5 March 2012

::: Hidup Ini Seni

Seni bukan cuma pada tulis
Seni bukan cuma pada harmonis
Seni bukan cuma pada lukis
Seni bukan cuma pada puitis

Hidup ini seluruhnya ada seni. Daripada sekadar memasang niat, sehingga kepada melempar cemuh, daripada sekadar memasang hajat, sehingga kepada menggenggam darjat. Iya itu semua seni.

Meluah apa dirasakan hati, itu, untuk aku, juga seni. Seni yang paling tinggi. Kerana kita ini lebih suka menyimpan rasa. Konon biar tidak meluka sesiapa. Konon sanggup biar diri sendiri parah berdarah...

Phuiii!

Susah bukan. Hidup dalam kotak tanggapan. Takut pada condong pandangan. Memang susah!

Namun ada kala, aku lebih suka lantang suara. Takut tatkala diam terlalu lama, seluruh anggota daripada yang bernyawa sehingga ke jiwa, semua jadi mati. Mati rasa. Mati cinta. Mati segala.

Tidak, aku tidak mahu hidup dalam kusam. Cuma kelabu, hitam, kelabu dan hitam. Biar semua warna ada. Petir guruh taufan kemarau, biar semua pernah tiba. Yang penting, aku sempat meluah semua. Bukan cuma berdiam jiwa.

Itu boneka.. Bukan manusia..


| mengutuk dalam hati, juga satu seni. silakan~ |