19 July 2010

::: Where A New Page Begins

Experience - I gain from failures. Walau datangnya cuma sekelumit pengalaman, aku bersyukur sangat-sangat. Sebab pastinya Allah ada tujuan atas setiap pemberian.

Tapi Allah ni kan Maha Adil. Dia bagi satu, Dia tarik satu. Dalam sedar tak sedar, kita dapat yang baru, kita hilang yang lama. Itu memang putaran dunia. Biarlah satu itu hilang, tapi hilang dengan penuh keredhaan. Benarkan yang baru itu datang, dengan penuh rasa kenikmatan.

Dikelilingi kawan-kawan baru, kadang-kadang aku rasa agak keliru. Hidup 'teen' aku dulu bermula jauh di perantauan. Semua kawan-kawan umpama adik beradik, maklumlah kan, family jauh, sedara mara semua takda. Sape lagi tempat mengadu berkongsi kasih kalau bukan kawan-kawan 'seperantauan'.

Tu perihalnya ketika kat oversea. Bila dah balik sini, semua tu jadi satu confusion. How should I react to all new friends? Aku datang menyelit ketika diorang semua dah kenal antara satu sama lain. Aku yang masih 'mentah' kat sini, kadang-kadang jadi hairan. Patut ke semuanya aku layan macam adik beradik, sama seperti time aku kat sana?

Oh ada suara mengatakan 'tak'. Mungkin sebab situasi di sini berbeza. Satu adat, satu budaya, satu negara. Tapi hati budi tetap berbeza. Mungkin lebih jauh berbeza jika nak dibandingkan dengan 'keserasian' aku dengan kawan-kawan kat Leicester dulu.

Well, that time is now gone. What's left is just a book of memories, which I will always flip whenever I miss those ups and downs with the fellow mates over there..

May this new page of a new book guide me to a brighter future, a mercier journey, a greater opportunity. Amin~


| the local virgin |

17 July 2010

::: Do Not Do

Dont reach that limit - where I will say 'I wont give a fucking damn about you anymore!'

Sincerely yous,
Arieza


| fuck you! |

16 July 2010

::: Harga Minyak Naik Lagi

(ko ingat tangan aku bengkok sangat?)

Hebat. Hebat. Aku suke! Ko suke? Harga minyak naik lagi!

::(

So lepas ni, mari kita naik kereta sorong sama-sama. Kalau tak nak penat, pakai kerusi roda. Nak murah lagi, beli skateboard tak pun roller-blade. Kereta yang korang dah ada tu, buat perhiasan je kat car-porch kat rumah masing-masing. Biar sampai beranak-pinak anak-anak cicak. Boleh buat Zoo Dalam Kereta. Antik bukan? Misi Kementerian Pelancongan!

Ape kata Arieza? Well aku tak terasa sangat impaknya. Sebab selama ni pun yang aku tau bila tangki kosong, sila isi minyak. Bila tangki penuh, sila pergi jalan merata. Woho! Budget lari tak lari, '24hours unlimited ATM machine' kan ada! Oh terima kasih ibu & ayah! Hahahahaha..

Anyway. honestly memang aku belum sampai tahap yang terlalu kisah pasal harga minyak. Mungkin sebab aku tak perlu drive kereta berpuluh-puluh kilometer setiap hari. Setakat pergi kelas - hospital tu jauhnya sekangkang biawak je dari campus. Kalau Incik Macha aku kentut dari bilik aku ni pun, patients kat hospital pun boleh dengar lagi. Heh. Ketat tak ketat? Suke suke suke!

Kalau pergi berpoya-poya pun, jauh mane je aku boleh pergi setakat kat Sibu ni? Blwekkk!

Tapi untuk mereka-mereka yang kena drive nearly or more than sejam to and from their offices everyday, sangkut kat traffic jammed lagi, memang terangkat bontot jugak la beb dengar berita harga minyak naik ni. Seperti Incik Macha... Oh kesian..

