Daripada tajuk pun dah tahu, entry ini going to be lame - which includes wishing everyone a happy new year and live long in joy and prosperity. Lame! Ceit.
Not now. Tahun baru, apa sangat la yang istimewa. Setiap 12 bulan sambut benda yang sama. Kesudahannya? Ada apa-apa ke yang berubah? Bagai nak rak menyambut sakan. Muharram dah lama berlalu, Mek.. Malam itu, kau tahu yang buku amalan kau dah buka siri baru?
Do you think you were better last year? Do you think you had achieved more last year? Do you think you were even making any small progress at all in every aspects?
Kalau ada, tahniah. Teruskan pencapaian.
Kalau takda, tak payah la seronok bebenor nak menyambut new year kononnyer. Habuk pun tarak. Masih di takuk lama. Masih belum ada yang mampu dibanggakan. Tin kosong ketang ketong ketang ketong~
Tahun silih berganti. Usia meningkat meniti. Bukan cuma kita, tetapi mak ayah kita juga.
Benar ajal maut di tangan Tuhan. Namun aku bukan sempurna boleh tolak segala rasa gundah apabila mempersoal usia orang tua. Hari-hari tadah tangan. Semoga semuanya baik-baik sahaja. Allah tahu setiap perjalanan. Esok lusa mungkin aku yang tiada.
++++++++++++++++++++++++++++++
Cliche-nya topik azam tahun baru, kan? Well, semoga mata kau terus rela membaca benda redundant sebegini... So, here goes.
Untuk aku...
"Mahu lebih dekat pada Allah. Belajar jadi lebih tabah. Ada rintangan, belajar pasrah. Semoga Allah akan permudah."
| malam tahun baru, banyak maksiat berlaku |