oit! abang-abang semua, sila jangan melopong ternganga! aku bukan nak cerita pasal pramugari terlampau okay! jangan berangan-angan!

aku dah banyak dengar cerita yg kononnye stewardess ni banyak yg kepala besar (ke besar kepala?) ini yg aku dengar la kan... 'berlagak kaya, hidup glamorous, riak diri cantik, mata duitan, materialistik...'

pasal steward jarang pulak aku dengar, mungkin pramugara jarang buat hal berbanding pramugari. dah nama pun perempuan, harus la kan! perempuan kan kepoh sikit...~ (hambek!)

tapi memang ada benarnye kot. some of them - i repeat, SOME - pakai nak yg gempak-gempak je. kononye tak pakai GAP, tak pakai Topshop, tak pakai Guess, apetah lagi BUM atau Asadi. heh. yg mereka ada cumalah Gucci, Armani, Mulberry, DKNY, Fendi, LV, Rolex.

KONON!!

kalau yg betul-betul mampu boleh rembat satu designer collection setiap minggu, tu aku tak kisah.. dia nak canang kekayaan dia kat reporter, lantak pi kat dia lah kan..

bunyik meriah macam gaji berjuta! tapi yg peliknye ada je di kalangan diorang yg makayah and adik-adik masih merempat hidup susah kat kampung? tu ke maknanya dah cukup kaya? habiskan gaji yg konon-konon berjuta tu kat lagak dan gaya semata-mata? untuk ape?? sebab nak ngorat pilot ke? atau nak umpan passengers yg kaya raya? korang rasa kenapa?

eh sudah ar.. kang aku meroyan lagi panjang, lagi sakit jiwa aku yg tengah sedap mengkritik pramugari terhebat ni. anyhow, ingat beb aku dah cakap awal-awal tadi yg aku menulis ni bukan merujuk kepada semua pramugari, tapi some of them are as such.

:astig:


| ter-emosi pulak |

::: London - Aku Suka. Tapi... (Part 1)

London Tower Bridge
(motorcade atas bridge ni lah yg akan dipisah dan diangkat (splits) into two bila kapal-kapal perlu melintas kat bawah dia. diorang panggil Tower Bridge Opening.)


view from the London Eye's Capsule
(you can see the London Bridge on the bottom right)


typical view in the London Tube/Underground Station


London - satu dunia kenal. mak timah, kak ramlah, atok dalang, nenek bedah dan pak jali, semua pasti tau atau at least penah dengar perkataan 'London'. mungkin cuma tak reti nak tunjuk lokasi sebenar bandar London di atas peta dunia.

aku tipu kalau aku kate aku tak suke London.. tapi..
(take note that aku menulis berdasarkan pengalaman peribadi aku je. lain orang lain pendapat)



1) mencarik public toilet di London adalah seperti sesi mencari harta karun!

especially dekat tube/underground stations. kadang-kadang kena menyelinap kat celah mane-mane tah then baru jumpa. kat tengah-tengah bandar toksah cerita - Oxford Street ke, Bond Street ke, area Westminster ke, Trafalgar Square ke, Oxford Circus ke, Tower Bridge area ke, memang susah nak jumpa public toilets, unless korang berada dalam shopping malls or certain restaurants..

kalau nak harapkan public toilet along the street/area itself (seperti yg di mentioned as above), memang agak susah. naik pecah pundi kencing! bila dah jumpa tu, ingatkan bandar-bandar kaya ni kasi masuk free la kan. takdenye! mostly 50 pennies per entry. paling worst aku penah jumpa was 1 pound per head! gila rabak, RM7 untuk masuk kencing?? kalau berak cirit birit diselangi bunyik plup plup ketulan-ketulan itu jatuh, berbaloi la jugak!

:inis:

okay ini baru sebab pertama. ada lagi several issues. nanti aku sambung dalam entry yg lain..

jari-jemari aku kejang tibe-tibe. mungkin penat after menari Tarian Naga Dung-Dung Chey sepanjang hari. maklumlah, show amal jariah sambil menghalau 'hantu' yg sedang 'buat maksiat on the Valentine's Day..

for more pics of my parents and I in London, sila skodeng dekat entry berikut
::: Trip Part 2 : LONDON


| experience gained. memory remains. |

14 February 2010

::: The Undeleted Blog

hey peeps. im back. want to know why the comeback happens so fast - exactly 24 hours post-strike? huh. funny. strike ek? aku parti pemberontak. mau join?

