30 December 2011

::: He Is Cute!

When he was at 3 months plus

The above picture was a bit basi but I am too lazy to transferred his recent photos to this laptop of mine. Now, my lovely nephew dah masuk 5 bulan lebih. He is getting more active each day. Mulut dah boleh berteriak sekuat jiwa raga. Satu rumah boleh bergema. Semua telinga boleh bergetar. Dah besar, ada potensi jadi opera singer. Kuatnye suara dia mak oi!

Time bergurau pun dia berteriak, time merengek pun dia berteriak. Ada masa, kadang-kadang dia menangis mengada-ngada. Hikhik sangat cute! Air mata langsung tak keluar. Suara je teresak-esak. Eceh.. Manje la tuh! Tapi bila dia betul-betul menangis, hambik kau, berjujuran air mata. Still comel jugak!

Sekarang banyak baju dah mula ketat. Sepasang kasut pemberian Incik Macha juga dah tak muat lagi. Baru berapa kali je pakai. Cepat betul membesarnya Baby Ilan Nufail ni. Tak lama lagi dah tak boleh panggil Baby dah.. Hehehehe.

Sekarang berat pun dah over 7 kg. Panjang pulak dah hampir mencecah 80 cm. Nanti aku update latest photo of him.

For the time being, aku perlu stop here. Kena habiskan assignments and portfolios yang berlambak ni sebelum 2 hari on-call bermula esok. Haihss nasib badan...

:hilo:


| all is well |

27 December 2011

::: Hidup Bukan Hakiki

Aku ada satu problem. Besar. Agak besar. Tentang seorang perempuan, yang aku belum dapat accept sampai sekarang. Umpama satu trauma yang aku susah untuk buang. Benci terlalu benci. Entah kenapa. Mungkin naluri halus hasutan iblis cuma. Mungkin juga aku cuma hidup dalam fobia yang tak bertepi.

Susah benar aku terima apa sahaja tentang dia. Iya, aku tahu membenci itu berdosa jika bukan kena pada asas kukuhnya. Even berlainan agama, bermusuh bersengketa, Islam tidak mengajar umatnya akan satu sifat terkutuk itu.

2012, aku doa, aku boleh buang jauh-jauh rasa itu. Sudah sekian lama, dah masuk bertahun lamanya. Ya Tuhan, jadikan 2012 itu tahun aku mula bebas daripada sifat buruk itu. Aku enggan hidup selamanya dalam benci tanpa punca.

Oh bukan! Aku tahu punca, cuma tidak berani dibilang sama sesiapa. Aku simpan kedap-kedap. Nun jauhhhh dalam hati. Aku seorang saja tahu kenapa. Ya Tuhan, tolong aku buang benci itu.

++++++++++++++++++++++++++++++

There are times we wish we are not who we are -wanting to be like another person, to have his/her life, to have what he/she has, to be on his/her shoes.

Buang jauh-jauh rasa itu. Oh hati, oh kawan. Bukankah Allah itu lebih mengetahui akan sesuatu? Kenapa jadinya kita, kenapa roh kita dipinjamkan ke jasad kita. Segala 'kenapa' itu hanya Allah ada jawapannya.

Sukar. Memang sukar. Hidup dalam belenggu 'ingin menjadi sesuatu yang bukan aku'.

++++++++++++++++++++++++++++++

Rasa itu ada kalanya mati. Mati dalam teki-teki mencari diri. Mencari pemilik hakiki. Terus berteka-teki, kerana aku sedar hidup ini cuma setitik dari hidup yang abadi. Nun di sana, Allah menanti.

:sorry:


| andai bahagia itu diberi kita rasa, maka hanya Allah yang tahu mengapa |

16 December 2011

::: Hilang Datang

Manusia hilang datang
Hadir tanpa suara pergi jua tanpa ditanya
Tiba-tiba kelibat tingggal bayang
Umpama senja
Dalam ramai tak semua memandang
Cuma satu dua yang dikata pujangga

Arang tercalit di sana sini
Kata terlempar menyata yang hakiki
Apa manusia ini cuma suatu bahan bukti
Yang cuma berharga pabila segala sudah terjadi
Jadi hilang datang ke sana ke mari
Sekelumit hati tiada peduli

Hilang datang
Pagi dan petang
Hadir dan pulang
Ying dan yang
Semua ada pasang
Sudah dirancang

Seperti juga aku
Hilang datang
Di sini menghilang
Di sini mendatang
Tapi aku bukan pendatang
Ini blog aku yang punya oi Jang!

Ok aku merapu
Sekian terima kasih


| masa kamu, kan dah terbuang! heh.. |