16 December 2010

::: Tidak Mungkin Ada Lagi Seperti Dulu

Sekali lagi dalam susur gelap hari
Terjentik hujung khilaf dan tersebar segala dengki
Entah apa ada pada jiwa gundah
Manusia ini terus bersuara dengan payah
Berbaki anyaman hati seorang hamba
Melakar manis bibir pada bicara cuma

Tidak mungkin ada lagi seperti dulu
Sebelum semuanya bercorak kelabu
Ada warna pelangi yang menghiasi
Gelap hari tak pernah mengerti
Mengapa perlu dia datang
Adakah kerana pelangi mau pulang?

Benar, jika datang sekumpulan gagak
Membawa tiada apa cuma sesak
Pasti kamu tak pernah mengeluh
Kerana pada kamu gagak itu tetamu penuh
Dilayan umpama si gagak membawa mutiara
Waima tiada apa dibawanya tetapi binasa

Tapi bait-bait aku yang disusun indah penuh kasih
Tuturlah selembut mana hingga lidah berselisih
Kamu renung kosong penuh murka
Umpama aku bawa nestapa belaka
Seraya aku mau pergi jauh
Simpan baris-baris bahagia dulu di jasad tubuh

Kerana tidak mungkin ada lagi seperti dulu
Semalam itu cuma bayangan
Hari ini cuma kiasan
Esok cuma tinggal harapan


| alah bisa tegal biasa |