actually, few mins ago, i was listening to the Hot FM online radio streaming. out of a sudden, a Chinese song was aired. i guess it means 'hey hey amoi apek nyonya semua, selamat taun balu cina maaaa!'

this song was kicking my ass off my chair! so hell hard that i felt so high. damn happy meh.. why? ada unknown aura kot. the 'dung dung chey, dung dung chey' tone was extremely inspiring and made my brain neurotransmitters rush out. gosh! such a magical!

untuk mcsue, suki, wachak, mario, mrKulanz, missgee, mrDarkBatman, thanks for the concern.. and million thanks to my private counselor. really appreciate your advice. anyhow, i am now haunted by the Chinese New Year song, which i cant even explain why.

maka di Tahun Baru Cina 2010 ini, bertemakan tarian naga (ke singa?) berentak dung dung chey, aku mengucapkan Gong Xi Fa Chai. selamat makan rendang sambil main mercun yg bersaiz XXXL.

Valentine's Day? just one sarcastic advice for you guys - Go Fuck Your Valentines since they arent wearing any panties (heard about the dumb-ass campaign aite?). and dont forget to buy the 'morning after pill' - just in case your bf hate to wear the multi-flavoured condom. keji! period!


| sedang berwaspada |

13 February 2010

::: Aku Dulu Dan Aku Sekarang

ketika aku kecik-kecik...
aku tak renti-renti belajar. mungkin 16 jam sehari.. khatam buku yg sama sebanyak 10 kali pun aku sanggup. sampai satu tahap kronik, parents aku suruh aku tutup buku and join diorg tengok tv sekejap. dalam paksaan. hish. itu satu penderaan!

aku sekarang ni...
baca satu buku tak sampai 2 muka surat, dah naik jemu. ape cerita?

:yawn:

ketika aku kecik-kecik...
aku akan meraung menangis bila parents aku suruh potong rambut pendek. entahlah. sayang sangat kat rambut panjang. takut rambut tu tak tumbuh lagi kot..

aku sekarang ni...
orang suruh jadi amoi jepun ke, nyonya africa ke, apek botak ke, aku rela. mungkin sudah yakin bahawa rambut itu boleh tumbuh kembali. berani mencuba katenyer!

:okay:

ketika aku kecik-kecik...
aku cukup pantang ada orang usik katil aku. jangan sape-sape serabutkan cadar katil tu sebelum aku rasmikan dulu.

aku sekarang ni...
bertukar from the average obsession, to two extreme ends..
(1st extreme) baring 2-3 minit, bangun, then kemas.. baring lagi for 5 minutes, bangun balik, and kemas lagi. duduk lagi sekejap beberapa saat, bangun balik, dan kemas lagi. pelik!
(2nd extreme) bila dah tiba time malas, sampai 3 hari tak lalu nak kemas. hambek! kakak gajah pun boleh sesat dalam timbunan bantal, duvet and teddies aku.

:hilo:

ketika aku kecik-kecik...
aku anak manja. dalam rumah, aku lah puteri. hahahahaha (ketawa dinasour - ketawa rentak perlahan sambil mendongak ke langit..)

aku sekarang ni...
tetap seorang puteri. puteri di hati. ehem ehem.. auwww...

:sweaty:


| aku boleh! |

12 February 2010

::: Surat Untuk Hati..

kehadapan Hati yg di sayangi..

final exam for the 4th year ada lagi seminggu. preparation? slow.. merangkak.. ada beribu-ribu mukasurat lagi yg perlu aku telan. nasib badan.. kesian aku kan..

sebelum masuk uni, semangat aku untuk jadi seorang doctor tersangat berkobar-kobar. terasa super gembira bila dah start belajar itu ini, hafal segala macam nama penyakit yg fancy-fancy, ambik darah sana, cucuk itu ini.. rasa nikmat. aku tau, time tu ko pun tengah syok sendiri. berlagak kat Hati-hati lain. aku perasan ko macam kembang semacam je.. kan kan? jangan tipu lah! benci!

mula-mula semua rasa seronok.. tapi Hati, penah tak ko rasa tiba satu saat semangat tu kian pudar.. the enjoyment drive semakin menurun.. tak selaju dan tak sekencang dulu. semangat tu tak hilang lagi, cuma dah kurang - dek kerana tempoh yg terlalu panjang. terasa lenguh otak. lenguh buah pinggang, lenguh pundi hempedu, lenguh paru-paru. ko pun mesti dah kejang.

ko tau tak, aku selalu dengar budak-budak yg baru grad and dah jadi junior doctor mengeluh 'how i wish i can stay and learn in the university for a bit more longer, to prepare myself better as a doctor'.. huh. sangat penat. memang sangat penat tau Hati! aku ulang lagi sekali, sangat penat! okay okay tak ulang dah..

