27 December 2011

::: Hidup Bukan Hakiki

Aku ada satu problem. Besar. Agak besar. Tentang seorang perempuan, yang aku belum dapat accept sampai sekarang. Umpama satu trauma yang aku susah untuk buang. Benci terlalu benci. Entah kenapa. Mungkin naluri halus hasutan iblis cuma. Mungkin juga aku cuma hidup dalam fobia yang tak bertepi.

Susah benar aku terima apa sahaja tentang dia. Iya, aku tahu membenci itu berdosa jika bukan kena pada asas kukuhnya. Even berlainan agama, bermusuh bersengketa, Islam tidak mengajar umatnya akan satu sifat terkutuk itu.

2012, aku doa, aku boleh buang jauh-jauh rasa itu. Sudah sekian lama, dah masuk bertahun lamanya. Ya Tuhan, jadikan 2012 itu tahun aku mula bebas daripada sifat buruk itu. Aku enggan hidup selamanya dalam benci tanpa punca.

Oh bukan! Aku tahu punca, cuma tidak berani dibilang sama sesiapa. Aku simpan kedap-kedap. Nun jauhhhh dalam hati. Aku seorang saja tahu kenapa. Ya Tuhan, tolong aku buang benci itu.

++++++++++++++++++++++++++++++

There are times we wish we are not who we are -wanting to be like another person, to have his/her life, to have what he/she has, to be on his/her shoes.

Buang jauh-jauh rasa itu. Oh hati, oh kawan. Bukankah Allah itu lebih mengetahui akan sesuatu? Kenapa jadinya kita, kenapa roh kita dipinjamkan ke jasad kita. Segala 'kenapa' itu hanya Allah ada jawapannya.

Sukar. Memang sukar. Hidup dalam belenggu 'ingin menjadi sesuatu yang bukan aku'.

++++++++++++++++++++++++++++++

Rasa itu ada kalanya mati. Mati dalam teki-teki mencari diri. Mencari pemilik hakiki. Terus berteka-teki, kerana aku sedar hidup ini cuma setitik dari hidup yang abadi. Nun di sana, Allah menanti.

:sorry:


| andai bahagia itu diberi kita rasa, maka hanya Allah yang tahu mengapa |