Harga minyak naik, segala air pun naik ke kepala! Semua jadi gila!

:siga:

| jangan bagi air yang lain naik jugak wey |

14 July 2010

::: Itu Beza

Marah = bila org mencarut
Sedih = bila dibiar
Marah = bila org tak reti bahasa
Sedih = bila dihina
Marah = bila org krg ajar
Sedih = bila ditipu dusta

Beza. Beda. Tak sama.
Seperti Pepsi dan Coca-cola.
Seperti Mirinda dan Orange F&N.
Seperti Mimpi & Fantasi.
Seperti Langit & Awan.
Seperti Akal & Iman.


| see what lies in between |

7 July 2010

::: The Bliss

(kau bijak? teka la. ape ni??)

Hello adik-adik manja sekalian. Kau datang sini meroyan, kita sama-sama meroyan. Kalau kau datang carik bahan, sila-sila rajinkan tangan. Well, mari bercerita. It has been a too long of a mystery. Right! The truth, the facts, the memory. Thank you so much for those yang concerned about me. Aku hidup lagi. Syukur.

Sekarang aku ada kat Malaysia. Yang tau, tau, Yang tak tau, sekarang dah tau. Reason? Well, ask my parents because they wanted me back. Lol. Undeniably, for good reasons, that I wish I can see better as time flies.

:sorry:

Ape-ape pun, di sini aku. Sudah menapak di Bumi Malaysia. Balik kepada tanahair tercinta. Panas? Oh memang panas. Tapi 'panas' lagi di dunia luar. Jauh dari segala. But still, aku bersyukur atas segala pengalaman yang telah Dia bagi aku rasa. Cukuplah. My parents dah cukup terseksa. Apetah lagi aku sendiri. Semua memori suka duka di sana akan aku jadikan sebuah cerita. Liku kehidupan yang penghujungnya adalah mati.. Apa yang dah jadi, Allah lebih mengerti. Pasti.

Kembali ke negara asal, tapi environment yang totally berbeza.. Sekarang aku di Hospital Sibu, tengah buat 4 major postings. Until tahun depan. 8am till 5pm, memang super pack. Jauh beza dengan dunia kat UK. So here I officially announce that I am now back home in Malaysia. For good. Yes people, for damn good, for fucking damn good.. Not that I regret this decision, but I guess what my parents decided, was, is and will be the best for me. InsyaAllah.

Well, pusing sana, pusing sini, Medic jugak. Peningnya makin bertambah. Entahlah. What difference does this transfer make? I don't know yet. For the time being, I can only see all those 'messy-unsettled-things' piling up in my list. Semoga Arieza terus melangkah dengan tabah.

I believe, He knows me best. What others can't see in me, I know Allah sees it definitely. Be you my enemies, be you my friends, be you my forgotten memory, remember I am still me.

:astig:


| my comeback |

::: Bangang Bengang

Ko tau ape benda baling BANGANG aku tengah rasa sekarang?
Bila orang tu buat aku BENGANG, tapi dia buat-buat INNOCENT BANGANG dia tu!
BONGOK!


| memang ko bangang! |

21 June 2010

::: Pemenang Contest Hangit By Arieza



Cik pemilik blog sudah kembali~ Kembali seketika... Tertanya-tanya? Oh, sila jangan :)

First thing first, thank you so much to mereka-mereka yang bersabar (dan yang agak kurang bersabar) menunggu keputusan Contest Hangit By Arieza. Maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu. Tapi molek gak la kan, mengajar erti kesabaran. Dapat jugak sedikit kap-ba-ra-kap-alip-ta-nun..

So ni aku nak umumkan pemenang-pemenang Contest Hangit By Arieza yang telah dipilih oleh seorang Incik Juri Khas. Segala keputusan beliau adalah muktamad. Jangan ingkar!