Hati, aku harap aku kuat seperti mereka yg dah berjaya, seperti mereka yg masih berlari mengejar cita-cita. kuat seperti anak-anak milo yg membesar dengan sihat! (incik macha, nanti jangan lupa beli milo untuk kami! eh.. maaf ye Hati, ada selingan pulak. nanti Hati tolong pesan kat incik macha ye..)

:sweaty:

Hati, jom kita berdoa...

bila kepenatan mengatasi kudrat, tapi kerana masih punya minat untuk berkhidmat, aku dan Hati gagahi jua. andai kami tak mampu mengubah dunia, cukuplah kami sekadar membantu penghuninya. dengan niat untuk berbakti, aku dan Hati harap Dia di atas sana mengerti. amin..

Hati, ko jangan nangis-nangis tau. aku kan ada.. nanti bila dah settle semua, aku bawak ko pegi makan McD, nak? jadi, jangan malas-malas tau. aku sayang ko.. ko tau kan?

Hati, aku ada pantun untuk ko ni..

pecah kaca pecah sebiji
bila dah pecah, jangan lupa ganti
dalam dunia ni takde benda yg free!

:ha?:


sekian..
dari aku yg kadang-kadang kurang jujur kepada ko,
Arieza


| sedang cuba miss call Hati byk kali. tak sedar-sedar lagi dari tadi. tido ke pengsan incik Hati oi? |

11 February 2010

::: Convert Me To Christian???

ketika aku menulis ni, aku sedang beristighfar panjang... kamu pun, sila beristighfar juge!

kejadian berlaku di dapur rumah aku. 25minit lalu. aku menuju ke dapur, mencari makanan untuk alas perut yg dah sehari suntuk meraung.. kat dapur, aku terserempak dengan housemate baru. miss D namanya.

dia baru pindah masuk semalam. Nigerian. dia sedang masak-masak bersama abang dia, mr H, yg datang melawat dia dari tengah hari td. katenye nak menjamu kawan-kawan yg akan datang jap lagi. maka terjadilah perbualan ini...


aku : hi. you are the new housemate, arent you? im Arieza. nice to meet you.
miss D : yes, i am. i moved in yesterday. and this is my brother.
mr H : hello, nice to meet you.


and the conversation continues... tibe-tibe..


mr H : so where are you from?
aku : malaysia.
miss D : the song 'visit Malaysia!' is always on the tv back home in Nigeria!
aku : wow. seriously? great!
mr H : i will go visit Malaysia soon. oh by the way, what religious are you?
aku : i am a muslim.
mr H : owh? do you. you look like a chinese. well miss D used to be a muslim too.
miss D : yup. i was born as a muslim, then back in 2008, i converted to Christian.
aku : erk?


aku buat muka biasa. malas nk tanye lebih-lebih. kan baru kenal.. lepas tu...


mr H : well i can convert you to Christian, do you want to?
aku : hoh? no! i am a muslim. i believe in Him.
miss D : well bro, you cant force her.
mr H : no, no, i am just offering. i can make you a Christian, if you need my help.
aku : a big no, but thank you. well, excuse me. will see you around then!


aku terus blah. muka tercengang.. plus bengang.. hati berdebar... sambil mengucap panjang.. aku masih punya iman..

:hilo:


| Nauzubillah.. |

10 February 2010

::: Jom Pegang-pegang Tangan

enuf of the emotional turns. back to the real business! sorrow is damn everywhere. but lets enjoy the sorrow. shall we?

ape korang ingat happiness je yg kita boleh enjoy? even the struggles pun kita can have fun out of them. now i am starting to trust my guts - this is what i have choosen, then this is what i will enjoy and go thru. i will. incik macha, kita pimpin tangan erat-erat, kita walk forward sama-sama ye sayang!

u jatuh, i tarik. i jatuh, u tarik. u tolak, i tolak balik. best kan.. sambil-sambil jatuh, kita main tolak-tolak. tak salah having fun when we are down. untuk arieza, untuk incik macha. sila kuat!! takdir itu kerja Dia. kerja kita is untuk berusaha!

kalau dulu-dulu atuk nenek slalu pesan - time gembira jangan sakan sangat, karang esok lusa menangis pulak.. so ni aku nak tambah sikit - time sedih biar happy-happy jugak, mane tau esok lusa kita tak sempat nak senyum lagi.

incik macha rindu nak tengok kami jadi gila-gila dan happy macam dulu kan? kesian incik macha.. now im back hun! tho not in a full gear, but still, im ready to smile!

