21 June 2010

::: Pemenang Contest Hangit By Arieza



Cik pemilik blog sudah kembali~ Kembali seketika... Tertanya-tanya? Oh, sila jangan :)

First thing first, thank you so much to mereka-mereka yang bersabar (dan yang agak kurang bersabar) menunggu keputusan Contest Hangit By Arieza. Maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu. Tapi molek gak la kan, mengajar erti kesabaran. Dapat jugak sedikit kap-ba-ra-kap-alip-ta-nun..

So ni aku nak umumkan pemenang-pemenang Contest Hangit By Arieza yang telah dipilih oleh seorang Incik Juri Khas. Segala keputusan beliau adalah muktamad. Jangan ingkar!

  1. Tempat Pertama - Tulisan Comot (blog: Kucar Kacir Hati Ku)
  2. Tempat Kedua - Sarah Smile (blog: Senyum Untuk Saya)
  3. Hadiah Saguhati - Lampu Neon (blog: Si Lampu Neon)
  4. Hadiah Saguhati Kedua - Stingray (blog: Zack Zaifull)
  5. Referrer Terbanyak - Abang Eq (blog: Eqbalzack)

Tamat sudah senarai-senarai peserta bertuah yang telah Incik Juri Khas pilih. Tahniah kepada yang berjaya. Yang tak berjaya, sila rajin-rajin cuba lagi kat kontest orang lain pulak. Hik~

Untuk para pemenang, sila hubungi aku di comment form dengan kadar segera. Sertakan sekali email address korang. WAJIB! Nanti mudah aku nak contact korang direct through the email - sebab perlu mintak address and contact number sekali. Aku bukan ahli nujum yang boleh hantar ikut aura. Kalau sampai sebulan hadiah tak dituntut, aku akan pilih pemenang yang seterusnya sebagai pengganti.

Lagi skali aku ucapkan tahniah!! Dan maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu agak lama. Terima kasih Incik Juri Khas. Terima kasih untuk semua peserta yang sudi turut serta..

Daaaa~


| lari menyepi usah tangisi |

15 June 2010

::: Pre-Results Contest Hangit By Arieza

Salam kawan-kawan... (sambil cekak pinggang)

Maaf yek. Termenghilangkan diri pulak. Ni aku just bagi a quick update. InsyaAllah dalam minggu ni ataupun minggu depan, keputusan penuh Contest Hangit By Arieza akan diumumkan. Tengah tunggu juri tunggal (bukan aku!) ada masa untuk pilih pemenang. Lagipun, aku agak sibuk buat masa ni. But jangan risau, segala hadiah-hadiah yang aku offer, masih selamat dalam simpanan. Janji tetap janji. Jangan gelabah okay. Terima kasih kerana telah berjaya menjadi di kalangan mereka-mereka yang bersabar. Hik~

:okay:

Harap sabar sikit je lagi yek.. Either minggu ni atau minggu depan keputusan akan diumumkan. Itu aku janji.. InsyaAllah..

Sore~


| disturbed |

1 June 2010

::: Contest Hangit By Arieza Is Now Closed


Salam dan selamat sejahtera semua~ Lama sudah tidak ketemu bukan? Well, maaflah. Sedang menyepi seketika untuk menghilangkan segala resah di dada.

Tamat sudah tempoh untuk penyertaan Contest Hangit By Arieza. Terima kasih untuk semua peserta yang sudi menghantar penyertaan masing-masing. Akan juri adili dengan seadil mungkin.

Contest kali ni memang aku kurang nak promosi sebab masa sangat tidak mengizinkan So sesiapa yang tak perasan akan kehadiran contest tu, maaf kerana aku tak punya kesempatan untuk mewar-warkan kehadiran contest tersebut.

Ape-ape pun, semuanya dah tamat. InsyaAllah dalam seminggu dua lagi keputusan akan dibuat oleh juri. Aku cuba umumkan secepat mungkin. Well dalam masa seminggu maybe, tetapi kalau keadaan masih tidak mengizinkan, mungkin dua minggu. Aku minta maaf awal-awal ni tau. Maaf maaf maaf.

Keadaan sekarang terlalu mendesak aku untuk terus berdiam. Apa yang aku dapat katakan sekarang adalah 'harap kalian sabar menunggu kerana aku akan tetap berpegang pada janji'... Terima kasih :)

Sama-sama juga kita doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi bantuan ke Palestine. Semoga Allah lindungi mereka untuk jihad ke arah agama. Amin.

:sorry:


| Ya Allah, ku bersujud menyembah merayu, Kau datangkan berita gembira buat keluargaku |