31 August 2010

::: Skop Kerja Paling Berkualiti

Apa itu berkualiti? Bila cepat dinaikkan pangkat? Bila bos selalu memuji? Bila semua keluarga rasa bangga? Fikir dalam-dalam kak long kak ngah abang cik pak usu.

Apa maknanya kerja sampai berpeluh ketiak tapi kita sendiri tak rasa puas hati? Memang selalu orang kata 'janji kerja aku siap' ataupun 'takpe, asalkan setiap hujung bulan gaji masuk'. Setakat itu je ke hidup kerjaya korang?

Aku kononnya mau jadi doktor. Sedang menapak perlahan ke arah itu. Itu cerita lama. Mungkin semua sudah tau.

Yang aku mau, puas hati dalam memberi sedikit harapan walaupun secebis kepada mana-mana insan yang sedang Allah datangkan beban. Tak kiralah penyakitnya belum mampu aku ubati, tak kiralah mereka yang pakar kata nyawanya cuma ada enam bulan baki, tak kiralah sakitnya memang tak tertanggung dek hati..

Aku mau jadi si doktor yang mampu menggengam sepasang tangan yang kurus melidi itu tapi tetap mampu memberi sesimpul senyuman di bibirnya yang pucat lesi. Bertarunglah dengan azab sakit diberi Tuhan, tapi harapan itu jangan sesekali aku putuskan. Andai tiada apa sekalipun yang masih tinggal, cukuplah akan aku bantu dengan sebuah nilai sesama insan. Senyuman tak pernah lekang kadang-kala sudah cukup membuatkan hati lara itu merasa yang mereka tak bertarung bersendirian. Masih ada ucapan doa dari aku yang juga bernama hamba-Nya.

Aku harap senyum ku itu bak ucapan semoga kamu sentiasa tabah, bak ucapan semoga kamu dalam lindungan Allah.

Itu cerita aku. Itu ingin aku. Kamu yang pelbagai kerjaya, apa mau kamu?

:sorry:


| banyak ragam |

20 comments:

  1. satu cita cita yg murni..

    uncle kalau boleh buat apa jua kerja tampa merunggut.. terima dengan hati terbuka.. tapi sayang nya orang pula selalu ambil kesempatan

    ReplyDelete
  2. gudluck...teruskan perjuangan..nanti satu hari nnti aku sakit leh ko tolong ubatkan...

    ReplyDelete
  3. slamat cucuk-mencucuk doc arieza....

    saya mahu jadi guru...guru yang lembut tetapi tegas...guru yang penuh kasih sayang dan tak pilih kasih.guru yang tidak merungut mengajar dan mendidik walaupon letih...erk,ini mahuku :)

    ReplyDelete
  4. ape yg saya mahu?
    saya mahu boss yang tak ambik kesempatan.. mengerah tenaga selagi dapat dikerah dengan bayaran sedikit. Walaupun keje yg kite buat tu dgn niat yg ikhlas, tetapi jika tidak langsung diberi penghargaan, sampai bila ia akan menjadi ikhlas? huhuhu

    p/s : tension

    ReplyDelete
  5. Mahu sekurankurangnya kerja yg dilakukan mendapat penghargaan walaupun sedikit. tak guna kerja untuk majukan company, tapi segala kerja kita seolah olah tak bermakna...

    ReplyDelete
  6. qimie budak manja...31 August 2010 at 22:08

    aku pernah kerja dengan company yang hebat pada nama, betul ke salah ke kalau ada aduan pasti kena tatatertib, kalau dapat kat sprm confirm kena buang keroje, betul atau tak belum tahu lagi.. mencemar nama syarikat kononnya.. nak minta naik gaji azab...

    sudahnya aku berhenti keroje, bior tak jadi pegawai tinggi asal hati senang.. dab apa yang aku buat kini lebih berkualiti daripada dulu orang tak hargai...

    ReplyDelete
  7. Murni cita-cita awak tu Arieza..

    Semoga terus berjaya dalam apa yang dicita-citakan

    ReplyDelete
  8. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  9. apa yg dedin mahu?

    dedin nak usahakan satu perniagaan sendiri !
    btw, follow u

    ReplyDelete
  10. pepepepergh.. semangat seyh.. bagus2.. semoga dapat memekarkan senyuman bagi semangat kat org nok tgh sakit.. =)

    mun ada award doktor paling best, berik ngn ktk jak.. =P

    ReplyDelete
  11. kualiti adalah Customer Satisfaction

    kalau nasi goreng siap dihidang,
    and satisfy the customer,
    makna nya nasi goreng tu berkualiti.

    layanan yang satisfy the customer,
    maknanya layanan nya juga berkualiti.

    so anda seorang doktor,
    produk anda adalah kesihatan customer,
    kalau dia berpuas hati ngan kesihatan
    dia... u've given them a good quality health treatment.

    humm humm,
    puas hati, gaji masuk jgak ujung bulan, keja halai balai,

    selagi customer tak puas ati.. samo jo

    ReplyDelete
  12. chaiyok chaiyok!!!!

    mun dah jadi dr nak hebat kelak iboh lupa kawan2 o... =)

    ReplyDelete
  13. sy suke entri ni..
    :)

    ReplyDelete
  14. oh, niat dan cita2 anda sungguh ikhlas dan murni.
    alhamdulillah.

    me?
    i wanna be a billionaire.
    hahahahahaha

    ReplyDelete
  15. aku suka kerja yang memang jiwa aku ada dan hasilnya memang apa yg aku nak

    P/S : Yeyeyeyeyeyeye! Kelas Cancel! Yehaaaaaaaaaaaaaaaaaa!

    ReplyDelete
  16. masing-masing ada impian dan cita-cita sendiri.. jadi doktor ek..? bagus tue.. semoga impian tercapai..

    ReplyDelete
  17. kerja yg murni.. tp yg penting apa juga kerjaya kita hendaklah buat dgn seikhlas hati..

    ReplyDelete
  18. Mengular adlah kerja ku yg pling berkualiti...hahahah

    ReplyDelete

Ding me your thoughts!