:eheh:

dear, sorry if i overlooked your needs. perhaps im too selfish, demanding for my needs to be fulfilled that sometimes i forgot that you need it too. im sorry sayang. and now, i will walk alongside you.

left right left right left right! maka ayuh kita berangkat! ke bilik mandi! hooray!

:wave:


| kembali mandi bueh semula... |

::: Aku Mencari Pelukis

nampak? itu jalan yg sunyi. tak nampak kat mana hujungnye. banyak pokok. tapi takde lalang. pokok saje. kaku. hitam putih pulak tu. sangat sayu..

jalan itu hidup aku. hitam putih, dah makin pudar. aku mencari seorang pelukis yg mampu mewarnai semula corak hitam putih itu. aku rindu warna hijau, aku rindu warna merah. aku rindu warna biru, aku rindu warna kuning.

aku bukan mencari lukisan yg cantik tapi sekadar hitam dan putih. biar ia buruk, tapi penuh warna warni.

sekurang-kurangnya satu hari nanti aku boleh berkata bangga - semua warna itu aku pernah ada. biar buruk lukisannya, tapi aku sudah merasa semua..

:sorry:


| lu ape tau? |

9 February 2010

::: Anak Tiri Pepsi

lain kan? aku pun pelik. mungkin anak tiri atau anak pungutan. ini ori. bukan cap godang dari indonesia. this one is made in UK. by Pepsi - Cola company. tapi ngape sungguh aneh rupa parasnye? nampak mcm badan dia kosong je.. macam tak pakai baju langsung. huh.

adakah aku sorang je yg baru tau kewujudan new design of Pepsi ni? adakah aku insan yg ketinggalan zaman? aku ingatkan aku dah cukup advanced. video kangaroo nakal pun aku tau, video nampak black g-string pun ada. tak kira updated lg ke?

owh mungkin aku update channel yg salah.. kasihan..

tapi rasenye tetap sama. pengajaran hari ini - yg lain, yg aneh, yg pelik, tak semestinya berbeza. yg aneh, yg pelik, itu kan cantik! seperti aku. sila jangan protes! hari ini aku jadi vain!

:astig:


| i want to be special to you |

::: Just...

be there..
but i know..
everything seems to be wrong..
*sigh*

:sorry:


| ignorant, i will be |

8 February 2010

::: Oh Snow, Go Away..

cuaca di England semakin teruk. makin sejuk. di bawah paras beku..

pakcik santa dah lame pencen.. mungkin dia sedang bercuti di Malaysia. cuma tinggal pakcik naga tunggu turn untuk datang berdansa.

tapi nape terasa macam Christmas datang lagi? inikah bukti global warming makin menjadi-jadi?? padan muke duhai manusia!

snow pun datang menjenguk kembali.. sungguh menyedihkan.. pegi kelas dalam kesejukan. tutup satu badan tapi masih rasa kekejangan. hidung and telinga terasa pedih. tangan and kaki toksah cerita la! berjalan tanpa merasa kaki mencecah lantai..

tolonglah reda segera..

:anongnangyari:


| terketaq-ketaq |

7 February 2010

::: Aku Amoi Kacukan Jepun

hari jumaat aritu aku pergi berjimba. bertukar identiti dari amoi samseng yg agak kewanitaan kepada amoi kacukan jepun yg matanya kadang-kadang bengkak kadang-kadang sepet. itu aku curik quote 'pujian' incik macha. aku tak kira! aku anggap itu sebagai pujian jugak. jangan sesiapa persoalkan perasaan aku ini..~

:devilishgrin:

tiada mimpi buruk atau mimpi kencing atas katil. cuma mengikut rentak irama incik macha yg baru sahaja meng-jambu-kan dirinya dengan his new hair cut. he suggested me to have some fringe. supaya lebih fresh begitu, kata beliau. maka atas rasa kasih & chenta, aku pegi menuju ke kota, ke saloon idaman hati.

kasik potong sana potong sini, blow sana blow sini, treatment sana treatment sini, beli shampoo itu beli conditioner ini (perisa oatmeal & honey, penah rasa?).. habis jugak la dalam 50pounds.

dengan wajah aneh yg baru itu, aku melangkah pulang, tunduk sepanjang jalan. sumpah tak tipu. terasa diri seperti makhluk asing. muka moolat-moolat terus di-moolat-kan lagi. oh kasihan..

