27 July 2011

::: My First Baby Nephew, Ilan Nufail

Alhamdulillah. Segala puji bagi Allah yang Maha Pemberi Rezeki dan Maha Memberi Nikmat Kegembiraan..

On last Friday, the 22th of July 2011, at 10.16 am, my first & only sister-in-law gave birth to my first baby nephew! :) Thus, it is another beginning of a new chapter in our family! Welcoming our cute handsome baby in the house - Baby Ilan Nufail bin Riezan!

About 5 minutes after born. He is already a very camera-friendly!


The grannies!

& the Kak Ucu!

Yippy! I am now a Kak Usu.. Oh happy tak terkata oh.. Beratus-ratus duit habis dalam sehari pun Kak Usu tak kisah! Hik hik. Hari-hari pergi ziarah baby Ilan Nufail. Hari-hari tengok gambar Baby Ilan Nufail. Sehari tak tengok, malam-malam terbayang mata sepet baby Ilan Nufail.. Auww~ This friday, Baby Ilan Nufail & his Ibu Ayah datang bermalam di sini.. Cant wait cant wait!

Baby Ilan Nufail & his Mr Quack Quack @ Day 2

The Ibu & Ayah

Baby Ilan Nufail slept soundly with his Mr Moo Moo @ Day 3

Baby Ilan Nufail & his new pet from Kak Ucu, Mr Giraffe @ Day 4

Comfy bedtime @ Day 5

The playpen is ready for Baby Ilan Nufail who is coming this Friday!

Kak Ucu bought Mr Giraffe for Baby Ilan Nufail.
& some big photos to welcome you here~


Baby Ilan Nufail dressing cool for his first clinic check @ Day 6!

Setakat ini sahaja berita baru yang sangat menggembirakan kami sekeluarga. Baby Ilan Nufail bin Riezan, hadiah dari Allah ini. Alhamdulillah. Baby Ilan Nufail, my beloved baby nephew, grow well & happy!

:inlove:


| Kak Ucu loves you!!! |

11 July 2011

::: Ketut Oh Ketut


Tahu siapa Ketut? Bukan Kentut! Kentut tu tabiat buang angin merata ikut anus. Oh ya, aku tahu siapa suka kentut. Engkau ada? Pui.

By the way, aku bukan mahu cerita tentang Ketut di dalam movie Eat, Pray, Love.. Tapi ini tentang MARUAH & HARGA DIRI seorang kita, seorang manusia. Iya, topik memang jauh menyimpang. Biarkan!!! Aku tiada tajuk lain sebab otak tengah marah pada Apple kerana wujudkan iPhone yang bongek bongek tak boleh video call ke handphones lain melainkan suku sakat sepapat sepuput Apple sahaja. Tamak haloba bukan!

Berbalik kepada topik sebenar. Sangat subjektif definisi MARUAH & HARGA DIRI. Ko ingat ko boleh laku dengan harga 82 sen? Ko ingat maruah ko terletak pada tebal bedak 1.3 inci atas pipi penuh jerawat engkau tu? Kalau itu yang engkau fikir, sah, ko perlukan kamus Dewan Bahasa & Pustaka Edisi Ke-9. Dan juga memerlukan tunjuk ajar dalam kehidupan. Bawak-bawaklah berguru ye nak..

Tinggi amat nilai kedua itu untuk setiap dari kita berjaya memberi tafsiran paling benar dan padu. Tak payah lah aku susah-susah terangkan apa maksud harga diri, apa maksud maruah peribadi. Ko ada mata, ada tangan, google sendiri! Perihal updates BERSIH bukan main laju tangan ko godek sana sini! Kutuk sana kutuk sini. Amboi! Suruh belajar tentang ilmu sebenar, mengelat!!!

Hanya sepotong ayat yang aku mahu kongsi..

"Duhai Suami, engkaulah penjaga dan pelindung harga diri seorang Isteri. Jangan dihina, jangan dimaki kerana mereka asalnya dari tulang rusuk kiri kamu sendiri. Dan wahai Isteri, maruahmu kelak letaknya pada bimbingan si Suami. Taat padanya selagi dia masih di jalan Allah yang terus hakiki."

Waallahualam.

:sorry:


| not for sell |

10 July 2011

::: Kenapa Aku Cemburu

buruk kehidupan


Tidak mungkin aku bagi pada kamu rasa ini semena-mena, jika bukan seluruh badan aku rasa menggeletar di setiap masa kau ada depan mata. Kamu mungkin cuma lihat sayup keras aku pada wajah dan intonasi. Dalam hati?

