16 December 2010

::: Tidak Mungkin Ada Lagi Seperti Dulu

Sekali lagi dalam susur gelap hari
Terjentik hujung khilaf dan tersebar segala dengki
Entah apa ada pada jiwa gundah
Manusia ini terus bersuara dengan payah
Berbaki anyaman hati seorang hamba
Melakar manis bibir pada bicara cuma

Tidak mungkin ada lagi seperti dulu
Sebelum semuanya bercorak kelabu
Ada warna pelangi yang menghiasi
Gelap hari tak pernah mengerti
Mengapa perlu dia datang
Adakah kerana pelangi mau pulang?

Benar, jika datang sekumpulan gagak
Membawa tiada apa cuma sesak
Pasti kamu tak pernah mengeluh
Kerana pada kamu gagak itu tetamu penuh
Dilayan umpama si gagak membawa mutiara
Waima tiada apa dibawanya tetapi binasa

Tapi bait-bait aku yang disusun indah penuh kasih
Tuturlah selembut mana hingga lidah berselisih
Kamu renung kosong penuh murka
Umpama aku bawa nestapa belaka
Seraya aku mau pergi jauh
Simpan baris-baris bahagia dulu di jasad tubuh

Kerana tidak mungkin ada lagi seperti dulu
Semalam itu cuma bayangan
Hari ini cuma kiasan
Esok cuma tinggal harapan


| alah bisa tegal biasa |

9 comments:

  1. betul2..

    semalam.. hari ini.. esok.. lusa..

    satu kehidupan yang berbeza.. yang pasti adalah hari-hari baru buat kita..

    ReplyDelete
  2. Yang..
    Disebalik cerita simbolik..
    Hanya kau mengerti..
    Sedangkan aku hanya memandang
    penuh sepi..
    Sastera..sastera..hehehe

    ReplyDelete
  3. tinggi sastera dia nie,,,

    setiap hari kita akn lalui perkara yang berbeza,,
    perkara yang kita lalui arinie mungkin tak sama dengan orang lain,begitu juga esok dan esok nya.
    kerna setiap orang mempunyai cerita tersendiri.

    itu kan semua kehidupan. kita yang mencorakkan nya sama ada ia dtg untuk mngindahkan diri kita atau sebaliknya.

    =)

    ReplyDelete
  4. ya betul tu
    semalam kenangan
    hari ini kenyataan
    dan esok harapan yang belum pasti

    ReplyDelete
  5. erk?

    bisakah lidah berselisih?
    pada jerih perih lagi pedih?
    bisanya kata yang menghiris
    walau hanya sekejapan cuma

    ReplyDelete

Ding me your thoughts!