(PHOTO REMOVED)

jangan gelak kalau korang tak nak kena sula dengan batang berus gigi!!


| mau join kumpulan mafia lorong haji taib~ |

6 February 2010

::: Makan Fries Dengan Hidung

tibe-tibe hati mat salleh celup aku berkeinginan nak makan chips a.k.a french fries. mujur ada frozen chips dalam freezer. masuk je dalam oven for 15 minutes, maka perut aku telah bersedia untuk menjamah mereka..

sambil menghayati kesedapan fries tu, TV murah berjenama Bush (Bush dah penat jadi politician so dia jual TV pulak. huh propa!) menjadi tatapan mata aku. bukak Channel 4. entah cerita merepek ape entah. layankan aje seperti nikmatnye mandi bueh menggunakan sabun susu soya.

baru 2-3 batang (ke keping? ke hiris? ke bijik?) chips aku telan, sekali muncul babak yg mematahkan nafsu makan aku serta merta.

siap cecah sos! tu yg tah tahan tu... haih... mengom! aku lapar... jangan ganggu hidup aku la ngek. kasihan tau..

:sigh:


| kepingin meratah sushi~ |

::: Sex Education For Kids & Dummies

pendidikan seks? tau? bukan pendidikan jasman. ini 'pendidikan mengawal nafsu serakah'.

how about sex education for kids? boleh ke pendidikan seks dimulakan seawal darjah satu? can our local parents in Malaysia accept such idea?

ada yg kate sex education boleh buat budak-budak belum baligh ni terlalu 'advanced in thinking' and having 'too-early exposure'. so bila dah terlalu exposed tu, macam-macam la yg diorang nak torai. tibe-tibe ada pulak kes buang bayi oleh kanak-kanak perempuan berusia 8tahun karang.

some of us menyokong early sex education ni sebab it is a way to teach them what is right and what is wrong in sex. on the positive side, the kids will be informed properly, and thus know how to take good responsibility upon themselves.

tapi tu la kan. setan tu ada di mane-mane sahaja. tok imam pun boleh selak kain pelikat and cabut serban bila tengok peha gebu gadis sexy Thai. ini kan pulak budak-budak pra-matang yg baru nak belajar menilai apa itu realiti dunia..

bagi aku, sex education memang patut dimulakan dari kecik lagi. tapi kena bijak atur syllabus so that they wont be 'too well informed' about everything in sex. takut nanti ada yg buat demo dodgy style dalam kelas. sapa mau jawab?

kalau nak buat sex education for kids, kena mula dengan yg basic. what is hetero vs homo sex? kiranya, kena ajar budak-budak kecik ni tentang yg mane satu normal/straight sex, dan yg mane satu seks di luar tabiee (seks tonggang tebalik namanye..)

mari kita mulakan ye anak-anak sekalian... (cikgu excited dah ni weh!)

ini HETEROSEXUAL couple.
sorang lelaki (biru), sorang perempuan (red)
sex dibenarkan? YES!


ini HOMOSEXUAL couple.
dua-dua pun perempuan.
sorang tomboy (badan kelabu), sorang gadis sunti.
ini dipanggil LESBIAN.
sex dibenarkan? NO!

setakat ni, anak-anak murid sekalian faham tak? kalau tak faham, sila bertanye sebelum sesat ke lembah kegelapan! mari kita teruskan lagi...

ini topless lesbians. ready for action?


too bad! kan tak pasal-pasal kena buat seks songsang.
mane mungkin boleh buat mcm straight sex!
dua-dua takde belalai!
dah kate seks tonggang tebalik. hambik!


fahamkah? jangan amalkan tanpa nasihat pakar! nanti terjebak menjadi anak-anak songsang.


| belajar biar kena gaya! |

5 February 2010

::: Kecik-kecik Dah Jadi Nyah?

adeh... sakit buah pinggang aku nengok budak lelaki ni dancing to lagu Nobody by Wonder Girls. mau pecah pundi kencing dibuatnye.. mari kita menjamu mata!



camne? ada bakat tak? kerana dia, Wonder Girls pun boleh hilang mata pencarian okay!


| anda ada anak lelaki? sila jangan dididik begini! |

::: Politik Itu Adalah Bisnes?

bukak website sane, si polan si polan tengah ada perbicaraan kat mahkamah sebab luar tabiee.
bukak website sini, si polan si polan katenye menghina mahkamah dengan berita palsu.
bukak website sana lagi, si polan si polan kecoh pasal speed internet slow atas kepentingan parti.
bukak website sini lagi, si polan si polan baru lepas letak jawatan.

