++++++++++++++++++++++++++++++
Teknologi. Macho serta sempoi selebet tapi boleh buat kita semua jadi monyet.
Mana taknya, kalau diperatikan bebudak serta 'tetua' zaman sekarang ni sesiapa yang ada gadgets meletup (seperti iPhone, public phone, Blackberry, strawberry, dan apa-apa sahaja cap ayam cap beruang yang ada wifi connection), duduk ramai-ramai macam kenduri dekat satu table yang sama tapi semua kepala tunduk ke bawah. Bukan perati yang bukan-bukan di celah kangkang, tapi perati screen gadgets masing-masing.
Aiyo.. Last-last tinggal sekerat dua yang masih setia melanggan Nokia 3310 bersembang ala kadar Mak Joyah sebelah rumah. Kasihan bukan?
Bukan kasihan pada yang punya Nokia 3310 tadi. Tapi pada yang punya teknologi canggih itu. Mereka itu seperti agak miskin pada budaya serta etika 'public relations'. Bak kata salah satu sumber yang kadang-kadang aku tak boleh percayai berkata... 'Kalau takat nak duduk ramai-ramai tapi masing-masing busy melayan facebook melayan internet, baik balik rumah duduk diam-diam dalam bilik sorang-sorang, layan la sampai bulu pubis korang gugur!'
Betul jugak.. Apa tujuan datang ramai-ramai menghadap muka tapi semua bisu pada kata-kata? Dok membelai benda yang mati, tapi jiwa manusia mereka-mereka ini sudah kurang mesra pada sebuah hubungan nyata. Maju tapi dungu. Boleh?
Lagi-lagi yang jadi 'mat gian' pada Facebook. Ish tak faham haih~ Setiap 10 minit tukar status, setiap 20 minit tukar profile picture. Apakah? Gila mencipap serta mencapub. Aku bersimpati dengan diorang ni sebenarnya. Mungkin dalam dunia realiti mereka agak kurang dibelai. Meh sini meh, aku belai kaw-kaw punya.
++++++++++++++++++++++++++++++
Oh mengata dulang paku serpih.. Mengata monyet, beruk actually lagi banyak bulu! Hahahahaha.
Incik Macha dan aku pun hampir menuju ke arah itu tapi belum tersadai bersama yang dungu-dungu tadi. Kami masih punya kewarasan yang kadang-kadang perlu jugak diketuk dengan lesung batu agar tidak terlalau lalai dengan teknologi anti-social ini..
++++++++++++++++++++++++++++++
Incik Macha sudah punya iPod Touch 4th generation. Agak cool. Smart. Kecik-kecik cili padi.. Berjaya membuatkan Incik Macha lalai leka sebelas purnama. If kerana iPod touch itu aku 'tercicir dari titik fokus' dia, makanya akan aku geget iPod Touch tu sampai retak. Haaa hah!
Dek kerana tuntutan jiwa, aku pun pergi mendapatkan Samsung Galaxy Tablet. Duit dalam bank semua dah susut, so aku pujuk kedua orang tua untuk cover payment dahulu. Ala 'tong-tong' la kan, kata anak beranak. Hikhik~ Tunggu next installment, kita ganti balik ye duit itu.. Ke ayahanda bonda berdua nak jadikan itu sebagai gift je kepada anakanda bongsu terchenta ni?
So, sorang dengan iPod Touch, sorang dengan Samsung Galaxy Tab. Haaaa pertembungan teknologi terjadi! Anti-social juga bakal terjadi! Haip haip! Tidak mungkin boleh berlaku! Akan aku tentang habis-habisan!
Incik Macha, jangan jadi monyet~ :p
| gadgets sucks! |