Sudah lama tak melempar kata kat blog miskin ni. Kasihan. Aku juga rindu pada diri aku sendiri. Dalam entry yang akan datang, aku kasi korang tengok kecantikan Satang Besar Island yang kami sekumpulan kawan-kawan pergi for a night stay last weekend. Marvelous scenery!
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Kadang-kadang hati aku dok kalut tanya pada diri sendiri, mana satu betul mana satu tak betul. Jadi runsing, sebab mulut manusia suka putar belit. Kadang-kadang bukan sekadar mulut berbicara dusta, pandangan mata, tunjukan emosi juga semata dusta. Manusia. Sangat bijak menjadi pelakon drama.
Tetapi, akur. Aku senyum ada kalanya, Suatu masa aku juga ada menangis hentak-hentak kaki serupa orang gila tak cukup tiang kata depa. Sedikit demi sedikit, aku belajar apa makna hidup yang benar.
Hidup bukan penuh dengan realiti. Pada hakikatnya, hidup ini banyak penipuan. Dari mulut, hingga ke iman. Siapa benar, siapa salah, biar Allah yang Maha Adil akan tentukan...
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
2011. Tahun ni memang cukup bertimbun kawan-kawan mengikat hubungan - merisik, bertunang, berkahwin, beranak pinak. Cukup semua Kak Jah oiiiiii~ Kalendar dalam handphone pun dah penuh dok tulis memo untuk tarikh member-member punya majlis. Pelbagai tema, pelbagai aturcara. Gembira. Sangat gembira.
Aku melakar usia genap 26 tahun 5 bulan tengah malam 5 Jun 2011. Satu-satu nama sahabat yang pernah amat rapat tiba-tiba melintas di kelibat fikiran aku. Satu-satu juga telah melangkah jauh ke hadapan - waima daripada segi kerjaya, daripada segi peribadi, mahupun harta. Syukur buat mereka.
Setiap perjalanan kita Allah telah rencanakan sebaik-baik kejadian. Baik buruk, simpang kiri kanan, pusing depan belakang, pasti ada hikmah. Tersurat atau tersirat, kita cari apa definisi hikmah yang Allah mahu bagi.
+++++++++++++++++++++++++++++++++++
Jika benar rasa itu ada dalam hati, jangan pernah engkau tidakkan. Kerana dustanya engkau sekarang, menutup cerita cuma pada detik itu. Jangka yang akan tiba, dusta itu akan mengundang malu sendiri. Pasti. Dan sudah pun terjadi. Dusta mu itu juga mengundang kecewa sekitar yang sama. Juga pasti. Dan sudah pun terjadi. Mungkin kecil pada jiwa kamu, namun begitu gah besar pada nilai pegangan mereka. Usah dusta pada yang benar. Kerana hati aku pasti tahu. Kerana Allah juga tahu.
Seburuk-buruk yang benar adalah lebih mulia daripada sekecil-kecil yang dusta.
Satu dua tiga empat lima, ludah kelangit hempap ke muka.
Enam tujuh lapan sembilan sepuluh , berdalih banyak sekarang berpeluh.
| perhaps i can still count on my sixth sense LOL |
Seburuk-buruk yang benar adalah lebih mulia daripada sekecil-kecil yang dusta.
Satu dua tiga empat lima, ludah kelangit hempap ke muka.
Enam tujuh lapan sembilan sepuluh , berdalih banyak sekarang berpeluh.
| perhaps i can still count on my sixth sense LOL |