:hilo:

iye, memang aku mengaku yg kita perlu membela dan mempertahakan badan pentadbiran negara kita - meaning having concern over the political issues. aku bukan rakyat bangla yg akan lepas tangan dari rasa ingin tahu dan rasa ingin membantu (tu dia! sila calonkan aku jd Dato' tahun depan!) negara Malaysia untuk terus ke depan. tapi ada masa, aku rasa muak dengan permainan si polan si polan semua. makan burger kambing pun tak semuak ini.

ape korang ingat bila buat segala propa, duit satu sen pun takkan keluar? huh. korang rabun? korang buta? sedar tak sedar, orang tengah yg mulakan propa tu, dia lah yg kenyang memboncet..

dari kecoh buat propa tunding jari sana sini, ada baiknye duit tu digunakan untuk upgrade kita punye local education, health, transport and living services. masih ramai lagi rakyat kita yg makan nasik berlaukkan garam semata-mata. kucing si polan si polan tu pun makan lauk yg lebih mahal..

well, 'kalau takde penonton yg tolong bersorak, drama tu takkan terus ditayangkan'. ape lagi, semua mau ambik kesempatan! puak kiri, puak kanan, puak langit, puak laut, semua mau untung.

dek kecoh dengan propa, kerja-kerja pentadbiran dan kemajuan yg sepatutnye dilaksanakan, akhirnya langsung tak jalan!

:astig:


| politik itu asalnya satu tanggungjawab. tapi di eksploitasi menjadi satu bisnes. keji~ |

4 February 2010

::: Holler - Now Scream My Name!!

i got tagged by RuffEmo and here i am, entertaining your eyes with another to-the-ground list.

RULES
- Put your iTunes, Windows Media Player, etc on shuffle mode.
- For each question, press the next button to get your answer.
- You must write that song name down no matter how silly it sounds.


If someone says 'are you okay?', you say?
- Mobile (Avril Lavigne) : memang mood aku tengah sangat mobile a.k.a swinging sekarang.

How would you describe yourself?
- Satu tekad (UNIC) : determined - certainly.

What do you like in a guy/girl?
- The Perfect Fan (Backstreet Boys) : incik Macha, anda peminat setia saya tak? ggrrrr~

How do you feel today?
- I Believe Love Will Find A Way (Blessid Union of Souls) : *blushing, sambil pandang incik macha*

What is you life's purpose?
- Promises (Lilix) : indeed, i make promises to myself everyday. and i will keep them all.

What is your motto?
- Skankin' In Love (Corumn 80's) : i am learning to put the 'joy in life', coz life equals love.

What do your friends think of you?
- Dia Maha Sempurna (Ungu) : kamu semua pendusta!

What do your parents think of you?
- Sayang Giler (Boy) : haruslah kan.. dah kate aku anak bongsu, dari 2 beradik je pulak tu!

What do you think about very often?
- More Than A Feeling (Boston) : incik Macha kate saye terlalu critical thinking. i do agree. even the song proves so. coz i think about everything. TQ incik macha kerana sgt bersabar dengan saya ini. sila beri tunjuk ajar.

What is 2+2?
- Cinta Untuk Selamanya (Sayap) : hoh maaflah. dulu cikgu maths aku ajar formula yg susah2 je. takat tambah tolak ni, terlalu senang dia kata. inilah kesannye..

What do you think of your bestfriend?
- Lost and Confused (Lilix) : incik Macha is the one. at times (probably most of the times), he is very confused when comes to my arguments. and again, very sorry dear..

What is your life story?
- Somewher In My Past (Il Divo) : you will know me better if you learn about my past.

What do you want to be when you grow up?
- For The Nights I Can't Remember (Hedley) : argh! takmo jadi nyanyok bila dah tua.

