26 January 2012

::: Pak Dollah Bimbo

Iyer, memang tajuk bodoh. Namun actually aku cuba menyingkap satu issue yang sepertinya aku ini hidup penuh teguh pendirian. Hakptuih!

Truthful. Jujur.

Short but too subjective bagi sesetengah daripada kita. Tetapi andai hidup kita ini berpegang teguh pada apa itu dosa dan apa itu pahala, mungkin nilai kebenaran itu sangat tinggi sebenarnya. Lebih tinggi daripada KLCC, lebih tinggi daripada reban ayam 10 tingkat Pak Dollah kampung sebelah. Ish bimbo betul Pak Dollah tu kan? Oh... Dia memang kaya. Ayam berjuta-juta. Telur ayam pulak banyaknya toksah cerita!

Sorry, terbuang masa lagi.

Jujur dalam berkata-kata. Lebih jujur dalam perbuatan. Itu mahunya setiap daripada kita. Eh, bukan ke? Oooo kamu mahu duit juta-juta? Kamu pula mahu dapat pasangan bahagia?? Ok ok. Mungkin mahunya segelintir sahaja daripada kita.

Namun, percayalah. Selama 27 tahun aku hidup, banyak nyawa yang aku pernah tipu, banyak insan yang aku pernah kecewakan. Tetapi bukan aku tipu benda besar-besar. Benda rahsia kebanyakannya...

Sebab apa jadinya begitu? Sebab tidak semua aku perlu bagitahu kamu! Dei! Wake up la dei? Who are you to know the 100% compartment of my life? Dekat parents pun aku tak pernah cerita segala benda, apatah legi dekat engkau engkau sekalian yang bukan punya molekul DNA yang sama!

Jadi, pengajarannya. Semua manusia ada rahsia. Jadi sama-sama kita cuba respect each other.

Kita semua lebih kurang jer.. Toksah kau dok pung pang pung pang kata kau tu maha suci sahaya. Apa dalam hati kau langsung tiada benda yang kau rasa hanya untuk kau kongsi dengan suara jiwa kau seorang? Pui! Kau tipu. Jadi bila kau kentut senyap-senyap dalam lif, ada kau bagitu penumpang satu lift yang bau telur busuk tu sebenarnya milik engkau?

:hilo:

90% daripada kita, mesti pernah menipu, waima sebesar saga cuma.. Bezanya sengaja atau terpaksa.

Hidup kalau jujur sangat, orang pijak. Hidup kalau bangsat sangat, orang pijak jugak. Jadi, tepuk dada, try tanya Pak Dollah kampung sebelah...


| saya jujur. pui! |