Sakit cemburu. Hati rasa tak menentu. Duduk salah, berdiri salah. Jaga susah, tidur pun payah. Terkebil-kebil, melayan berjuta persoalan yang pasti aku berikan berjuta-juta kemungkinan. Mencongak soalan dan jawapan sendiri. Mahu bertanya, takut jadi salah anggapan. Kata nanti aku mahu jadi raja. Bukan. Aku berumpah atas nama Illahi. Datang teka-teki, jantung hampir meledak seperti gunung berapi. Mahu cepat-cepat minta jalan cerita yang benar. Sudah dapat garap segala, masya-Allah, hati ringan rasa sedang terbang tinggi~

Aku ini lemah. Rupa saja gagah. Aku cuma mahu kata tenang pada hati. Bahawa kasih yang aku jaga bukan untuk sia-sia. Bahawa kasih yang aku jaga bukan main-main di titip usia. Ada kata aku obsesi. Iya. Memang. Jadinya mengapa? Mahu aku buang jauh-jauh rasa ini? Boleh. Boleh saja aku buang. Tapi aku buang sekali dengan rasa sayang.

Aku ini dari dulu bukan jenis manusia yang cuma tahu duduk sepi menunggu jatuh tuah atau badi. Tidak! Itu bukan aku. Jadinya cemburu datang pergi. Sejak azali, aku ada banyak rasa rendah diri, buat aku mudah rasa kalah. Kalah pada insan lain yang lebih banyak istimewa - pada mata, pada rupa, pada apa sahaja yang orang selalu cari.

Aku tahu bagaimana rapuh jiwa aku. Aku tahu bagaimana ikhlas emosi aku. Aku tahu bagaimana dalam sebuah cinta aku. Bukan untuk nafsu. Bukan untuk harta. Bukan untuk dunia. Tapi mencari dia untuk bimbing dan bawa aku bersama pergi syurga. Miskin sungguh aku ini, tidak mampu tawar apa-apa. Cuma ada kasih sedalam bumi, ada sayang setinggi langit, ada hajat sebesar alam.

Mahu kamu kerana Allah. Noktah.

:sorry:


| jujur pada diri |

6 July 2011

::: Aku Teringat Akan Venice

Sebab terlalu rindu pada kehidupan lampau, maka aku repost kembali kisah ini. Kisah aku bawa parents aku berjalan2 ke Venice, Italy.

Ini trip aku bawak mereka ke Paris, France.
~~~ KLIK SINI
Ini trip aku bawak mereka ke London.
~~~ KLIK SINI
Ini trip aku bawak mereka ke Manchester & Liverpool.
~~~ KLIK SINI

Rindu. Noktah.


+++++++++++++++++++++++++++++++++++++

ini gambar2 sexy kami di Venice, Italy.. sila nikmati dgn senang hati, ok?


Venice, Italy

Marco Polo Airport, thick snow!

masyaAllah! sgt cantik!

time ni sgt menggeletar! -9 degree celcius!

luckily our hotel is near the Grand Canal

eh kami berpurdah! cerah tp temperature membekukan brain cells!

wah! Italy katenye!

masquerade sgt famous di sini

hari kedua pun lagi sejuk!

hari ini kita jelajah sepanjang Grand Canal! naik water taxi ok..

seronok sungguh naik water taxi

the gondolo gondoli

Venice mmg cantik! wajib pegi if u r in europe..

kerana kesejukan yg terlampau, aku reject offer naik itu gondola! tak sanggup!!

laluan incik gondola

ini San Marco area, Venice

around the square

typical shot in Venice

the St Mark's Square

aku tak suke! geli!

ngape budak2 tu sgt berani??

mcm pak pandir & 2 ekor burungnye..

yg ni je aku berani.. maaflah ye burung2 sekalian

sesi memanaskan bdn..

suke!

on our way back to hotel

24 hours water taxi

meriahnye canal diorang. kat malaysia ada tak?

dah muak tgk muka aku? sila bertahan!

bertahan sikit lg!

the white world scene on our way to airport. snowing again *sigh*

kerana si ketul2 putih itulah flight kami to Paris delayed several hours!
*another big sigh*


puas hati? well ape2pun, nasihat aku is, jika korang jenis yg cpt mengigil kesejukan, jgnlah pegi Venice time winter.. tak pasal2 kecut segala kulit & bulu roma korang!


:okay:


| Venice mmg cantik! |