What do you think when you see the person you like?
- Now Why (OAG) : becoz incik Macha punyer facial expression is such so variable. boleh jadi ketam, boleh jadi keling, kadang-kadang jadi jibek. oh skrg saya yg confused! but this is what keeps me smiling (dalam hati ropol-ropol aku pun ada taman.. iye! benar..)

What will you dance to at your wedding?
- Ingin Bersamamu (Syafinaz) : tapi kita remix jadi rentak joget, boleh tak? baru Melayu beb!

What will they play at your funeral?
- Kerna Kau (Mus) : kerana Kau lebih sayang arieza, sbb tu Kau panggil arieza pulang..

What is your hobby/interest?
- Crashed The Wedding (Busted) : sangat jitu! ini hobby aku & kwan-kawan aku. pegi kacau bilaukan & meroyan kat kenduri orang. ini kira macam matlamat wajib dicapai if pergi kenduri okay!

What is your biggest fear?
- Live And Learn (The Cardigans) : oh please no. i know i am stubborn, but i will definitely learn. and sekali lagi to incik Macha, trust me that i will.

What is your biggest secret?
- Anyone Else But You (The Moldy Peaches) : alahai comelnye.. memang HE is my secret.. korang tau sape dia incik macha itu? presiden amerika? raja negara bersiong?

What do you want right now?
- Rock Your Body (Justin Timberlake) : teramat perlu pergi ke gym kembali sebelum tenaga sekeras batu dahulu menjadi sayur sawi yg layu.. haih..

What do you think of your friends?
- Obat Hati (Ebith Beat A) : they all are.

What will you post this as?
- Holler (Spice Girls) : faham ape mksd holler? to shout out loud @ jeritan @ terpekik terlolong. agaknye korang dah sakit buah pinggang membace tag ni kan? maka sekarang, jerit nama aku kuat-kuat.. cepat!!!~

:inis:

sepatutnye aku kena tag orang lain, tapi aku memang selalunye tak reti nak tag sape-sape. dah jadi tabiat kot. so sape-sape yang berminat, sila la rajin-rajinkan diri menjawab sambil menyanyi. kita enjoy sambil syok sendiri!


| jika sudah terasa pening-pening lalat akibat entry yg panjang ini, sila jangan muntah di sini |

3 February 2010

::: Drama Paru-paru & Pundi Kencing

Paru-paru sebagai MatRu
Pundi kencing sebagai MatCeng
_______________________

di satu tengahari yg panas, bertempat di kedai makan Pat Ayub duda, sekitar kawasan Kepong.


MatRu: argh berasap lagi..! panas!!!!

MatCeng:
dia lepas makan tu beb, dah kira hukum wajib ko kena berasap lepas dia mkn.

MatRu:
tengah hari terik ni dow. dahlah panas, dia tambah lagi dengan asap. dia plak malas nak kipaskan aku dengan udara segar. asyik2 asap Marlborough. sakit tekak aku!

MatCeng:
nasib ko la MatRu. aku pulak time2 panas gini leh rehat sikit. air banyak jadi peluh je. perut aku plak yg jadi kosong.

MatRu:
aku dengar citer bila time malam, ko yg kena keja lebih masa ek MatCeng?

MatCeng:
ye lah, ko bukan tak tau yg tuan kita ni dah senja, selang sejam nak ke tandas je kejenye. penat aku weh. tak lena tidur!

MatRu:
tu la kan.. dia ni dah tua pun tak reti-reti lagi nak berenti mengasapkan aku. naik jerebu dah badan aku. ko tengok lah.. dulu kulit aku bukan main gebu kan? sekarang plak, kalau ada nyamuk melintas waktu malam, sure nyamuk tu terlanggar aku sebab kaler aku & kegelapan sama je..

MatCeng:
kesian hang.. tiba masa karang, ko merajuk je terus. toksah keje untuk dia dah. pencen muda dow. biar dia rasa.

MatRu:
molek! ape kate ko pun buat perangai. sebelum dia sampai jamban, ko terus rembes je sisa buangan ko tu. biar bergelimpangan lencun seluar dalam dia. baru dia sedar yg dia dah tua. kot-kot lepas tu dia berenti mengasapkan aku.

MatCeng:
no hal. dia kan baru lepas makan ni. sejam dua lagi, perut aku mesti penuh. kita mulakan!