  1. Tempat Pertama - Tulisan Comot (blog: Kucar Kacir Hati Ku)
  2. Tempat Kedua - Sarah Smile (blog: Senyum Untuk Saya)
  3. Hadiah Saguhati - Lampu Neon (blog: Si Lampu Neon)
  4. Hadiah Saguhati Kedua - Stingray (blog: Zack Zaifull)
  5. Referrer Terbanyak - Abang Eq (blog: Eqbalzack)

Tamat sudah senarai-senarai peserta bertuah yang telah Incik Juri Khas pilih. Tahniah kepada yang berjaya. Yang tak berjaya, sila rajin-rajin cuba lagi kat kontest orang lain pulak. Hik~

Untuk para pemenang, sila hubungi aku di comment form dengan kadar segera. Sertakan sekali email address korang. WAJIB! Nanti mudah aku nak contact korang direct through the email - sebab perlu mintak address and contact number sekali. Aku bukan ahli nujum yang boleh hantar ikut aura. Kalau sampai sebulan hadiah tak dituntut, aku akan pilih pemenang yang seterusnya sebagai pengganti.

Lagi skali aku ucapkan tahniah!! Dan maaf sebab buat korang tertunggu-tunggu agak lama. Terima kasih Incik Juri Khas. Terima kasih untuk semua peserta yang sudi turut serta..

Daaaa~


| lari menyepi usah tangisi |

15 June 2010

::: Pre-Results Contest Hangit By Arieza

Salam kawan-kawan... (sambil cekak pinggang)

Maaf yek. Termenghilangkan diri pulak. Ni aku just bagi a quick update. InsyaAllah dalam minggu ni ataupun minggu depan, keputusan penuh Contest Hangit By Arieza akan diumumkan. Tengah tunggu juri tunggal (bukan aku!) ada masa untuk pilih pemenang. Lagipun, aku agak sibuk buat masa ni. But jangan risau, segala hadiah-hadiah yang aku offer, masih selamat dalam simpanan. Janji tetap janji. Jangan gelabah okay. Terima kasih kerana telah berjaya menjadi di kalangan mereka-mereka yang bersabar. Hik~

:okay:

Harap sabar sikit je lagi yek.. Either minggu ni atau minggu depan keputusan akan diumumkan. Itu aku janji.. InsyaAllah..

Sore~


| disturbed |

1 June 2010

::: Contest Hangit By Arieza Is Now Closed


Salam dan selamat sejahtera semua~ Lama sudah tidak ketemu bukan? Well, maaflah. Sedang menyepi seketika untuk menghilangkan segala resah di dada.

Tamat sudah tempoh untuk penyertaan Contest Hangit By Arieza. Terima kasih untuk semua peserta yang sudi menghantar penyertaan masing-masing. Akan juri adili dengan seadil mungkin.

Contest kali ni memang aku kurang nak promosi sebab masa sangat tidak mengizinkan So sesiapa yang tak perasan akan kehadiran contest tu, maaf kerana aku tak punya kesempatan untuk mewar-warkan kehadiran contest tersebut.

Ape-ape pun, semuanya dah tamat. InsyaAllah dalam seminggu dua lagi keputusan akan dibuat oleh juri. Aku cuba umumkan secepat mungkin. Well dalam masa seminggu maybe, tetapi kalau keadaan masih tidak mengizinkan, mungkin dua minggu. Aku minta maaf awal-awal ni tau. Maaf maaf maaf.

Keadaan sekarang terlalu mendesak aku untuk terus berdiam. Apa yang aku dapat katakan sekarang adalah 'harap kalian sabar menunggu kerana aku akan tetap berpegang pada janji'... Terima kasih :)

Sama-sama juga kita doakan mereka yang sedang berjuang dalam misi bantuan ke Palestine. Semoga Allah lindungi mereka untuk jihad ke arah agama. Amin.

:sorry:


| Ya Allah, ku bersujud menyembah merayu, Kau datangkan berita gembira buat keluargaku |