Dusta aku
Andai kata hati tak pernah luka
Dusta aku
Andai kata hati tak pernah kecewa
Dusta aku
Andai beriya selalu bilang bahagia
Dusta aku
Andai tiada tangis cuma ketawa
Dusta aku
Andai yakin tanpa rasa curiga
Dusta aku
Andai setuju tanpa rasa waspada
Kenapa sekarang ragu-ragu itu tiba?
Kenapa sekarang luka mahu berbicara?
++++++++++++++++++++++++++++++
Final professional is getting closer. I cant even start thinking about exam while too many matters are unasnwered.
Bertimpa-timpa, datang.
Tanggung sahaja tak pernah habis hilang.
Tertanya-tanya, terus herdik berang.
Tanggung lagi tak mahu meradang.
Yet, people dont get it. Why? Merely because they have secured a real paid job, while I am still no where in this field.
Ya Rabb. Apa sahaja.
Aku rasa mahu telan semua sengsara.
Tengah.
Di tolak ke kanan, sana parah.
Di tolak ke kiri, situ marah.
Aku yang berkerah.
Mahu jaga hati semua.
Habis, aku? Sapa mahu jaga?
Siapa yang sebenar sedang bina hidup bahagia?
Siapa yang sebenar perlu sokongan bukannya cerca?
Ini tidak.
Serupa aku yang sudah gah punya segala.
Mereka mereka mahu aku angguk setiap masa.
Sudahlah..
Buang jauh-jauh bisik syaitan.
Pasti Dia turunkan bantuan.
Itu, aku kata penuh keyakinan.
| hati, jangan begitu |