:astig:


| insaflah adik2 sekalian sebelum segala organ di dalam badan korang melancarkan mogok! |

::: Usaha Sikit, Harta Melimpah

Mercedes. iya, memang cantik dengan susuk tubuh yg mengiurkan. boleh bermimpi didatangi sang bidadari jika tertidur dalam kereta Merc ini. argh nikmat dooniawee~

mase kecik-kecik dulu bapak aku selalu pesan, 'belajar rajin2 nanti dah besar dapat hidup senang, dapat beli banglo 5 setengah tingkat, dapat beli kereta mewah 28 bijik berderet kat laman rumah'.

tapi sekarang bila dah remaja (betul! aku masih remaja lagi okay!) kawan-kawan plak banyak bersuara, 'masuk la MLM ni MLM tu, hujung bulan ni gerenti boleh bayar down payment kereta baru'.

oh, begitu mudahkah? aku ingatkan kena belajar tinggi-tinggi dulu, kena keja bagai nak tercabut lengan dulu, then baru boleh dapat hasil yg lumayan...

faham ke cerita dongeng aku kali ni? aku bukan nak perlekehkan sesiapa yg bergiat dalam aktiviti MLM (multi level marketing) ni, yg katenye ada sistem business hierarchy, win-win situation, ko kaya-aku kaya, ko jatuh-aku still boleh kaya..

lain orang lain cara mereka berusaha. tapi bagi aku, tiada yg lebih memberikan kepuasan melainkan benda yg kita usaha sampai basah lencun ketiak kita sendiri. bagi aku, MLM mungkin boleh dijadikan as a 'side income' but to be the 'main earning' to support a family, aku agak kurang yakin. maaf, sekadar pendapat peribadi.

by the way, dah puas tengok gambar Merc kat atas tadi? mau tau sape pemiliknye? pemiliknya adalah seorang pakcik yg mempunyai sebuah kedai runcit yg very very the sangat kecik - tak sampai 30 metres square kot. besar sikit je dari bilik aku sekarang.

yg berwarna biru di bawah adalah kedai dia. lokasi kedai tu hanyalah sekangkang siput dari kawasan tempat tinggal aku. tak dan nak puas menghirup udara segar, alih-alih dah tiba kat depan pintu kedai dia.

korang nampak kan hasil yg dia dapat? mungkin korang boleh pertikaikan, 'ala kereta kat UK kan murah'. but then, jangan sekali-kali korang hilang daya ingatan bahawasanya living cost di sini pun sangatlah mampu mengosongkan akauan simpanan korang dalam masa sekelip mata.

biar kecik tapi yakin, pasti kita dapat habuan yg setimpal. berakit-rakit dahulu, berenang-renang ke tepian, kalau tak pandai berenang, sila belajar sebelum terlambat sebab pihak keselamatan belum tentu dapat datang tepat pada masanya.


| dengan penuh kudrat.. |

2 February 2010

::: McDonald Drive Thru Rap

korang hidup seperti kelawar & suke pegi order kat drive thru McDonald? try buat this prank. kot2 pekerja kat dalam tu lempar korang dengan Big Mac terus. bertuah badan dapat makan Big Mac free tu weh..



agak2 kalau kat Malaysia kita buat camni, kena kejar dengan parang pemotong ayam kat McD tak? ke minah2 keje kat drive thru tu terus jatuh cinta sebab kita hidup penuh seni? hidup rap! (erk?)


| can u believe that I never try Big Mac at all! |

1 February 2010

::: Aksi Charlie Menggigit Manja

yennadey semua... dah penat sambut Thaipusam? baper banyak kelapa korang berjaya pecahkan? cukup untuk bisnes santan minggu ni? ni kesinambungan dari kisah Kangaroo Nakal Berm**turbasi dalam previous entry aku. ada satu lagi video (Top 3 of the Rude Tubes 2010) yg aku nak share.

about two cute little brothers dalam sesi gigit menggigit secara comel. what a viral phenomenon. they are famous at instant! viewed & downloaded by hundreds millions of viewers.



korang nak famous jugak? tapi blogging tak membantu mengangkat ke-populariti-an korang seperti famousnya RedMummy & aduka taruna? (d'uh!)

try la buat scene 'Charlie Bit Me' seperti 2 ketul minah dalam video kat bawah ini.. (sila sediakan baldi utk bahan2 kumbahan muntah di sisi anda. sediakan tissue juga untuk sisa2 yg ada di celah2 bibir. & bersiap sedia dengan perkataan2 yg mampu mengutuk mereka secara pukal.)



dah puas gelak berjemaah? pegi buat keje nun! haih curik tulang!~


| terasa mual after tengok video yg ke-2 tu. |